Sunday, August 28, 2005

awakening : cry for your own sin...

with my eko sound that provided...
turn in on...
read this byte of word...(with your own rhytm)

O My Lord,
My sins are like
The highest mountain;

My good deeds
Are very few
They’re like a small pebble.

I turn to You
My heart full of shame,
My eyes full of tears.
Bestow Your
Forgiveness and Mercy
Upon me......................

how do you feel then?

|

3k0 9r0j3ct 0

the.eko.of.future.sound



release me from this craziness of life!

|

Monday, August 22, 2005

Balligh 'Anni v.04.01.0805


Seterusnya walqalamu wama yasturun...Allah SWT telah bersumpah dengan pena untuk meningkatkan martabatnya; justeru dengan penciptaan dan penggunaan pena terdapat hikmah yang besar. Manfaat dan faedah pena amat banyak dan sukar untuk dihuraikan satu persatu (bayangkan kehidupan student tanpa pena..huhu). Menurut kebanyakan ulama', pena yang dimaksudkan disini adalah bukan sahaja pena yg digunakan untuk mencatat di Luh Mahfuz, tapi juga pena yang ada di dunia ini.

Sumpah dengan pena membayangkan keagungan nikmat Allah SWT. Melalui pena, manusia boleh belajar belajar dan mendapatkan kependidikan, menyebarkan ilmu di kalangan masyarkat.

Mari kita umpamankan keyboard kita juga sebagai pena, dan penggunaan internet sebagai wadah untuk menyebarkan ilmu. Mmm..

Ibn Jarid bin Abi Hatim meriwayatkan drpd Ibn 'Abbasm katanya : "Benda pertama dijadikan Allah SWT ialah pena ." Allah mengatakan kepadanya :"Tulislah". Lalu ia bertanya, "Apakah yg harus aku tulis. :Allah mengatakan:"Tulislah berkenaan qadar." Lalu pena itu bergerak mencatatkan apa yg berlaku dari hari itu sehingga hari kiamat. Kemudia Allah menjadikan al-nuun (bekas tinta).

Engkau (wahai Muhammad) dgn segala nikmat tuhanmu bukanlah seorang yg tidak siuman. Dalam menyatakan Asbabul Nuzul ayat kedua ini, Ibn Al-Munzir telah mengemukakan riwayat daripada Ibn Juraij, katanya : Golongan musyrikin menyatakan Nabi Muhammad SAW seorang yg ila. Selepas itu meraka mengatakan lagi bahawa baginda adalah syaitan. Kerana itu, Allah SWT menurunkan firmannya sebagaimana ayat 2 ini.

Jadi, Nabi Muhammad SAW dengan sekian banyak nikmat kurniaan Allah kepadanya, malah diberikan Allah ganjaran pahala yg tidak putus-putus kepada baginda, jadi adalah tidak mungkin baginda dikatakan sebagai orang yg gila.

Ayat seterusnya menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW telah mengamalkan akhlak yg sangat mulia sepertimana perintah Allah di dalam Al-Quran.

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.

Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, dan al-Nasa'I meriwayatkan daripada 'Aisyah, Beliau 'Aisyah ditanya tentang akhlak Nabi Muhammad SAW, lalu beliau menjawab :" Akhlaq Rasulullah SAW adalah Al-Quran."

So, mari kita hisab diri kita sendiri, sejauh mana kita menjadikan Al-Quran itu benar-benar sebagai satu signboard dalam kita membawa diri kita di alam fana ini.

Wallahuwaliyuttaufiq.

|

Thursday, August 18, 2005

Balligh 'Anni v.04.0805

ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

68. 1. Nun , demi kalam dan apa yang mereka tulis,


مَا أَنتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ

68. 2. berkat ni'mat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orng gila.


وَإِنَّ لَكَ لَأَجْراً غَيْرَ مَمْنُونٍ
68. 3. Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya.


وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ
68. 4. Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.


Awal kuliah, TG mengulang semula mengenai peristiwa israk dan mikraj, mengajak para pendengar untuk bersama-sama berasakan satu kebesaran berada dalam bulan Rejab. Bulan yang telah diperintahkan solat kepada umat Nabi Muhammad SAW. Solat sebagai satu hadiah, sebagai satu kemudahan untuk umat Nabi Muhammad SAW mengumpul pahala. Di akhirat, RM, Dollar mahupun sterling tidak laku diperniagakan, tapi yang laku adalah pahala. Justeru, dalam mencari duit di dunia, jgn lupa utk kita menukarkan duit itu kepada pahala melalui saluran tertentu. Mengerti? Maka perniagaan apakah yang paling menguntungkan?

Berkata Nabi Muhammad SAW, Neraka dicadangkan bagi orang yang tidak rata tumir semasa mengambil wudhu'. Jadi, dalam kita mengambil wudhu, hendaklah kita memastikan air itu rata ke sempat yg sepatutnya. Sesetengah orang ada yang memakai cincin, jadi pastikan bebetul air rata di bawah cincin tu, tidak perlu cabut, cukup sekadar pusing-pusing sahaja. Begitu juga dengan inai yang kebanyakannya di pakai oleh muslimat, mekap dan sebagainya.

