Sunday, July 11, 2004

Well Prepared???

Emm...
What i'm going to write today aa??
Feel lazy la pulak...ok..kira usrah minggu inilah..
Nak citer pasal daylife ...iskk..tak best aaa...no privacy la gitu..
cam nizar tu tak pelah..dah memang dia nak promote...har har har...

ok..lagho pulok dos...
hari ni kita ambik satu ayat dari surah Lukman;ayat 34...yg bermaksud:

"Ssghnya di sisi Allah jualah ilmu pengetahuan ttg hari Qiamat. Dan Dialah yg menurunkan hujan dan Dia mengetahui ttg apa yg ada di dalam Rahim. Tiada seorang pun yg betul-betul mengetahui apa yg akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yg dapat mengetahui di mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui"

Subhanallah, Walhamdulillah, Wallahuakbar.
La haula, wala quwwah, illa billah.

Bijak, hebat, setinggi mana ilmu manusia pun, takkan mampu melawan ilmu Allah SWT. Maka sedarlah insan sekalian, ilmu yg ada pada dirimu hanya pinjaman. Mengapa takbur? siapa takbur pasti lebur...(mcm pernah dengar?)

Sesungguhnya qiamat itu termasuk dalam perkara mafatihul-ghaib. Hanya Allah sahaja yg mengetahuinya, hatta Rasulullah sendiri pun tidak mengetahuinya, yg mana bila Rasulullah di tanya oleh Jibril akan hal itu, maka dijawab oleh Rasulullah " Ma almas'ulu 'anha bi'alama minassaaili" = Bukanlah org yg ditanya lebih mengetahui dari org yg bertanya".

Merancang dengan apa yg ada ditangan. Hidup mesti ade perancangan. Rancangan pemasaran, rancangan program, dan paling sinonim dgn kehidupan mungkin adalah rancangan TV! Bola pukul berapa, berita pukul berapa,...kekadang pentingnya rancangan TV ni sampai waktu solat yg dah terancang tu pun kita anjakkan...betapa lemahnya dirimu insan...

Sesungguhnya Allah itu adalah sebaik perancang, kita hanya mampu merancang...justeru...mengapa harus didukakan ttg perancangan yg tak terjalan? Cakap senang...........ucapkanlah insya-Allah bila merancang, serahkan usahamu pada Tuhan..(dari surah Al-Kahfi..ayat berapa? carik sendiri le..asyik nak kena suap jer..ehe).

MATI??...dah cukup bersedia kah kita? ke masih mimpi nak mati tanpa hisab?..mati syahid? layakkah kita?...(kita bicara ttg kelayakan ni dalam masa akan datang deh...)
Mati tak kira tempat, masa, dan usia...

"Walan yuakkirallahunafsan iza ja'a ajaluha...."
= tidakkan diperlewatkan hatta sesaat akan ajal seseorang itu bila tiba masanya...

Justeru..marilah kita bersama-sama mengingati MATI..Mati itu terlalu sakit..didalam kubur terlalu sempit...ular dan kala dtg menggigit...papan dan bumi pula menghimpit...SELAMATKAH KITA?...

Rabbana faghfirlana zunubana waliwalidina, warhamhuma kama rabbayana soghira..

Wallahua'lam.

|