Saturday, December 18, 2004

Mukhlisina Lahuddin v2.0

Assalamualaikum,

Sidang blog sekalian, bertemankan sedikit ketensenan pada kali ini, inginku mulakan titah bicara taipan tangan dengan bantuan keyboard ku ini dengan kalam tuhanku dan tuhanmu jua…

"Dan Dialah yang menidurkanmu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditentukan, kemudian kepada Allahlah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan"
7:60

Begitulah sidang blog sekalian, betapa gambaran kekuasaan Allah yang tergambar daripada ayat yang terpatri di atas. Betapa kekuasaan-Nya, mengizinkan kita untuk tidur, atau lebih tepat lagi merehatkan diri setelah seharian berpenat dan berlelah serta berpeluh basah lantaran kepenatan akan diri cPoL memantau tapak projek beliau, ketensenan Nijar dan Amin dalam memeriksa kertas anak murid beliau, keletihan Pais dalam menjalankan penyelidikan beliau dan Paiji yang fenin dok pikir bila nak start kerja (interview kat NS hari tu camne?).

Dan setelah cukup kita direhatkannya, dibangunkan pula kita sebagaimana niat kita, (utk qiam? Utk subuh? Utk pergi keja? Utk pergi kuliah). Dan begitulah perjalanan hidup kita, hanya semata utk menghabiskan umur yg Dia sendiri telah tentukan untuk kita. Pengisian umur kita? Hanya diri kita sahaja mampu menjawabnya.

Kisah kali ini masih berkisar tentang keikhlasan yang dipetik dari sebuah kitab tasawwuf. Ringkasnya, kisah seorang a'lim disebuah kampong yg tekun beribadat kepada Allah. Di kampung dia pula kedapatan sekumpulan warga yang menjadikan pokok sebagai bahan pemujaan mereka. Lantaran nasihat kepada mereka ibarat mencurah air ke daun keladi, maka orang a'lim ini bertekad untuk menebang pokok itu. Lantas bersenjatakan kapak, dia terus menuju ke pokok itu untuk menebangnya. Langkah bersemangat beliau disekat oleh Syaitan Laknatullah yg menjelma sebagai manusia. Berikut adalah dialog yg berlaku.

Setan : Mu nok gi mano?

Lebai : Aku nok tebe pokok tuh!

Setan : Suka ati mak bapak dia je! Tokleh!! Aku tok buwi!!

Lebai : Kuang ajaq! Aku nok tebe jugok! Pokok itu telah menyesatkan org kg aku!

Setan : Ooo..melawan aaa.. mu nok tebe pokok tu langkah mayat aku dulu!!

Lebai : Mu ingat aku takut!? Cait…fight!!! Kill kill die die!!!

(pendek citer lebai menang)

Setan : adeihh..adeihh, aku surrender, tapi aku mitok mu jange tebe lah pokok tuh, kalu mu tok tebe aku buwi pitis ko mung, 50 dirham sehari aku buwi, mu tengok pagi bowoh sejadoh aku letok duit tuh

Lebai : emm, kemah cadange mung, bereh! Deal! Tapi aku nok tiap tiap hari tuh!! Ingat!!

Setan : as you wish pok lebai!!!

Maka pulanglah semula tok lebai itu bersama kapak dia yang tak terguna itu. Keesokannya seperti dijanjikan, dapatlah dia duit 50 dirham itu dan ianya berterusan ke beberapa hari. Gembiralah akan pok lebai itu bila dapat duit itu. Tapi kegembiraan beliau tidak lama apabila setan mula mungkir selama 3 hari. Maka beliau pun ambil semula kapak beliau dengan marahnya menuju ke pokok itu…huarghhhhhhhhh,…marah nihhhhhh…aku nak duittttttttttt….ko tipu aku setannnnnn!!!!!

To be continued… :)

|