Bila membaca surah dalam solat, jgnlah dipercepatkan tanpa kita memahami butir butiran ayat yang kita baca. Kalau kita sendiri tak faham apa yang kita baca, mm,,camana nak khusyuk.

Setelah habis bab solat, TG masuk ke dalam perbincangan Surah Al-Qalam. Nun, merupakan huruf muqotto'ah, yakni huruf yg dikerat-kerat. Apa maksudnya? Ini adalah rahsia Allah dengan hamba-Nya. Dan dikatakan juga sebagai satu cabaran Allah kepad orang yang mengatakan Al-Quran ini bukan daripada Allah, yg mana Allah mencabar orang-orang ini membuat satu Al-Quran yg sama sebagaimana Allah buat.

Timbul persoalan, boleh ke kita menterjemahkan Al-Quran? Iaitu kita keluarkan Al-Quran versi Bahasa Malaysia. Ulama' sepakat mengatakan adalah tidak boleh mengeluarkan Al-Quran dalam bahasa yang lain kerana bahasa lain yg wujud tidak setanding dengan bahasa Al-Quran. Mungkin kita akan bertanya, buat apa Al-Quran diturunkan kalau tidak boleh dikeluarkan dalam bahasa yang lain, bukankah lebih senang untuk difahami? Jawapannya, kita kena terima apa sahaja yang datang daripada Allah, sebagaiman kita beriman dan yakin kepada-Nya.

To be continued...

|

Wednesday, August 17, 2005

Geram Melampaui Batas



Ambik ko!!! hehe..

|

Balligh 'Anni v.03.0805

Tulisan kali ini berdasarkan tugasan jejari penulis ketika deria pendengaran penulis berfungsi dengan baik tatkala mendengar ucapan perasmian oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar ketika merasmikan program Bulan Sembahyang bertempat di Balai Islam.

Awal ucapan, deria pendengaran penulis tidak dapat menangkap jelas apabila gelombang bunyi yang dihasilkan oleh perasmi bertembung dengan gelombang bunyi orang yang berbual di sebelah penulis, ditambah pula dengan kedudukan penulis yang berada di belakang sekali kerana orang ramai sudah pun memenuhi segenap ruang yang ada. Justeru penulis terpaksa bergerak maju ke hadapan berdekatan pembesar suara walaupun terpaksa berdiri..huhu..

Emm..clear sikit bunyinya. Kita tak perlu runsing atau takut dalam kita melakukan program-program ke arah mendekatkan orang kepada Islam, kerana Allah berjanji akan terus menolong kita selagi kita menolong-Nya. Maka janji siapakah yg lebih benar selain Allah? Sodaqallahul 'azim.

Apabila kita sampai ke satu tempat yang baru, atau dalam erti kata lain kita melancong ke sesuatu tempat yang kita belum pernah sampai, maka kita pastilah memerlukan guidance, sama ada orang yg bertugas sebagai penunjuk jalan atau pun peta sebagai rujukan perjalanan kita. Dan sememangnya itu menjadi satu kaedah yang normal kepada manusia. Bandingkan dengan diri kita, Allah telah menghantar kita ke dunia yang kita belum pernah sampai sebelum ini walaupun dunia sudah wujud lama. Sebagaimana penulis, penulis sudah berada di dunia ini selama 24 tahun mengikut tarikh masihi, kalau ikut tarikh hijrah, dalam bulan puasa ni akan genap 25 tahun. Maka untuk meneruskan kehidupan di jalan yang benar, penulis perlu kepada pemandu jalan juga. Siapakah pemandu jalan itu?

Allah menyediakan hanya dua jalan untuk dilalui oleh manusia, yakni jalan ke syurga dan jalan ke neraka. Syurga penuh nikmat dan neraka itu penuh azab. Orang gila pun kalau dia tahu apa itu azab, maka dia pasti tidak akan mengikut jalan ke neraka. Bagaimana untuk ke syurga? Maka Allah SWT telah mengutus seorang manusia bernama Muhammad. Dan Muhammad ini pula meninggalkan kepada penulis selaku salah seorang daripada ummatnya 2 perkara, yakni Al-Quran dan Sunnahnya sebagai petunjuk bagi menulis menuju ke syurga. Emmm..

Salah satu perkara yang disampai baginda adalah perintah Allah untuk menunaikan solat. Daripada 50 kali solat sehari semalam, akhirnya menjadi hanya 5 kali solat sehari semalam. Yang 5 ini pun kita masih tidak mampu untuk menunaikan dengan baik, yakni dalam waktu yg terbaik. Kalau waktu subuh, terlajak hampir matahari terbit, kalau Asar, terlajak hampir matahari terbenam, dan kalau isyak, hampir tengah malam. Mungkin kerana tidur, itu tidak mengapa, tapi kalau hanya study, atau kerana kerja, maka kepada siapakah ketaatan kita sebenarnya? Renung-renungkanlah.

Satu bancian di buat di sekolah dalam daerah Pasir Mas, daripada 380 org responde, hanya 26 orang yang menunaikan solat cukup 5 waktu, dan seramai 354 yang menunaikan solat hanya untuk beberapa waktu. Satu angka yang cukup menggerunkan. Bayangkan jika generasi ini membawa pimpinan masyarakat pada masa hadapan, mmm.

