Saturday, February 19, 2005

Dipanggil Pulang

Ya Allah, lapangkanlah dadaku, Ya Allah, permudahkanlah bagiku urusanku, Ya Allah, bukakanlah simpulan lidahku, agar orang faham kata-kataku.

Alhamdulillah, diriku masih berpeluang memproses idea idea dalam kepala, agar mampu diterjemahkan kedalam bentuk suku kata, yang akhirnya pastilah untuk dibaca.

Semalam, diriku beroleh sedikit kejutan. Hanya kerana sms. Awal pagi, mendapat sms tentang kematian ayah kepada sahabiah kat UPM. Tengahari pulak, dapat sms tentang kematian emak sahabat yg dari sekolah rendah lagi. isk...rasa nak tumpang menangis jer. sahabat ni namanya Amin. Dulu ayah dia dipanggil pulang, kini ibu dia pulak. Nenek dia masih lagi sihat. Itulah ajal. Tua muda bukan ukuran. Sesungguhnya Dia telah berfirman:


ولن يؤخر الله نفسا إذا جاء أجلها والله خبير بما تعملون

Ayat ini merupakan ayat terakhir dalam Surah Al-Munafiqun. Allah menerangkan bahawa dia tidak akan sesekali melewatkan walaupun satu saat bila seseorang itu telah sampai ajalnya. Dan sememangnya dia lebih mengetahui apa yang kita kerjakan.

Persoalannya, sejauh mana kita bersedia untuk saat itu? Saat yang akan membawa kita ke alam peperiksaan yang tidak terjangkau oleh pemikiran akan mekanisme perlaksanaannya. Ku ingati diriku di alam persekolahan, jua di alam kampus, tarikh peperiksaan menjadi satu tarikh penting dalam diari kehidupan. Kehidupan dihari hari sebelumnya penuh terancang, saat itu akan dihadapi dgn penuh persediaan, dan sememangnya detik itu sedikit membimbangkan, lantaran takutkan kegagalan, walaupun mekanisme sudah diketahui, jika soalan objektif suatu kelegaan, dan soalan berstruktur pastilah meresahkan.

Nah, bandingkan dengan kehidupan kita. Sejauh mana terancangnya kita, sejauhmana rapinya persediaan untuk menghapi alam peperiksaan barzakh itu? adakah bersistem sebagaimana bersistemnya kita dalam menghadapi ujian dunia itu? lengkap dengan timetable kah?

Dalam ujian dunia, kita amat berharap dengan hint hint daripada lecturer, tips tips, soalan bonus dan berbagai cara lagi untuk bekalan nak score A,....untuk ujian dunia, berbagai tawaran Dia bagi untuk kita, puasa sunat, solat sunat, dan bermacam macam lagi, sejauh mana sebenarnya kita berusaha untuk mendapatkan bekalan itu? kita kekadang syok sendiri dgn amalan kita, syok dgn ilmu yang ada, syok gelaran aku mujahid dan mujahidahnya,...5 waktu itu sudah cukup agaknya...sejauh mana kita menilainya?


الذي خلق الموت والحيوة ليبلوكم أيكم أحسن عملا وهو العزيز الغفور

Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Dia menciptakan maut dan hidup itu adalah untuk MENGUJI kita, untuk melihat siapa antara kita yang terbaik. Kalau untuk mendapat tempat di hati lecturer, kita bersanggup bersengkang mata, bangun malam untuk membaca, kenapa tidak untuk DIA?...kita mampu untuk merintih di hadapan lecturer, doktor, puan, tuan, saya tak mampu nak buat projek ini, tolong saya, dan bila dimotivate, kita bersemangat, nah, kenapa dalam soal mendekatkan diri kepadaNya kita terlalu bersoal?..tak punya masa, tak layak, aku insan lemah, tak layak nak bersama orang yg isitiqamah, kenapa? tidak cukup kah Al-Quran yang kita katakan kita beriman dengannya itu sebagai sumber motivasi?

Hatiku, dengarlah rintihan kalam ini. Allah murka pada kau, jika kau kata apa yang kau tak amalkan.

Ya Allah, tunjukkanlah yang benar itu benar, agar dapat aku mengikutinya, dan Kau perlihatkanlah padaku yang batil itu batil ya Allah, agar dapat aku menjauhinya.

Allahua'lam.

|