Friday, July 02, 2004

KULIAH TAFSIR PAGI JUMAAT

Pagi jumaat macam biasalah.
Lepak kat Dewan Zulkifli sambil dengar kuliah tafsir Tok Guru.
Dah banyak kali terlepas kuliah sbb terlibat dgn program.
Kira lepas gian la hari ni. Sambungan Surah Al-Insan. Sayang betulla terlepas yg dulu, sbb hari ni dah masuk ayat ke 26 dah…tapi tak pe..boleh beli kaset..

Sedikit sebanyak ilmu daripada kuliah tu, amalkan dan istiqamahlah dgn ma'surat. Sebagai memenuhi maksud ayat 25 agar kita menyeru tuhan pada waktu pagi dan petang.

Ayat yang seterusnya menekankan tarbiyyah ruhiyyah, iaitu Qiamullail sebagaimana maksudnya:

"Dan sebahagian dari malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang di malam hari" Al-Insan 26.

Qiam ni, kalau masa kat kampus dulu, buat program asyik fail jer. Tak pernah nak sampai satu saf hatta program utk pendokong pun, apetalah lagi utk penyokong. Tak tau nak kata, memacam orang ni, hirarki mantap, tapi dalam satu hal lagi, terutamanya bab qiam ni, GAGAL, inilah tapisan Allah, bukan senang nak masuk syurga, apetah lagi nak masuk tanpa hisab, maka beruntunglah bagi orang yang selalu bermuhasabah. Apa yg Setan/Iblis tak suka kita buat, yang tu lah kita kenat buat. Peringatan utk diri sendiri lah jugak nih. Kalau masa kat kampus dulu boleh gak istiqamah ngan qiam nih, kat umah nih ..aisehh…berat sungguh dugaan…rasa mcm nak masuk kampus balik jer…RINDUNYA….

Dan untuk Faiz dan sesape je la yg dah kahwin, ni dari kuliah tok guru jugak lah ni, adalah amat baik utk wanita mengandung agar sentiasa berada dalam keadaan berwudhu' dan lidah hendaklah sentiasa basah dgn zikir. Tiap kali nak susukan anak tu, ambil wudhu' dulu, insya Allah, anak yg akan dilahirkan bakal membawah sinar Iman.

"Sesungguhnya ini adalah satu peringatana, maka barangsiapa mengkehendaki kebaikan nescaya dia mengambil jalan kepada Tuhan-Nya." (29)
"Dan kamu TIDAK MAMPU, kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (30)
"Dia memasukkan siapa yang dikehendaki-Nya ke dalam rahmat-Nya. Dan bagi orang-orang yg zalim disediakan azab yang pedih." (31)


Semoga kita sentiasa menginsafi diri kita yang lemah tanpa izin kekuatan dariNya.
Wallahua'lam.

|