Maka tanggungjawab siapakah dalam memulakan didikan solat ini? Tidak lain tidak bukan pastilah ibu bapa dirumah. Kalau ibu bapa pun tidak mengambil berat perihal solat, maka siapalah orang diluar sana untuk mendidik anak-anak mereka. Pun begitu ia tidak bermakna tanggungjawab iba bapa sahaja, kerana apabila keluar daripada rumah menuju ke sekolah, maka sedikit sebanyak guru disekolah berkongsi sedikit tanggungjawab untuk mendidik pelajarnya bukan setakat ke arah jalan kejayaan didunia, tapi juga kejayaan di akhirat. Maka sesiapa yang mempunyai profesion sebagai guru, bawalah tanggungjawab ini dengan baik. Bukan sekadar menjalankan tugas untuk mendapatkan gaji, bukan sekadar tugas yg tertulis, sebaliknya tugas yang telah tertulis di dalam Al-Quran ini lah yang patut dijadikan agenda utama di samping memberikan ilmu keduniaan. Mungkin boleh diaplikasikan melalui denda, kalau biasa mendenda dgn pembaris atau sebagainya, mungkin boleh ditukar dengan suruh membaca al-fatihah, tahiyyat atau sebagainya.

Dalam solat, banyak perkara yang perlu dilakukan, salah satunya adalah membaca Al-Fatihah. Antara kandungan Al-Fatihah yang kita baca adalah ihdinassirotholmustaqim. Satu perasaan yang perlu kita saat membaca ayat ini ada adalah kita perlu mengganggap diri kita buta walaupun celik. Ini adalah kerana perjalanan didunia ini masih jauh dan kita sememangnya buta dalam melihat masa depan kita. Maka hanya Allah yang boleh memimpin kita untuk terus kekal dalam mentaati-Nya.

Keduanya, kita menyebut Amin. Sesetengah orang tidak sedar pun apa yg dia aminkan sebenarnya. Maka amat perlu untuk tersemat di hati kita, bahawa saat kita menyebut amin itu, kita mengaminkan agar ditunjukkan sirotollazina an'amta a'laihim, dan kita tak mau jalan sesat atau jalan yg dimurkai. Nah, kalau kita memahami akan maksud Amin itu, kenapa kita buat lagi perkara yang tak baik, kenapa kita sendiri tiada usaha pun untuk melarikan diri dari jalan kesesatan? Takut nampak islamik sangat? @ maybe nampak sangat..baik sikit sikit dah la kan? Mmm..

Ceramah juga menyentuh sedikit tentang mentaliti sesetengah muslimat yang menganggap kain 'kano' itu sebagai suatu kemestian, walhal cukup dengan pakaian yang menutup aurat, lengan berzip atau berbutang, tudung tak terbuka dan berstokin, maka dalam keadaan ini pun sudah boleh untuk menunaikan solat.

Kalam penutup, mengambil kata-kata Nabi Muhammad SAW, hatiku hanya tenang dengan bersolat.

Wallahuwaliyyuttaufiq.

|

Monday, August 15, 2005

Balligh 'Anni v.02.0805


Kuliah Jumaat bertarikh 5 Ogos 2005.Kuliah pertama TG dalam bulan Rejab 1426. Rejab, amat sinonim dengan peristiwa israk dan mikraj. Rejab juga amat sinonim dengan ibadat solat, yang mana cara Allah menurunkan perintah ini tidak sebagaimana biasa; yakni melalui Jibril, tetapi perintah menunaikan solat ini Allah perintahkan terus dgn membawa Nabi Muhammad Rasulullah SAW mengadap-Nya. Renung-renungkanlah.

Dan sebagaimana biasa dalam kuliah yang pengisiannya mengenai Israk dan Mikraj, maka ayat dibawah pasti akan dibaca :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Ayat daripada surah Al-Isra' ini merupakan satu dalil qat'i dalam membuktikan peristiwa israk dan mikraj yang dihadapi oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Asra membawa maksud di membawa seseorang berjalan, memberikan pengertian bahawa Nabi Muhammad Rasulullah SAW telah dibawa naik ke langit, bukannya Nabi Muhammad Rasulullah SAW telah naik ke langit tanpa di bawa. Kuasa dan kehendak Allahlah yang telah membawa Nabi Muhammad Rasulullah SAW naik ke langit.

Kata-kata orang kafir terhadap Nabi Muhammad Rasulullah SAW bahawa Nabi Muhammad Rasulullah SAW ini gila adalah kerana bagi mereka Nabi Muhammad Rasulullah SAW telah berjalan sendiri tanpa melibatkan kekuasaan Allah kerana mereka tidak percayakan Allah. Kita ambil suatu contoh yg mudah, seekor ikan yg dibungkus dalam plastic, kemudian dibawa oleh tuannya naik kapal terbang daripada Kuala Lumpur ke Kelantan, apabila ikan ini pulang ke lubuknya dan menceritakan kepada geng dia tentang perjalanan dia menaiki kapal terbang itu, maka sudah pasti geng dia itu tidak akan percaya selagi geng dia itu tidak memahami bawah ikan itu dibawa oleh tuan dia, bukannya dia naik sendiri kapal terbang itu. Emm.. faham la kan?

