Wednesday, August 25, 2004

Tergambar...

Emm..
Entah kenapa...
Kemalasan untuk menaip pada hari ni levelnya begitu tinggi...
Lantas...baikku upload sahaja gambaran gambaran yang telah berjaya ditangkap untuk dibuat kenangan masa akan datang..

Nah..
Ku persembahkan gambaran semasa berbisnes semasa Pesta Konvo di suatu tempat itu hari..


Ini merupakan gambaran kerajinan dan kesungguhan muslimat dalam pembungkusan dan penggubahan bunga yang hendak dijual keesokan harinya..


Ini pula merupakan gambaran seorang penjual mengorek beg untuk mencari duit baki untuk diberikan kepada pelanggan yang datang melakukan jual beli di gerai beliau...


Ini pula gambar yang menggambarkan usrah yang dilaksanakan walaupun sambil berjual beli..jual jual jugak..usrah jalan jugakkk...

Emm..tu jer la gambar untuk dikongsi..sekarang ni dok sibuk dengan muktamar....semalam kena ambik sidang media..malam ni perasmian muktamar DPP..jommmmmmmmmmmmm...


|

Sunday, August 22, 2004

Pengalaman...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Emm...sudah sekian lama rasanya tidak ku nukilkan kalam fikiranku di sini..

Hinggakan timbul satu persoalan..siapakah dirimu Ayu? Adakah keayuanmu seayu namamu?..
wakakakka...blah la oit...ntah sape la nak nyamar ni..hampeh tul...tak abis abis...huh..

Anjung Selatan memahatkan pelbagai kenangan...dan yang paling mahal tentulah pengalaman dalam berbisnes..UNTUNG? ..ade la..tapi kalau tanpa Anjung Selatan ni..tentu tak dapat lagi pengalaman berniaga ni...letih tok sah cakap.. pengalaman produk abis stok...pengalaman produk berlambak tak abis.,..kekeke..takkan ku lupakan dirimu duhai Anjung Selatan..moga ketemu lagi...

Balik balik jer terus orang panggil bertugas..aiseh..ape lagi kalo bukan dengan EPIKS..apa tu EPIKS? mai kelate la..AGM lagi..dan memancing kat Kolam Kuala Berang lagi...emm..padat jugak nih..tak masuk kerja OPIS lagi...hah..Cpol..tahniah ler dapat kerja balik..memacam hang nih..

Kahwin? emm..ramai orang kahwin dalam musim cuti ni..Kelmarin pergi kenduri umah isteri roslan KTDI kat marang...tapi tak dapat pergi..ade meeting..yg pergi Kumat, Ruzaimin, Azri dan Fadzli Tholiban...komunit blog ni paiz sorang je dah setel...tapi 3 lagi kosong oitttt..haha..

oklah..takdak idea sangat la...otak tgh compress nih..aisehhh..

|

Sunday, August 08, 2004

Mujahid Fi Sabilillah?

Assalamualaikum...

Kali ni ana sudah malas mau menulis..
Kali ni ana mau mempraktik kembali teknik lama..
iaitu COPY n PASTE...ehehe..

Sajak ni amat menarik..
dari muslimat untuk muslimin yang mendakwa dirinya berjuang di jalan Allah kononya..
Kenapa kononnya?...pikiaq ler..kalo tak nak ayat kononnya itu..
Maka jadilah sebagaimana harapan muslimat ini...
Spesel untuk ahli usrah blog...dengarkannn..




Aku Wanita Mujahidah Sejati
Yang tercipta dari tulang rusuk lelaki yang berjihad
Bilakah kan datang seorang peminang menghampiriku mengajak tuk berjihad
Kelak ku akan pergi mendampinginya di bumi Jihad
Aku telah bersiap sedia dengan semua syarat yang diajukannya
Cinta Allah, Rasul dan Jihad Fisabilillah
Aku rela berkelana mengembara dengannya lindungi Dienullah
Ikhlas menyebarkan dakwah ke penjuru bumi Allah
Tak mungkin ku pilih dirimu jika dunia lebih kau damba
Terlupa kampung halaman, sanak saudara bahkan harta yang terpendam
Hidup terasing asalkan di akhirat bahagia
Bila aku setuju dan kaupun tidak meragukanku
Bulat tekadku untuk menemanimu
Aku Wanita mujahidah pilihan
Yang mengalir di nadiku darah lelaki yang berjihad
Bilakah kan datang menghampiriku seorang peminang yang penuh ketawadhu`an
Kelak bersamanya kuharungi bahtera lautan jihad
Andai tak siap bisa kau pilih
Agar kelak batin, jiwa dan ragamu tak terusik
Terbebani dengan segala kemanjaanku, kegundahanku, kegelisahanku terlebih keluh kesahku
Sebab meninggalkan dakwah kerana lebih mencintaimu
Dan menanggalkan pakaian taqwaku kerana laranganmu
Tak mungkin aku memilihmu
Bila yang fana lebih kau cinta
Lupa akan kemilau dunia dan remangnya lampu kota
lazatnya makanan dan lajunya makar durjana
Meniti jalan panjang di medan jihad
Yang ada hanya darah dan airmata tertumpah serta debu yang beterbangan
Keringat luka dan kesyahidan pun terulang
Jika masih ada ragu tertancap dihatimu
Teguhkan azamku untuk lupakan dirimu
Aku wanita dari bumi Jihad
Dengan sekeranjang semangat berangkat ke padang jihad
Persiapkan bekal diri menanti pendamping hati, pelepas lelah serta kejenuhan
Tepiskan semua mimpi yang tak bererti
Adakah yang siap mendamaikan hati?
Kerana tak mungkin kulanjutkan perjalanan ini sendiri
Tanpa peneguh langkah kaki dan pendamping perjuangan
Yang melepaskanku dengan sepotong doa
Meraih syahid adalah tujuan utama
Robbi.. Terdengar panggilanMu untuk meniti jalan redha-Mu
Ku harapkan pertolongan dari Mu... Menemani perjalanan ini

