Saturday, September 30, 2006

Anak Didik Iblis...

Assalamualaikum wrt wbr..

Salam ramadhan kepada sidang pembaca sekalian, semoga kalian mampu menghayati Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya, bukan sekadar mengikut sahaja resam manusia, bila Ramadhan, puasa, asal Ramadhan je puasa...asal Ramadhan je tarawikh..mmm..

Macam keras je tajuk entry aku nih..keras ke? biasa je..apa yg aku nak bawa dengan tajuk ni? tajuk entry aku ni sedikit sebanyak telah menghantar kotak memori aku ke alam kampus, teringat masa kat kolej dulu, sekretariat aku ada menganjurkan ceramah dengan tajuk yg dicetuskan oleh aku, bertajuk Sumpahan Iblis..very attractive kan? dan ceramah tu berjaya menarik ramai orang utk datang mendengarnya..Alhamdulillah..tercapai seruan dakwah...aku ingat nak kontek anak buah aku kat kolej tu lah, biar dia orang anjur ceramah bertajuk mcm tajuk entry aku ni pulak..mesti gempak! yes! i will contact them for sure...tapi tajuk ni mcm kena kalau anjur time Ramadhan..ala..dah lewat la..mesti dia orang dah full dgn aktiviti dah..silap betul..

ok, mari kita cuba menyelusuri apa yg aku nak cuba sampaikan..mm..Ramadhan ni, mmg berkait rapat dgn terkurungnya Iblis2 laknatullah sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

”Apabila tiba bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu neraka ditutup serta iblis-iblis dibelenggu" (HR Bukhari).

Apa natijahnya apabila Iblis dibelenggu? yea, ianya amat nyata sekali pada pandanganku, hari pertama puasa, bila aku ke masjid utk solat zohor, kebetulan aku tiba selepas azan, aku terkejut sebentar, parking penuh! dan kesan daripada parking yang penuh itu, kasut juga memenuhi ruang tangga, dan berkadaran dengan banyaknya kasut dan parking yang penuh itu, bilangan saf meningkat daripada biasanya 3 saf kepada 8 saf..kat masjid tu satu saf aku anggar dalam 60 orang, jadi, bilangan makmum meningkat daripada +-180 orang kepada hampir +-480 orang..campur muslimat dapat la 600++ kot..ramai bukan? miracle of fasting? mm..

Begitu juga dengan keadaan kat madrasah kampung aku, subuh biasanya, paling ramai 10 orang (xsampai satu saf)..bila time Ramadhan ni..mencapai 4 saf..maka..benarlah maksud hadis uh menyatakan bahawa puasa itu adalah perisai (asshiyamu junnah)..perisai daripada ditewaskan oleh hawa nafsu..manusia berjaya atasi nafsu makan waktu lunch, maka ramailah masjid time zohor, dan manusia juga berjaya atasi nafsu tidur, maka ramailah orang time Subuh..

Cuma, cuba kita renungkan, kenapa keadaanya akan berubah sejurus habisnya Ramadhan? mm, pendapatku, itu kesilapan manusia itu sendiri kerana gagal utk menghayati ibadat puasa itu, takde penghayatan dalam pengabdian, mm, malas nak ulas panjang, muhasabah dan renung2kanlah, secara mudahnya, kalo betul kita nak tarbiyyah nafsu kita agar sentiasa selari dengan kehendak Allah, maka pastinya kita akan istiqamah dan keadaan kita pastinya tidak akan jauh berbeza apabila berada di bulan selain Ramadhan..

Maka, aku kategorikan orang2 sebagaimana di atas, yg hanya memenuhi masjid ketika Ramadhan ini sebagai orang2 yg lalai..(termasuklah aku....huhu)...

OK, tu baru bab orang lalai, sekarang baru nak masuk bab anak didik iblis..err..dah panjang eh? yea tak yea..mcm dah panjang, alamak, aku nak kena siapkan multimedia pulak ni, petang ni dah client nak tengok, abis la, sambung lain kali lah pulak, ntah bila la pulak lain kali tu, huhu..

Selamat Menghayati Ibadah Puasa. :)

|