Sunday, April 24, 2005

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum wrt wbr..

Salam Maulidur Rasul kepada sahabat-sahabiah sekalian. Semoga dengan hari yang mulia itu, mampu membangkitkan inspirasi dalam diri untuk terus menjadi pejuang agama.

Alhamdulillah, hampir 23 tahun aku hidup, baru ini ku dapat rasakan kehadiran cinta. Hampir 23 tahun aku mengatakan aku beriman kepada baginda, tanpa dapat kurasakan walau sedikit cinta, walaupun selalu ku paksa diri, tapi amat payah sekali perasaan itu hadir, dan aku bersyukur, kali ni akan dapat merasakan perasaan halus itu hadir, halus sehalusnya, mengerah airmata bersama alunan selawat kepada baginda, Allahuakbar.

Hari ulangtahun kelahiran baginda, jua adalah hari kesibukanku. Bermula waktu malam sebelumnya, menguruskan hampir 800 fail, fuh, letih gak oi, takpe orang depan, takdok masalah, minggu orientasi katakan, ragging la sikit..hehe..cuma tertanya-tanya, nape last minute eh? ingatkan nak letak biar orang ambik sendiri jer, rerupanya kena isi jugak..huhu..

Tapi ok la jugak, boleh rasa pengalaman tidur kat Perdana Resort, nak kata best, biasa jer kot, chalet takde la besar sangat, enough for couple i think, nak honeymoon boleh la kot, huhu. Awal pagi tu plan nak tengok sunset, tapi tak kuar da, mcm nak hujan gitu, huhu, nak terjun kolam mandi masih berubat lagi, terserempak ngan ust hafiz, ajak naik kuda abang dia, heh, susah jugak nak imbang badan memulanya, lenguh abis urat badan aku melawan graviti..huhu..tapi lepas tu terjun gak kolam, adeihh,,letih gilo la lepas tu, dah lama gila tak bersenam, baru 2 round berenang dah penat gila, air pun masih suam lagi, faktor faktor itu terus menyebabkan aku keluar dari kolam renang itu...huhu..

Lepas itu kena angkat fail-fail ke dewan, adeih, mmg terasa betul kesan berenang tadi, out of energy terus..huhu..tapi KOSASS pantang mengalah, langkah mesti diteruskan, akhirnya kerja itu berjaya diselesaikan dengan jayanya.

Kedatangan peserta amat membanggakan, penuh dewan. Pembentang kertas kerja pertama daripada sebuah IPTA. Dalam hatiku memuji keberaniannya. Terpikat dengan ayatnya:

" Demi Islam, apa saja patut dilakukan tanpa ragu-ragu, kenapa takut utk buat kerja Islam? Saya bila saya nak keluar utk gerakerja mcm ni, masa nak memulakan perjalanan, saya akan baca "Rabbana 'Alaika Tawakkalna Wailka Anabna Wailakal Masir", serah lah kat Allah apa Dia nak buat kat kita, dah kita ni milik Dia, nape nak takut?"

Allahuakbar.

Petang tu Tok Guru datang sebagai merasmikan penutup, sedikit kata-kata Tok Guru:

"Saya hari ni ada 3 program, ni program last, letih ni, doktor nasihat kalau letih jangan lawan, ingat tadi memang nak berehat dah, tapi hari hari Maulidur Rasul, terkenangkan perjuangan baginda, letih saya ni apa sangat la dibandingkan dengan apa yg dihadapi oleh baginda, jadi, saya pun gagahi diri saya datang ke program ni"

Allahuakbar.

|

Wednesday, April 20, 2005

Kelaparan...

Assalamualaikum sidang pembaca..

Saat penulisan ini berlaku, saat ini juga kelaparan benar benar merobek usus-ususku, kenapa tak makan? err..takdak orang ni...tinggal sorang je ni..apesal? tak leh tinggal ke..boleh je...tapi takut ada orang call mintak kerja urgent ke apa ke..sbb esok ada program...mostly org yg sepatutnya ada sedang buat preparation kat Dewan Duyung Perdana Resort..tinggal ambo uruskan bab bab komunikasi...adeihh..lepas ni mmg nak kuar jugak aaa...kalo puasa takde la lapar cam ni...kalo tak puasa lapar la pulak..terbalik kuam...ehe..

Pagi semalam junairi call, mintak tolong ikut rombongan dia...aisehh...teringin la jugak...satu kolej kan..tapi dah ada program yg lebih aula ni..terpaksa la dgn SEBERAT-BERAT HATINYA ku katakan tak dapat...adeii...mmm...conflict gak sekejap..tapi selesaikan sengsorang je la...keputusannnya pergi umah junairi lepas program aa...dah ler 3 kenduri sekaligus nak kena attend...huhu...

errr..
ado kejo...

wassalam.

|

Sunday, April 17, 2005

Takkan Dah Terbelah Mental Kot?