Emm...camano?...layak ko weiiiiiiiiiii...


hammas003

Siapa ini? Cpol? Paiji? Amin? Nijar? Pais? atau MatDwe?...yang menjadi idaman muslimah itu?...suitable?...

Cubalah bertawassul...untuk kita layak berada di jalan yang sebenarnya..yang lebih dekat untuk mendekati syuhada'...do we meet the requirement?..

Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan...[At-Taubah...ayat ?]

Wallahua'lam..





|

Friday, August 06, 2004

The Return...

Assalamualaikum...

Hari jumaat...macam biasa..ke tempat kuliah tuan guru..
tapi hari ni berbeza sikit...
kalo sebelum ni buat kat Dewan Zulkilfi..
tapi hari ni buat kat JKR10...tempat kediaman rasmi tuan guru..
sampai tu dah banyak dah gerai yang dibukak walaupun masih awal..
cepat betul dia orang carik rezeki..




Tempat baru ni mungkinlah amat asing bagi sesetengah orang, malah mungkin untuk ramai orang kat kelate nih...pun begitu ia tidak menghalang ramai orang untuk memenuhi perkarangan JKR10 untuk mendengar kuliah tg walaupun dalam masa hanya 15 minit..

Kuliah dimulakan dengan Ust Nasaruddin Mat Isa menjadi pengkuliah, yang disifatkan oleh sesetengah orang sebagai satu ceramah...nape?..ntah...itulah kelebihan TG..kuliah beliau didengar oleh semua lapisan orang..tidak kira politician atau tidak..asal orang lain jer mesti orang kurang...apo nak dikato..

Sehingga 10:15...barulah TG keluar dari kamar rehatnya untuk menemui rakyat pertama kali selepas dirawat..




Awal intronya macam biasa..doa yang terdapat dalam surah Thaha..tok guru terbatuk batuk..emm...tersentuh hatiku...tok guru membicarakan mengenai nikmat yang Allah kurniakan kepada kita...seperti mana yang Allah nukilkan di dalam kitab sucinya...cara Allah nakkan orang yang dia kasihi ingat kepadaNya kembali adalah dengan menimpakan kepada dia musibah...agar dia segera kembali...

“Saya amat-amat bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana memberi 1001 nikmat. Sebelum ini saya ‘hilang’ sekejap kerana ditarik nikmat kesihatan.

“Biar pun tidak berapa selesa, saya ambil sekejap masa yang tidak lebih daripada 10 minit seperti mana diarah doktor untuk berucap,” katanya yang kini sudah menjangkau usia 73 tahun.

Pada tazkirah itu beliau menceritakan kisah seorang raja India di zaman lampau yang menderita sakit tidak boleh membuang air kecil sehingga terpaksa menggadaikan negerinya untuk berubat.

“Raja itu telah menemui seorang bomoh dan bomoh tersebut meminta tuanku menyerah sebahagian negeri sekiranya sembuh. Kemudian selepas itu baginda sembuh.

“Tidak lama kemudian datang lagi penyakit tidak boleh membuang air kecil. Dia kemudian berubat dengan bomoh yang sama. Dan bomoh terbabit menuntut diserah sebahagian lagi negerinya sekiranya sembuh. Akhirnya negeri tersebut dikuasai bomoh terbabit,” katanya sambil diiringi ketawa orang ramai.

Bagaimanapun menurutnya, nikmat diturunkan al Quran dari langit adalah lebih besar daripada itu yang menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia.

Akhir tazkirah, tok guru membacakan doa yang menyentuh hati..iskk..



Abis tu tok guru pun berehatlah..
Ust Nasaruddin yang setia bersama TG meminta kebenaran untuk berangkat pulang...


Katakanlah: "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

(At-Taubah:24)



|

Thursday, August 05, 2004

Pergi dan Kembali

hari ni dapat mesej dari ust hafiz, adik hj husam...
mengajak untuk bersama-sama menyambuat kepulangan kembali Tuan Guru ke bumi kelantan setelah habis menerima rawatan di IJN..



Yang pasti..
Tuan Guru akan berehat panjang selepas ini..berehat dari kesibukan..
kebijaksanaan Exco pasti akan teruji dalam suasana muktamar yang begitu hampir..
Apetah lagi kesibukan untuk persediaan EPIK..
Ekspo Perdagangan Islam Kelantan..

Pulak tu..
Dalam kesibukan kat negeri sendiri..
Ambo pergi menyibuk kat negeri orang..
Apelagi kalu bukan projek Anjung Selatan..
Bisnes sempena Konvo UTM..
JEBong ngan Amin...jgn memalu ke gerai aku...hehe...

Emm..
oklah..sibuk nak desing multimedia nih..

wassalam..

|