Saturday, February 19, 2005

Khaliq dan Makhluq

"Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat juga seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun di dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan"

Alhamdulillah. Sekali lagi diriku mampu untuk menggerakkan jejari untuk bermain diatas keyboard, membawa maklumat dari otakku untuk disalurkan melalui papan-papan elektronik.

Ayat di atas ku ambil dari himpunan kalamullah, ayat yang ke 38 daripada surah yang ke 6. Ayat ini sedikit sebanyak menyedarkanku mengenai rezeki. Saban hari, kehidupan insane pasti tidak sepi dari memikirkan bagaimana untuk mencari rezeki. Kekadang kerana pencarian rezeki inilah, menjadikan manusia berada dipersimpangan awlawiyyat.

Al-Kitab yang dinyatakan dalam ayat ini, ditafsirkan sebahagian mufassirin dengan bermaksud kepada Luh Mahfuz, dengan erti bahawa nasib semua makhluk itu sudah dituliskan dalam Luh Mahfuz. Dan makhluk itu pastilah termasuk manusia jua.

Maka, terlahirlah satu perkataan dari seseorang, yg patut menjadi azimat kehidupan, "Buatlah kerja-kerja Islam, ikhlaskan dalam perjuangan, rezeki jgnlah dijadikan keutamaan atau kegilaan, kerana rezeki itu akan datang dalam bentuk kurniaan-Nya".

Ulat dalam batu boleh hidup senang, burung-burung keluar pagi kelaparan, pulang petang kekenyangan, bunyi merdunya itulah zikir kehidupannya, takkanlah manusia tiada jalannya. Mm..

Semalam diriku dapat menikmati rancangan kegemaranku, sebelum ni asyik berprogram jer. National Geographic kali ini sekali menyedarkanku tentang kebesaran ciptaan Allah SWT. Kisah kali ini menceritakan mengenai Ulat Lalat dan Lintah.

Ketakjubanku, betapa ulat lalat ini digunakan di Eropah sebagai bahan untuk menyembuhkan luka. Dipanggil teknik terapi ulat. Ulat lalat ini amat berguna dalam menyembuhkan luka kencing manis. Ini kerana ulat lalat ini akan memakan tisu yang mati, seterusnya menggalakkan pertumbuhan tisu yang baru, ia juga mampu menyahkan kuman dan bacteria, seterusnya merangsang penyembuhan pada luka itu. Allahuakbar. Kekadang kerugian datang bertandang, mengapa aku tidak melibatkan diriku dalam mengkaji ciptaan Allah, aku lebih sibuk dengan ciptaan manusia (computer tu laa..huhu)..

Lalat juga amat berguna dalam mengjangka umur mayat yang reput. Sehinggkan di universiti Tenesse, diwujudkan Ladang Kematian, yang mana ladang ini menempatkan beberapa mayat dalam situasi berlainan, dalam sungai, dalam hutan, padang dan sebagainya, sebagai latihan untuk menjangka berapa hari mayat itu sudah mati. Begitu serius sekali.

Bagaimana pula dengan lintah? Sebenarnya baru ku tahu, lintah ini mempunya lima pasang mata dan mempunyai kedua-dua jantina (khunsa), maknanya tiada lintah jantan dan tiada lintah betina? Pembiakan melalui mereka saling memindahkan sperma antara mereka? Masya Allah..aku tak tau sebelum ni.

Lintah ini amat berguna dalam pembedahan rekonstruktif. Menariknya, lintah ini apabila melekat di badan kita, terlebih dahulu dia akan memasukan ubat bius untuk mengelakkan kita rasa sakit semasa dia mencucukan beratus ratus gigi dia pada salur darah kita. Seterusnya dia akan melepaskan satu bahan kimia yang akan membuka salur darah dan juga anti pengumpalan darah yang akan memudahkan dia untuk menghisap darah. Subhanallah! Begitu sekali cara Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya. Maha Adil Engkau Ya Allah.

Aku tak tau ape itu pembedahan rekonstruktif. Mungkin pembinaan semula tisu? Atau salur darah? Sbb ditayangkan kisah seorang budak yang menjalani rawatan menggunakan lintah ini, yang mana lintah digunakan untuk menghisap lebihan darah untuk menggalakkn salur darah halus untuk tumbuh semula. Tak reti nak describe.

Allahuakbar. Allahua'lam.

|

Dipanggil Pulang

Ya Allah, lapangkanlah dadaku, Ya Allah, permudahkanlah bagiku urusanku, Ya Allah, bukakanlah simpulan lidahku, agar orang faham kata-kataku.

Alhamdulillah, diriku masih berpeluang memproses idea idea dalam kepala, agar mampu diterjemahkan kedalam bentuk suku kata, yang akhirnya pastilah untuk dibaca.