Dalam ayat ini, Allah menggunakan asra bi'abdihi, bukannya asra birasulihi. Sedangkan Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah seorang Rasul, nape ek? Ini kerana walaupun Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu seorang rasul, tapi baginda tetap juga merupakan hamba Allah SWT.

Seterusnya adalah kalimah lailan, menjelaskan bahawa perjalanan ini bermula pada waktu malam, bukannya pada waktu siang. Normality manusia, biasanya ramai yang memilih untuk memulakan perjalanan jauh pada waktu siang. Tetapi perjalanan yg dirancang oleh Allah SWT ini berlaku pada waktu malam, tafsiran terhadap situasi ini adalah hendak kita berfikir bahawa tidaklah sama perjalanan makhluk hendak pergi berjumpa dengan makhluk dengan perjalanan makhluk untuk pergi berjumpa Khaliq. Waktu malam dipilih kerana malam adalah waktu orang berehat, waktu orang berhenti daripada bekerja, sedangkan waktu siang adalah untuk manusia mencari rezeki. Maka dalam situasi sibuk manusia pada waktu siang dgn dunia menyebabkan tidak layak waktu siang itu sebagai waktu untuk berjumpa Allah.

Kita renung sejenak pada ibadat solat sekarang iaitu 5 waktu, 2 kali di waktu siang, 3 kali di waktu malam. Kurangnya waktu solat di waktu siang adalah untuk memberi peluang kepada manusia untuk mencari rezeki.

Dan waktu malamlah amat sesuai untuk kita menghadap dan mengadu kepada Allah sebagaimana firmannya :

وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلاً طَوِيلاً

Kita tinggalkan kelazatan hidup, yakni tidur itu untuk bangun mengadap Allah, alangkah sucinya hati. Bagi Nabi Muhammad Rasulullah SAW, baginda diwajibkan bertahajjud

Assolatu mikraj mukminin, Solat merupakan mikraj bagi mukmin, yakni kita sebagai orang beriman diberikan peluang untuk mikraj melalui solat kerana perumpaan solat ini adalah kita ambil masa untuk mengadap Allah SWT.

Nabi Muhammad Rasulullah SAW telah dibuang humuzusyaitan (tak tau betul ke tak ejaan ni, dengar bunyi TG sebut mcm ni, kalau dalam doa tu hamazati assyayatin, sape tau tegur la ek)..dan dimasukkan nur. Bila dimasukkan nur inilah baru Nabi Muhammad Rasulullah SAW layak untuk naik ke langit.

Sebagaimana kita, sebelum kita bersolat, maka kita dikehendaki berwudhu', maka wudhu' itu bolehlah dilihat sebagai kaedah untuk mencuci kita daripada sebarang kekotoran rohani.

Seterusnya kalimah minal masjidil harami ilal masjidil aqsa..perjalanan Nabi Muhammad Rasulullah SAW adalah dengan menaiki buroq. Buroq merupakan sejenis cahaya, dan sememangnya ahli astronomi mengakui akan kecepatan cahaya. Maka amat munasabahlah kenderaan jenis cahaya digunakan dalam perjalanan ini.

Allazi barakna haulahu memberikan tafsiran tentang masjidil aqsa yang penuh berkat. Berkat ini adalah barang yang boleh bersambung hingga ke akhirat, ilmu yang berkat, perbuatan yang berkat dan sebagainya. Contohnya, bila kita makan, biarlah kenyang hasil makan itu kenyang sampai ke akhirat, bukannya kenyang di dunia tapi lapar diakhirat, maka ini adalah tidak berkat. Kenapa tidak berkat? Fikir-fikirkanlah.

Ayat linuriyahu min ayatina pula memberikan kita gambaran salah satu tujuan Nabi Muhammad Rasulullah SAW dibawa bermikraj. Min dalam ayat ini memberi maksud hanya sebahagian sahaja yg dipertontonkan kepada Nabi Muhammad Rasulullah SAW, tidak kesemuanya kerana kekuatan yang ada pada Nabi Muhammad Rasulullah SAW tidak cukup untuk ditunjukkan kesemuanya.

Salah satu peristiwa yg Nabi Muhammad Rasulullah SAW lihat adalah seorang manusia yg pecah perut, sambil lari dia merobek-robek urat perut dia. Lalu Nabi Muhammad Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril akan gerangan orang tersebut, maka Jibril menjawab itulah orang yang anyaqulu ma la taf'alun. Mm..maka bersama kita pastikan diri kita, biar apa yg kita buat selari dengan apa yg kita ucapkan, insya Allah.

Sebagai kalam penutup, apabila kita bersolat berjemaah, cubalah untuk mendapatkan saf pertama, kerana pada saf pertama itu terdapat banyak pahala. Bahkan dikatakan, jika manusia mengetahui akan banyaknya pahala pada saf pertama itu, maka pastilah akan dibuat pengundian. Realitinya, walaupun tahu akan hal ini, tak ramai orang yg 'gilakan' saf pertama. Bahkan siap offer lagi kat orang lain supaya maju ke saf depan, terlebih pahala barangkali. Alangkah ruginya manusia itu.

