Friday, August 06, 2004

The Return...

Assalamualaikum...

Hari jumaat...macam biasa..ke tempat kuliah tuan guru..
tapi hari ni berbeza sikit...
kalo sebelum ni buat kat Dewan Zulkilfi..
tapi hari ni buat kat JKR10...tempat kediaman rasmi tuan guru..
sampai tu dah banyak dah gerai yang dibukak walaupun masih awal..
cepat betul dia orang carik rezeki..




Tempat baru ni mungkinlah amat asing bagi sesetengah orang, malah mungkin untuk ramai orang kat kelate nih...pun begitu ia tidak menghalang ramai orang untuk memenuhi perkarangan JKR10 untuk mendengar kuliah tg walaupun dalam masa hanya 15 minit..

Kuliah dimulakan dengan Ust Nasaruddin Mat Isa menjadi pengkuliah, yang disifatkan oleh sesetengah orang sebagai satu ceramah...nape?..ntah...itulah kelebihan TG..kuliah beliau didengar oleh semua lapisan orang..tidak kira politician atau tidak..asal orang lain jer mesti orang kurang...apo nak dikato..

Sehingga 10:15...barulah TG keluar dari kamar rehatnya untuk menemui rakyat pertama kali selepas dirawat..




Awal intronya macam biasa..doa yang terdapat dalam surah Thaha..tok guru terbatuk batuk..emm...tersentuh hatiku...tok guru membicarakan mengenai nikmat yang Allah kurniakan kepada kita...seperti mana yang Allah nukilkan di dalam kitab sucinya...cara Allah nakkan orang yang dia kasihi ingat kepadaNya kembali adalah dengan menimpakan kepada dia musibah...agar dia segera kembali...

“Saya amat-amat bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana memberi 1001 nikmat. Sebelum ini saya ‘hilang’ sekejap kerana ditarik nikmat kesihatan.

“Biar pun tidak berapa selesa, saya ambil sekejap masa yang tidak lebih daripada 10 minit seperti mana diarah doktor untuk berucap,” katanya yang kini sudah menjangkau usia 73 tahun.

Pada tazkirah itu beliau menceritakan kisah seorang raja India di zaman lampau yang menderita sakit tidak boleh membuang air kecil sehingga terpaksa menggadaikan negerinya untuk berubat.

“Raja itu telah menemui seorang bomoh dan bomoh tersebut meminta tuanku menyerah sebahagian negeri sekiranya sembuh. Kemudian selepas itu baginda sembuh.

“Tidak lama kemudian datang lagi penyakit tidak boleh membuang air kecil. Dia kemudian berubat dengan bomoh yang sama. Dan bomoh terbabit menuntut diserah sebahagian lagi negerinya sekiranya sembuh. Akhirnya negeri tersebut dikuasai bomoh terbabit,” katanya sambil diiringi ketawa orang ramai.

Bagaimanapun menurutnya, nikmat diturunkan al Quran dari langit adalah lebih besar daripada itu yang menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia.

Akhir tazkirah, tok guru membacakan doa yang menyentuh hati..iskk..



Abis tu tok guru pun berehatlah..
Ust Nasaruddin yang setia bersama TG meminta kebenaran untuk berangkat pulang...


Katakanlah: "jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

(At-Taubah:24)



|