Thursday, January 01, 2004

Last Minute

Assalamualaikum,

Emm..kali ni cara menulis blogku amat berlainan daripada biasa..kalo sebelum ni blogku tertulis menggunakan TMNet 1515 dan TMNet Streamyx, tapi kali ni satu revolusi telah berlaku..blog ni kali ni ditulis menggunakan GPRS provided by Celcom..free sehingga 30 September 2004..akanku manfaatkan sebaik mungkin..ehe..kelemahannya? skrin kecik dan takdak html view dan takdapek upload gambar..aku pun tak tau nak install IE kat pda-phone aku nih..maybe ada..aku la kot tak reti..ehe..

Jadi..sempena revolusi ni..marilah kita berpuisi..bertajuk Last Minute..hihi..

Ehemm..Esok aku nak peksa,
Aku study gila gila,
Esok aku nak peksa,
Aku stay-up sampai pagi buta,
Esok aku nak peksa,
Nak main pun tak dak masa,
Esok aku nak peksa,
Nasik ayam pun tak sempat nak rasa,
Esok aku nak temuduga,
Aku prepare gila gila,
Esok aku nak temudaga,
Abis orang aku tanya camne rasa..
Esok nak masuk kerja,
Aku dah takde idea...hehe..
Minggu depan aku nak mati,
Aku bangun bertaubat dipagi hari,setiap hari,
Minggu depan aku nak mati,
Al-Quran aku baca hari-hari,
boleh tau ke bila nak mati? Last minute punya tobat mmg dah rejek lerrr...

Ada maksud tersembunyi..
Bersama kita menginsafi diri..

La Ilaha Illa Anta. Subhanaka Inni Kuntu Minazzholimin...

|