Wallahuwaliyyuttaufiq..

|

Saturday, August 13, 2005

Balligh 'Anni v.01.0805

عن أبى محمد عبد الله بن عمر وبن العاص رضى الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا يؤمن أحدكم حتى يكون هواه تبعا لما جئت به.

(bacaan : la yu'minu ahadukum hatta yakunu hawahu tabaan lima ji'tu bih)

Maksud Hadis :

Dari Abi Muhammad 'Abdillah bin Amru bin al-As radiyallahu 'anhuma katanya : Rasulullah sallalahu 'alaihi wasallam bersabda : "Tidak beriman seorang kamu sehingga adalah hawanya (kemahuannya @ kecenderungannya) mengikut kepada apa yang aku bawa dengan dia."

Hadith hasan lagi sahih, kami riwayatkannya dalam kitab "al-hujjah" dengan isnad yang sahih.

Ulasan berdasarkan kuliah :

Hadith ini merupakan Hadith ke 41. Daripada kitab apa tak ingat. Cuba perhatikan pada permulaan hadis, yang mana Nabi Muhammad Rasulullah SAW memulakan hadis ini dengan menyebut "tidak beriman". Kenapa Nabi Muhammad Rasulullah SAW memulakan dengan "tidak beriman" walaupun yg dimaksudkan hanya lah tidak sempurna iman? Jawapannya adalah kerana dia mahu kita rasa teruja, atau rasa berdebar. Dan dia mahu kita memberikan perhatian dalam hal ini. Manakan tidak, kalaulah kita ada iman, pastilah kata-kata ini membuatkan kita rasa berfikir sebentar, adakah kita mengikut baginda sebagaimana dalah hadis ini. Sememangnya Nabi Muhammad Rasulullah SAW adalah seorang yg bijak dalam menyusun ayat. Kalaulah hadis ini dimulakan dengan "tidak sempurna iman" bukannya "tidak beriman", maka ayat itu kedengarannya amat lembut sedikit, dan yg membacanya barangkali berkata :

"oh, tak sempurna jer, iman ada jugak"

Got what I mean? Begitulah kebijaksanaan Nabi Muhammad Rasulullah SAW dalam bermain dengan psikologi, tidakkah anda sebagai pembaca merasa apa yg penulis rasa? Takut? Semoga pembaca merasa terdorong untuk bermuhasabah apabila mendalami maksud hadis ini.

Kecenderungan dalam hadis ini adalah dimaksudkan kepada rasa berkenan manusia kepada apa yang Nabi Muhammad Rasulullah SAW bawa. Dan kita sedia maklum, apa yg Nabi Muhammad Rasulullah SAW bawa adalah wahyu daripada Allah SWT. Maka kita boleh faham, bahawa bila seseorang itu tidak berkenan atau tidak ada rasa dalam hati dia untuk mengikuti apa yg Nabi Muhammad Rasulullah SAW bawa, maka secara tidak sedar dia juga sebenarnya tidak menyukai apa yang telah Allah SWT perintahkan. Maka, adakah orang ini boleh dikatakan beriman? Fikir-fikirkan.

Hadis juga membincangkan berkenaan mahabbatullah warasul. Hadis ini nak mengajar kita agar sentiasa menjadikan apa yg Nabi Muhammad Rasulullah SAW bawa ini sebagai rujukan dalam membawa diri atau melalukan sesuatu perbuatan. Contohnya apabila kita nak makan, bagaimana adabnya, makanan halal atau tidak dan sebagainya. Apabila sesorang itu melakukan sesuatu yg terlarang, maka secara mudahnya kita anggap dia tidak memikirkan adakah yg dilakukannya itu mengikut apa yg Nabi Muhammad Rasulullah SAW bawa, yakni, dia kalah kepada hawa nafsunya.

Dalam kitab Hikam Wal 'Ulum, apa seseorang itu mempunyai kesempurnaan iman, maka kesempurnaan iman itu akan memaksa manusia meniggalkan apa yg Allah larang, iman yg sempurna itu akan memberikan satu kekuatan kepada dia untuk melakukan sesuatu yang akan mendekatkan diri dia kepada Allah SWT. Tidak cukup dengan perkara wajib, maka dia akan terus melakukan perkara sunat. Dan kesempurnaan ini jugalah yang akan membenteng seseorang itu daripada melakukan perkara yang terlarang.

Berdasarkan pada perbahasan ulama', seseorang yg mempunyai hawa yg cenderung kepada apa yg Nabi Muhammad Rasulullah SAW bawa, apabila dia melihat perkara mungkar, menghina Islam atau sebagainya, maka hati dia akan merasa hendak marah, tidak puas hati, tidak sedap duduk (bahasa Malaysia ke ni? Hehe) dan tidak boleh berdiam diri. (Tengok diri kita camne).