Semalam, diriku beroleh sedikit kejutan. Hanya kerana sms. Awal pagi, mendapat sms tentang kematian ayah kepada sahabiah kat UPM. Tengahari pulak, dapat sms tentang kematian emak sahabat yg dari sekolah rendah lagi. isk...rasa nak tumpang menangis jer. sahabat ni namanya Amin. Dulu ayah dia dipanggil pulang, kini ibu dia pulak. Nenek dia masih lagi sihat. Itulah ajal. Tua muda bukan ukuran. Sesungguhnya Dia telah berfirman:


ولن يؤخر الله نفسا إذا جاء أجلها والله خبير بما تعملون

Ayat ini merupakan ayat terakhir dalam Surah Al-Munafiqun. Allah menerangkan bahawa dia tidak akan sesekali melewatkan walaupun satu saat bila seseorang itu telah sampai ajalnya. Dan sememangnya dia lebih mengetahui apa yang kita kerjakan.

Persoalannya, sejauh mana kita bersedia untuk saat itu? Saat yang akan membawa kita ke alam peperiksaan yang tidak terjangkau oleh pemikiran akan mekanisme perlaksanaannya. Ku ingati diriku di alam persekolahan, jua di alam kampus, tarikh peperiksaan menjadi satu tarikh penting dalam diari kehidupan. Kehidupan dihari hari sebelumnya penuh terancang, saat itu akan dihadapi dgn penuh persediaan, dan sememangnya detik itu sedikit membimbangkan, lantaran takutkan kegagalan, walaupun mekanisme sudah diketahui, jika soalan objektif suatu kelegaan, dan soalan berstruktur pastilah meresahkan.

Nah, bandingkan dengan kehidupan kita. Sejauh mana terancangnya kita, sejauhmana rapinya persediaan untuk menghapi alam peperiksaan barzakh itu? adakah bersistem sebagaimana bersistemnya kita dalam menghadapi ujian dunia itu? lengkap dengan timetable kah?

Dalam ujian dunia, kita amat berharap dengan hint hint daripada lecturer, tips tips, soalan bonus dan berbagai cara lagi untuk bekalan nak score A,....untuk ujian dunia, berbagai tawaran Dia bagi untuk kita, puasa sunat, solat sunat, dan bermacam macam lagi, sejauh mana sebenarnya kita berusaha untuk mendapatkan bekalan itu? kita kekadang syok sendiri dgn amalan kita, syok dgn ilmu yang ada, syok gelaran aku mujahid dan mujahidahnya,...5 waktu itu sudah cukup agaknya...sejauh mana kita menilainya?


الذي خلق الموت والحيوة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور

Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Dia menciptakan maut dan hidup itu adalah untuk MENGUJI kita, untuk melihat siapa antara kita yang terbaik. Kalau untuk mendapat tempat di hati lecturer, kita bersanggup bersengkang mata, bangun malam untuk membaca, kenapa tidak untuk DIA?...kita mampu untuk merintih di hadapan lecturer, doktor, puan, tuan, saya tak mampu nak buat projek ini, tolong saya, dan bila dimotivate, kita bersemangat, nah, kenapa dalam soal mendekatkan diri kepadaNya kita terlalu bersoal?..tak punya masa, tak layak, aku insan lemah, tak layak nak bersama orang yg isitiqamah, kenapa? tidak cukup kah Al-Quran yang kita katakan kita beriman dengannya itu sebagai sumber motivasi?

Hatiku, dengarlah rintihan kalam ini. Allah murka pada kau, jika kau kata apa yang kau tak amalkan.

Ya Allah, tunjukkanlah yang benar itu benar, agar dapat aku mengikutinya, dan Kau perlihatkanlah padaku yang batil itu batil ya Allah, agar dapat aku menjauhinya.

Allahua'lam.

|

Friday, February 04, 2005

Kala Subuh

Dari kitab Feqah.

Sama ada ketika solat Zohor atau solat Asar, Nabi Muhammad SAW melakukannya 2 rakaat, seorang sahabat yang digelar Zulyadain ( gelaran kerana mempunyai 2 tangan yang panjang ) telah datang menegur baginda.

"Ya Rasulullah, adakah kamu melakukan qasar solat tadi atau pun kamu terlupa?"

Rasulullah menjawab,
"Kedua-duanya pun tidak"

Lalu Rasulullah pergi semula ke hadapan untuk menambah 2 rakaat lagi.

???????

Nabi Muhammad SAW bersama angkatan perang Islam dalam perjalanan pulang ke rumah. Mereka berhenti di satu wadi untuk berehat dan tidur. Nabi Muhammad SAW memesan kepada Bilal agar jangan lupa untuk azan Subuh keesokan harinya.

Ditakdirkan diwaktu matahari sudah naik barulah Bilal terjaga dan tentera yang lain termasuk Rasulullah masih lagi tidur. Bilal berasa amat bersalah. Lalu dikejutkan Rasulullah.

Rasulullah pun membawa semua tentera Islam ke tempat yang lain daripada mereka tidur untuk qadha solat Subuh kerana di kawasan mereka tidur ramai syaitan yang melenakan mereka.

The point is, ini bukan nak tunjuk kelemahan Rasulullah, tapi untuk mengajar kepada orang-orang Islam secara praktikal.

Pemimpin…

Antara golongan yang mendapat naungan Arasy Allah di hari kiamat adalah pemimpin yang adil. Memberi gambaran bahawa tugas pemimpin bukanlah tugas yang mudah. Pemimpin yang adil dalam satu hari adalah lebih baik daripada ibadah 60 tahun. Bayangkannnnnnn………

|