Adeih..
Berkurun lamanya rasanya tak update benda alah blog ni…
Sibuk? Entah ler..rasa mcm dah maksimum partition dah serebrum dan sereblum ni..
Not enough space dah rasanya nak create part utk piker nak karang blog nih…tapi Alhamdulillah hari ni rasa mcm kosong sikit…kosongggg? Jap agi ada program maaaaaa…huhu…

3 bulan kampus bercuti..memberi isyarat kesibukan tanpa batasan..dekat 10 program nak kena pikir..huhu…nasib baik la kat KOSASS dulu biasa pikir dekat 20 program utk 3 bulan..berasapp oooooooo…rasa mcm bukan student je..mcm dah jadi staff kolej je rasanya…takde feel langsung sebagai pelajar…pertolongan dari-Nya..result tetap maintain gitu..as He promised…and as a Muslim..hasbi rabbi jallallah..

Selari dengan program yang berlambak ni..penyakit lama ku datang lagi..penyakit gian nak meeting! Hehe..virus ni dapat masa kat KOSASS..mana taknya..every weekend tu mmg tak lengkap la hidup kalo tak de meeting..pernah 7 malam berturut-turut ada meeting,..dan salah satu dari malam tu ada 3 meeting serentak..salah satunya masa mulanya lewat sejam…dan ketiga-tiganya aku attend…eeee…dasat dasat…rekod meeting kat KOSASS adalah 5 jam…mula dari 10 malam abis dekat 4.30 pagi….masa tu nak settlekan Kod Etika Pemakaian KOSASS..satu-satunya kolej kat UPM yg ada kod etika pemakaian…yg akhirnya dicontohi oleh MPPUPM..hehe..

Tapi….di bawah pemerintahan pengetua terbaru ni..kod tu mcm dah hancur dahhh…arghhhhh….apa punya pengetua aaaa…kelulusan je tinggi…(err..ni dah termasuk bab mengutuk ka?.hehe)…tapi serius mmg hampeh la pengetua ni..abis yg aku n the gang perjuangkan utk kolej hancur…tak pueh ati betulla! Rasa mcm nak apply jawatan pengetua je kat UPM nanti..keh keh…

Takkan dah terbelah mental kot? Hehe..dah lama tak dengar ayat ni.,.sejak bergraduate ni…sejak kuar KOSASS ni..mmg tak dapat dengar lagi ayat ni…kena tunggu reunion MTK 2002-2003 KOSASS!!!! Best best…rindu pulak kat geng-geng yg first batch buat "Underground Mission:Silent Killer" ni…huhu..ingat sek PMI je ke boleh buat? Hehe..gara-gara tak puas hati dgn HEP masa tu aa timbul mission ni…kebetulan pulak ada sorang T7 tu…lagi berkesan aa..hihi..

Sekian..

Wallahua'lam..

"Wamma bini'mati rabbika fahaddis"

|

El Mirador

Apa itu El Mirador? Yang tengok National Geographic pasti tau…tapi ambo sempat tengok intro jah…meme hampeh aaaaaaa…konflik juga masa tu…antara usrah ngan NG ni…tapi meme lemah gila aa kalo kalah ngan NG ni…pergi usrah aa…huhu…tapi rasa rugi je tak dapat tengok dokumentari pasal El Mirador ni…mana nak dapat CD dia ekk…huhu..rasa mcm nak pergi kat tempat tu…tengok binaan pemerintahan kuno…argghh…

Dan satu hakikat yang pahit ditelan..bila tarikh usrah ni diubah..dari Sabtu kedua setiap bulan kepada Jumaat ke 4 setiap bulan…maknanya dalam sebulan satu episode NG aku akan tertinggal…huhu..nok wat lagu manoooooooo…tapi…selalu je pun tertingal sejak cuti kampus bermula ni…program memanjang…adeii..

Usrah kali ni membincangkan banyak isu isu rahsia..al maklumla kitab yg dibentangkan itu mengisahkan ttg sirah dakwah Nabi secara rahsia…

Kagum…itulah komen kebanyakan ahli usrah…bagaimana rahsia dakwah itu terjaga dalam komuniti yg begitu ramai…ahli seramai 70 orang…dan rahsia itu terjaga selama 3 tahun lamanya..mm..

Jawapan kepada kemantapan itu..pastilah kerana Fathanah yg ada pada Rasulullah Muhammad SAW..bagaimana baginda memilih orang yang benar-benar layak..(perkaderan la tu)..seterusnya memilih lokasi yg strategik..rumah abi arqam yg terpencil..dan ketiganya pastilah kerana suasana pada masa itu yg penuh tekanan..yg membuatkan setiap orang yg masuk Islam itu menjaga benar-benar akan rahsia itu..

Kat kampus dulu…ada tekanan pun tak waspada sgt jugak..kita punya penat penat plan strategi nak kaburi musuh…dia pakai jugak tudung labuh tu…eeeiii…masalah betul!

Dikisahkan jugak kisah Nuim yang memberi contoh utk menyelamatkan pimpinan…yg mana disuatu masa Omar Ibn Khattab yg masih belum Islam ketika itu sedang mencari Rasulullah…lalu Nuim mengatakan kepada Umar bhw adik dia pun masuk Islam jugak…maka secara tak langsung perhatian Umar dilarikan daripada mencari Rasulullah kepada mencari adik dia…korbankan ahli utk selamatkan pimpinan..Allhuakbar…

"Wa amma bini'mati rabbika fahhadis"

|