Dalam hadis ini mengatakan "hatta yakunu hawahu tabaan"="sehingga adalah hawanya mengikut ". Maka kita boleh faham bahawa hawa ini boleh dididik dan dibentuk. Dan kita boleh faham juga bahawa asal hawa ini adalah menyeleweng sehinggalah kita membentuknya sampai ke peringkat hawa kita selari dengan kehendak Allah dan Rasul. Bila dididik sempurna, maka hawa ini berguna pada kita, kita boleh mengawal nafsu makan, nafsu berahi dan sebagainya. Hawa ini perlu juga dalam kehidupan kita, kalau tiada hawa nafsu, maka bagaimana akan terhasil zuriat, kan?

Kedudukan hawa berbeza dalam beberapa peringkat @ keadaan yang ada pada manusia. Hawa seseorang itu mungkin jinak dalam keadaan dia berada di masjid, tapi bila keluar daripada masjid, maka hawa dia pasti akan cuba meliar. Begitu juga beza orang yg berjawatan dengan tiada berjawatan, hawa pasti akan lebih meliar pada orang yg berjawatan, sama ada merangsang dia untuk pecah amanah, menyeleweng, menerima rasuah atau sebagainya.

Secara tidak langsung, perjuangan membentuk atau mendidik hawa ini adalah sepanjang masa, sebab itulah kita kena hidup dalam berjemaah agar kita sama-sama membentuk hawa kita melalui majlis ilmu seperti usrah dan sebagainya.

Semoga beroleh manfaat. Wallahuwaliyuttaufiq.

(Untuk membaca teks skema bagi hadis ini, sila lihat di laman tazkirah berantai.)


|

Fankihu v.0805

وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاء أَوْ أَكْنَنتُمْ فِي أَنفُسِكُمْ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرّاً إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفاً وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّىَ يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ

Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma'ruf. Dan janganlah kamu ber'azam (bertetap hati) untuk beraqad nikah, sebelum habis 'iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.

Emm..tak berapa expert nak ulas ayat di atas. Masa ceramah Baitul Muslim pun takdak pengisian ayat-ayat mcm ni..patut kena ada juga..dok gitu? cuma, harapnya dengan mambaca ayat di atas, iman anda sebagai pembaca semakin bertambah hendaknya.

Ramai sahabat-sahabiah melangkah ke marhalah kedua dalam hidupnya bulan Ogos ini. Antara yg tercatit :

Taqiuddin (25 years old)
15 Ogos 2005
(ni member masa kat Maahad)

Nik Aminah (23 years old)
21 Ogos 2005
(ni sahabiah seperjuangan dalam AMAL)

Suriana bt Bohari (22 years old)
26 Ogos 2008
(ni sahabiah daripada UiTM Machang)

cPoL (25 years old)
25 Ogos 2008
(tarikh ni dipilih sbb Sibli ajak tarikh ni, tapi hari kerja..mm..tak sampai tu mintak maaf la cPoL ek)

Khairun Najmi (25 years old)
3 September 2005
(takkan tak kenal mantan SU Agong MPPUPM ni, ehe)

Saje buat kurungan utk umur. Fakta ini tidak dapat dijadikan rujukan sepenuhnya. Tapi secara langsung membuktikan juga orang pompuan ni kawin pada umur berapa tak pe, sebab yang menanggungnya lelaki yg dah tua daripada dia..opss..cPoL sebaya daa...hehe..

Satu kebetulan jugak lelaki-lelaki di atas kahwin pada umur 25 tahun. Kekadang ada orang kata kawin pada umur 25 sebab nak ikut Nabi Muhammad Rasulullah SAW. Emm..wallahua'lam la bab tu.
Ku titipkan kalamullah di bawah, semoga menjadi panduan untuk orang yg bakal berpasangan nanti.




هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً
خَفِيفاً فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِينَ

Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami-isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang saleh, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur".

(Al-A'raf :189)

p/s: Kak ina, masih ingat afsheen? 3 minggu sebelum dia ngan family balik Pakistan, banyak kali jugak pergi rumah dia..teach computer punya pasal aa,,biru mata hitamku..yg bestnya..dia cakap..kalo nak kawin bagitau dia..nanti dia nak hantar baju pengantin daripada Pakistan..mcm tak caya jer...but she really mean it...jimat la ana kali ni...hehe..

|

Wednesday, August 10, 2005

Rojak 2

FOKUS! FOKUS! FOKUS!
Pernah rasa tak satu situasi yang mana anda tidak dapat memfokus? atau dilarikan fokus?
huh..tensen..serabut..sumenya lah...haru lagi mengharubirukan...

Pernah tak anda berada dalam situasi yg mana anda perlu menyiapkan 3 tugas rutin..
tugas rutin ini setiap satunya perlu kepada pemfokusan...
tapi kerana disebabkan masalah-masalah teknikal...contohnya seperti tetiba komputer buat hal..atau server down..atau network failed...arghh...serba tak menjadi...

Dalam keserabutan...banyak pulak panggilan..suruh itu ...suruh ini...dan apa yg disuruh itu juga tertunda kerana masalah-masalah teknikal tadi...dalam pening memikirkan hal itu datang pulak call follow up apa yg disuruh tadi...arghhh...nak marah kat sape? nasib baik ko ada blog..mmm..

Untuk perhatian najib..jual je Combo Drive mu kat orang lain..aku dah rembat yg baru punya kat PC Fair hari tu...RM125 jer..mana tak tergoda..LITE-On pulak tu..yg kat rumah pun dah out-of-date..huhu..

