Tuesday, October 26, 2004

Buah Epal

Assalamualaikum kepada sidang blog sekalian,

isy isy isy..lama betul tidak ku menaip diruangan blog ini..
lantas membiarkan sahaja CpoL dengan bayang bayang realitinya...
lalu ternobatlah CpoL sebagai orang terajin dalam arena blog ini sahaja,,hihi..

Ok..
mari kita membaca cerita yg akan saya tulis sekejap lagi..
sebenarnya..niat dihati mau ditulis semalam lagi..
tapi niat itu terpaksa bermalam sehari lantaran kesibukan over acting..

Ok..memperihalkan perihal semalam..
Atas kaedah mengikut perintah..
atau lebih tepat lagi menjalankan amanah dengan jujur lagi berdedikasi..(ha ha)
Kenari milik syarikat telah ku terbangkan beberapa kilometer jauhnya..
Destinasinya adalah menuju ke Pejabat SUK..
Kesampaianku disitu disambut dengan ketiadaan tempat parking..
lantas menggunakan strategi PAOK..Kenari itu akhirnya berjaya dilandingkan dengan penuh keinsafan..(ha ha ha)

Setelah pemarkingan itu berjaya dengan jayanya, maka perlulah pada langkahan kaki itu utk melangkah keluar dari Kenari itu untuk menyelesaikan amanah dengan jujurnya...lantas pergerakan diatur dengan penuh kesopanan dan kesusilaan menuju ke koordinat yang telah ditetapkan..

Ketibaanku disitu penuh kesunyian ditemani meja kerusi yg tak berteman..Ahh..hanya seorang gadis..(emm..comel jugok..ha ha)..kenapa seorang? sbb yang lain dah bersedia utk bersolat di bilik solat yg disediakan..ooh..kepada dia diterangkan amanah yang perlu ku selesaikan dengan jujur itu..namun tidak mampu dia lantaran bukanlah amanah dia untuk menyelesaikan amanah yang perlu ku selesaikan dengan penuh kejujuran itu..

Sekali lagi dengan penuh kesopanan dan kesusilaan..permohonan ku untuk mengundur diri utk menyelesaikan yang Wajib dahulu dan diattachkan sekali bahawa akan ku datang lagi selepas ini mendapat kelulusan sang gadis..anggukan dia menyebabkan langkahan kakiku diteruskan ke tempat yang menjadi tempat seseorang menghambakan diri kepada Pencipta..

Ohh..YB Zulkifli Mamat..baru kusedar ini pertama kali ku berjemaah di surau SUK..mana yang lain?..kesibukan menguasai diri kebarangkaliannya..Selesai ucapan salam sejahtera kepada Tuhan Rabbul 'Alamin, deria bunyiku dilusuri oleh gelombang bunyi yang penuh manfaat..nampaknya gelombang itu dihasilkan dari YB Zulkilfi Mamat..

"Assalamualaikum waramatullah..ok..seminit bule poso nih..kita pakat pakat share ilmulah..pasal Taqwa la..mogo poso ni nok suruh kito tamboh taqwa kito keh..la'allakum tattaqun tuhe kato.............

(ringkasan dan kesimpulan)

1. Alangkah ruginya manusia itu bila bangun dia untuk bangun sahur sahaja, tidak mampu akan dia untuk menunaikan walau 2 rakaat sembahyang..alangkah ruginyaa....ruginya oiii..

2. Alangkah besar ganjaran dan kasihnya Allah pada manusia yang bersedeqah pada bulan Ramadhan, alangkah baik jika dijadikan amalan harian di bulan Ramadhan..walau seposen..

3. Di bulan Ramadhan, Rasulullah bertadarrus dengan Jibril, jadi, bertadarrus lah kita bersama kengkawan kita (ni yg buat nak masuk kampus balik nih)..

Gitulah tue-pue belako..saya ingat ko sayo dan tue-pue semua..kita pakak beringat, pakak beramal belako-lako, time tuhe buat Offer dan Sales nih..kita pakak gomol belako deh...mitok maaflah..sakni ambo kato seminit..lo ni jadi 3 minit doh..insya Allah..boleh berkat belako lako..wassalam"

Emm..Alhamdulillah..seharusnya beginilah pimpinan yang kita inginkan..penuh berteknologi maklumat dan mesra rakyat...

Abis........semoga buah epal ini dapat dijual pula kepada orang lain...

Selamat Berpuasa....

|