Saturday, February 19, 2005

Khaliq dan Makhluq

"Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat juga seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun di dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan"

Alhamdulillah. Sekali lagi diriku mampu untuk menggerakkan jejari untuk bermain diatas keyboard, membawa maklumat dari otakku untuk disalurkan melalui papan-papan elektronik.

Ayat di atas ku ambil dari himpunan kalamullah, ayat yang ke 38 daripada surah yang ke 6. Ayat ini sedikit sebanyak menyedarkanku mengenai rezeki. Saban hari, kehidupan insane pasti tidak sepi dari memikirkan bagaimana untuk mencari rezeki. Kekadang kerana pencarian rezeki inilah, menjadikan manusia berada dipersimpangan awlawiyyat.

Al-Kitab yang dinyatakan dalam ayat ini, ditafsirkan sebahagian mufassirin dengan bermaksud kepada Luh Mahfuz, dengan erti bahawa nasib semua makhluk itu sudah dituliskan dalam Luh Mahfuz. Dan makhluk itu pastilah termasuk manusia jua.

Maka, terlahirlah satu perkataan dari seseorang, yg patut menjadi azimat kehidupan, "Buatlah kerja-kerja Islam, ikhlaskan dalam perjuangan, rezeki jgnlah dijadikan keutamaan atau kegilaan, kerana rezeki itu akan datang dalam bentuk kurniaan-Nya".

Ulat dalam batu boleh hidup senang, burung-burung keluar pagi kelaparan, pulang petang kekenyangan, bunyi merdunya itulah zikir kehidupannya, takkanlah manusia tiada jalannya. Mm..

Semalam diriku dapat menikmati rancangan kegemaranku, sebelum ni asyik berprogram jer. National Geographic kali ini sekali menyedarkanku tentang kebesaran ciptaan Allah SWT. Kisah kali ini menceritakan mengenai Ulat Lalat dan Lintah.

Ketakjubanku, betapa ulat lalat ini digunakan di Eropah sebagai bahan untuk menyembuhkan luka. Dipanggil teknik terapi ulat. Ulat lalat ini amat berguna dalam menyembuhkan luka kencing manis. Ini kerana ulat lalat ini akan memakan tisu yang mati, seterusnya menggalakkan pertumbuhan tisu yang baru, ia juga mampu menyahkan kuman dan bacteria, seterusnya merangsang penyembuhan pada luka itu. Allahuakbar. Kekadang kerugian datang bertandang, mengapa aku tidak melibatkan diriku dalam mengkaji ciptaan Allah, aku lebih sibuk dengan ciptaan manusia (computer tu laa..huhu)..

Lalat juga amat berguna dalam mengjangka umur mayat yang reput. Sehinggkan di universiti Tenesse, diwujudkan Ladang Kematian, yang mana ladang ini menempatkan beberapa mayat dalam situasi berlainan, dalam sungai, dalam hutan, padang dan sebagainya, sebagai latihan untuk menjangka berapa hari mayat itu sudah mati. Begitu serius sekali.

Bagaimana pula dengan lintah? Sebenarnya baru ku tahu, lintah ini mempunya lima pasang mata dan mempunyai kedua-dua jantina (khunsa), maknanya tiada lintah jantan dan tiada lintah betina? Pembiakan melalui mereka saling memindahkan sperma antara mereka? Masya Allah..aku tak tau sebelum ni.

Lintah ini amat berguna dalam pembedahan rekonstruktif. Menariknya, lintah ini apabila melekat di badan kita, terlebih dahulu dia akan memasukan ubat bius untuk mengelakkan kita rasa sakit semasa dia mencucukan beratus ratus gigi dia pada salur darah kita. Seterusnya dia akan melepaskan satu bahan kimia yang akan membuka salur darah dan juga anti pengumpalan darah yang akan memudahkan dia untuk menghisap darah. Subhanallah! Begitu sekali cara Allah memberi rezeki kepada makhluk-Nya. Maha Adil Engkau Ya Allah.

Aku tak tau ape itu pembedahan rekonstruktif. Mungkin pembinaan semula tisu? Atau salur darah? Sbb ditayangkan kisah seorang budak yang menjalani rawatan menggunakan lintah ini, yang mana lintah digunakan untuk menghisap lebihan darah untuk menggalakkn salur darah halus untuk tumbuh semula. Tak reti nak describe.

Allahuakbar. Allahua'lam.

|