Argghh...tengok!!! Geram betulla..tak nak responding pulak Dreamweaver MX ni..sebenarnya sesambil tulis blog ni aku tengah design web UPKN..iskk..apesal sume benda mensabotaj kerja aku hari ni aaa...hari ni hari apa ekk?.. 10 Ogos 2005 bersamaan 5 Rejab 1426...mm..nape ek? sbb aku tak teruskan niat aku nak pose tadi ke aa? tapi hari ni hari rabu...biasa buat pun isnin khamis jer..Rabu pun bulan Rejab kan...tapi sebenarnya pagi tadi rasa ringan jer nak pose..maybe berkat doa ma'thurat...wabadanan hayyinan laiyyinan bitho'atik..mm..ntah la aku ni...mintak sangat ..pastu bila diberikan peluang tolak pulak...fenin kan? huhu..

Eh...ada sesape berminat nak cuba nasib dalam Mencari Cinta? Hihi..sebenarnya aku baru tengok citer ni malam tadi...bukan apa..saje nak tengok cara dijalankan modul modul nak pikat anak dara orang ni...ishh...tak tau nak kata la...citer mcm ni pun boleh buat..yg aku heran bin ajaib lagi peliknya...lelaki lelaki tu tak malu ke? ishh...desperate sangat ke? kalo semalam ada 7 orang lelaki..daripada berapa agaknya ek? katakan 10...maknanya 10 orang lelaki merebuat 1 orang pompuan? adeii...memalukan kaum la woi!!! Dah le zaman sekarang ratio jantina lebih daripada 4 pompuan utk sorang lelaki...ni 10 orang lelaki nak berebut sorang pompuan pulak..takke haru lagu tu...aiii..fenin dengan masyarakat sekarang ni..dok tiru rancangan TV Barat..tapi yg harunya semalam...sesatunya lelaki yg solat subuh pulak terkeluar..yg tak solat Subuh tu boleh menang pulak..so..apa yg bagusnya? Merosakkan ada la..kemana abis la Dewan Ulama' ni...aktif la sikit buat statement...huhu...

Rancangan Bersamamu ok la jugak...menginsafkan...membuatkan air mata ku yg mahal ni menjadi murah seumpana Mega Sale..huhu...sedei sedei...aku rasa DPP atau DMPP ni patut alert atau tonton rancangan ni...mcm hari tu..mcm keluarga Kamariah..isk..sedih sedih..kalo DMPP atau Nisa' ke..pergi lawat..bagi la makanan ke wang ke..pastu sampaikan kalam Islam..bagitau dia cara pakai tudung yg betul..tanya kot kot solat ke tak ke..dakwah Islam tu penting..bila Islam tu sampai..maka tau la dia nak pangkah mana...huhu..

Emm..tadi aku terbaca satu komentar..tapi bukan tuju kat aku aa...katanya..camne Islam nak tersebar kalo blog pun beberapa orang je baca..iskk..takkan la tulis mcm ni nak suruh orang ramai baca? aiyoo...lain la penulis profesional mcm roslan sms tu ke, pakdi tu ke..boleh aa..huhuhu...

Masa gi KL hari tu plannya nak gunakan masa yg ada nak gi UPM..rindu kat sahabat sahabat..tapi tak sempat da..sempat gi UM ngan UiTM je..nak gi INTEC pun tak sempat..UiTM ni jumpa Jalal aa..masih ingat kat Jalal? hehe..best jugak sembang ngan Jalal..mengimbau balik nostalgia berjemaah kampus...dok cerita gerakan gerakan subversif dalam G...hehe..dgn GERAKnya, Kumpulan 20nya, tak lupa pada Abu Sayap..huhu..kenangan itu sungguh indah..


ku sangka teguh..kiranya masih rapuh..
ku sangka mudah..namun amat payah..
ku sedar semua...pasti ada akhirnya..
moga akhirku diselimut cinta..............

|

Monday, August 08, 2005

Hurairah : Update

Assalamualaikum…

Rasa macam lama jer dah tak update blog ni..
Sabtu ngan Ahad hari tu pergi KL..
Ada la urusannya…mmm..
Kisah kali ni adalah sequel pada kisah Hurairah hari tu..
So..apa jadi pada kucing tu?

Bila turun daripada ofis petang tu..
Agak lewat la jugak..
Ralit buat kerja...
Kebetulan ada sorang partner main badminton ngan member dia..
Motor dia pun parking kat situ jugak…
Kucing tu mcm kenal aku jer..
Baru sampai dah bunyi…
Aku pun bagitau la kat dia orang tu..
Camne nak selamatkan kucing tu..
Ini la orang kata berkatnya perbincangan..hehe..
Dapat la idea...
Bahagian bawah pintu tu boleh dibuka sikit celahannya..
Jadi..dengan menggunakan kayu..
Ruang bukaan pintu itu ditahan menggunakan kayu tu..

Tapi still tak enough untuk kucing tu kuar...
Emm..lalu..dicari pulak kayu jongkong bata (betulke istilah ni? Huhu)
Ditahan pulak dgn batu tu..
Maka nampak la kucing kat dalam tu..
Tapi kat dalam tu ruang kosong daa..
Mana ada penyapu pun...
Kisah dongeng jugak la tu...huhu
Tapi kucing tu malu malu pulak...
Rasanya kucing tu tak malu...

Tapi pening dengan cahaya kot..
Maklum le berhari hari dok dalam gelap gelita…
Emm…tak kisah lah…
As long as dah ada cara utk kau keluar kucing oii…

Maka mission accomplished…
Naik motor balik umah..
Karang hujan abis basah…

"Waman yattaqillaha yaj'allahu makhroja…"

|

Tuesday, August 02, 2005

Hurairah


Dipercayai taat berguna, bersaudara berbudi, kasihkan binatang menurut perintah, tabah hati berjimat,
suci fikiran suci perkataan suci perbuatan.

Heh..tu lagu pengakap tu..masa sekolah rendah dulu ada aa join pengakap. Bila dikenang-kenangkan, best jugak join pengakap masa sekolah rendah tu, terutama bila ada perkhemahan..part tu memang best aa..memacam pertandingan ada...best sungguh!

Apa kaitan lagu pengakap dgn apa yg aku nak tulis hari ni? hehe..satu perkataan daripada lagu tu nak sentuh sikit..iaitu kasihkan binatang. emm..tengok pada gambar...ada gambar kucing kan? hehe..bukan rimau weiiiii...kesian kat kucing ni...depression...hehe..

Teringat kisah diceritakan oleh Ustaz Al-Kautsar..tak ingat dah tajuk pengisian dia...cuma..rasanya menyentuh motivasi bagi pejuang agama Allah...dan menyentuh bab doa...katanya doa sahabat kepada sahabatnya mudah dimakbulkan Allah...lalu dia menyentuh tentang doa binatang kepada manusia...dia cakap bila dia tolong binatang..contohnya bagi makan kat kucing yg kelaparan..bila dia bagi makan kat kucing...dia gosok kepala kucing dan dia cakap kat kucing tu...

"kucing o kucing, kau lapar aa kucing, aku bagi makan kat ko ni..ko doakan aku lulus periksa aaa"

Sebenarnya aku tak ingat secara tepat apa yg ustaz al-kauthar tu cakap kat kucing tu...tapi lebih kurang cam tu aa...ingat kucing tu tak faham ke? sendiri pikiaq aa..

Hari ni, selesai jer parking motor, deria pendengaranku yang masih cekap ini (Alhamdulillah) menangkap satu gelombang bunyi yang berbunyi "meow, meoww, meowww"...aku berpaling paling mencari bunyi tu, tengok bawah takdak, atas pun takdak, tepi, takdak, tengah lagi la takdak...aiyaa..mano mu kucing? mu dok mano? Bilo aku puas mencari tak jumpa..aku pun nak blah..makin kuat la pulak bunyinya..aku seolah olah menjadi faham kepada maksud bunyi tu..yea...kucing tu teramat memerlukan pertolongan..ishh..mana kucing ni...aku mengalih pandangan mataku yang mempunyai kuasa 250++ ni kepada peti besi yang besar...setinggi 160cm..ku intai di bawahnya...tu diaaaa...baru la nampak seekor anak kucing sederhana besar yang terperangkap kat bawah peti besi tu..

Heran aku..camne dia boleh masuk kat bawah tu? Dia takleh keluar kerana ruang untuk keluar tu tertutup oleh pintu besi..maybe dia masuk masa pintu besi tu dibuka...adoi...camne nak tolong kau kucing...kesian kat kucing..aku dapat melihat segala usaha dia untuk keluar...mengereng..cuba keluar kepada dulu...kaki dulu..tapi semua tak berjaya...aku nak pegang badan dia pun tak dapat...uishh..camano ni...nak kuar pulak air mata aku tengok usaha kucing tu nak kuar..tambah pulak dengan bunyi dia yg mendayu dayu minta tolong...bila je aku melangkah jauh..bunyi dia makin kuat..seolah olah minta jangan ditinggalkan...terdetik dalam hatiku...berapa hari dah kucing ni terperangkap..?

Kebetulan ada sorang lalu mengatakan peti besi ni biasa tempat orang simpan penyapu masa kuliah hari jumaat...mean..sejak dari hari jumaat lagi? kenapa baru hari ni dia minta tolong nak kuar? padahal tu tempat aku parking sokmo...emm..maybe sbb lapar sangat kot...argh...camne nak tolong kau kucing...nak angkat peti besi ni? huh...10 orang belum tentu terangkat maaa..

Emm..dah hampir setengah jam layan kucing ni..i got no choice..last last pergi beli ikan yg kat kedai orang jual nasik..heh..memang makan spesel la ko kucing...terus bagi kat kucing ..hah tu dia.. baru la senyap sikit...bila dah ralit makan tu..takdak la bunyi nya..bila dah takdak bunyi..baru la aku sampai hati tinggalkan kucing tu..huhu

Kucing oh kucing..doakan aku mati syahid...........


لَهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ كُلٌّ لَّهُ قَانِتُونَ
30. 26. Dan kepunyaan-Nyalah siapa saja yang ada di langit dan di bumi. Semuanya hanya kepada-Nya tunduk.


|