Wednesday, October 18, 2006

Anak Didik Iblis v3

(at last...)

Jadi, sedikit sebanyak kita boleh nampak la sikit betapa hidup kita tak pernah berseorangan, dan tak sunyi daripada godaan syaitan untuk selama 11 bulan.

Dan Allah itu Maha Adil. Dia tau hamba Dia takde lah kuat sangat nak hadapi kepungan Iblis Laknatullah itu. Maka dikhaskan satu bulan yang mana hambaNya berpeluang untuk membaiki diri masing-masing. Satu bulan yang mana hambaNyaberpeluang untuk mengukuhkan benteng iman dengan membersihkan hati dan menguatkan rohani dengan amalan-amalan yang mendekati Allah.

Dan di bulan inilah kita dapat lihat insan-insan yang telah berjaya dididik oleh Iblis. Walaupun tanpa iblis disisi, tapi mereka tetap juga melakukan dosa dan maksiat. Inilah ANAK DIDIK IBLIS!

Paling ketara dan paling ramai, adalah anak didik Al-A’war. Kat kampus, anak didik Al-A’war ni memang romantic abis! Pergi berbuka sekali, pergi bersahur sekali. Caya laa..memang pasangan yang bahagia. Sama ada puasa dia tu diterima atau tak, urusan Allah. Aku tak layak nak katakan puasa dia orang tu USELESS walaupun secara logiknya mcm tu. Anak didik Al-A’war ni kalo orang tegur, katanya apa salah bonceng ni, bukan sentuh kulit pun, saya baju tebal, dia baju tebal..pandai sungguh menjawab..kalau masa berdua-duaan, dia jawab, apa salahnya bang! Saya tak buat apa2 pun, duduk sekali je..takkan la takboleh! ( ni pompuan la jawab ni..lelaki tu diam je..kan terer Al-A’war tu..)…aii..orang kalo dah penuh zulumat..kata la mcm mana pun..suka hati la manusia..aku hanya menyampaikan…huhu..

Apa lagi ciri-ciri anak didik Iblis di bulan puasa nih?

Puasa tapi tak tutup aurat, sbb Iblis dah ajar, kau puasa la, tapi aurat tu bukak le, pakai tudung panas, tambah2 perut kau tu lapar, pakai baju lengan panjang pun panas jugak, pakai baju lengan pendek dah le, pakai baju kecik kau tu dah le, ketat tak pe, biar nampak tubuh cantik kau tu sikit, baru la moden dan bergaya….takyah la duk pakai baju kurung tu, out-of-date la,tapi kalo kau nak pakai lengan panjang gak, jgn kasik labuh la, nanti tutup punggung kau yg seksi dan montok tu, rugi tu, nanti lelaki tak tengok, padankan pulak ngan seluar jeans. Pergh..memang lelaki terpikat punya la.. kalo kau nak pakai tudung, jgn lelabuh sangat, kasik nampak dada tu, baru nampak kewanitaan tuu..

ko lelaki! Seluar jangan pakai panjang, nanti labuh kena debu kat jalan tu susah nak solat…nak main pun susah seluar panjang ni…berat nak berlari..mmm..

Anak didik Iblis juga tak suka dengar tazkirah. Kat kolej aku dulu, buat 8 rakaat tarawih, lepas 4 rakaat akan buat tazkirah, jadi ramai warga kolej akan ke Masjid Mardi atau Masjid UPM, buat lapan rakaat then balik study! Mereka juga tak suka solat berjemaah melainkan masa solat tarawih! Heran, solat tarawih tu dah le sunat..rajin pulak..yg wajib taknak berjemaah pulak…

Senang kata mereka cukup berkira ngan masa tu, tazkirah takes time laaa..nak study ooooooo…berkira betulla masa dengan Allah ni, padahal berapa sgt la masa ngan Allah tu, tarawih+isyak+tazkirah tu sejam 15 minit je, campur ngan solat lain katakana 10 minit per each solat, baru sejam 55 minit..nak kasik sejam 55 minit utk bersama Allah dalam masa 24 jam tu pun berkira…sekali Allah tarik nikmat hidup tu baru tau…huhu..

Dulu aku amat heran la, yea lah, masa Orientasi Kolej, perempuan2 dan lelaki agak ok. Aku selaku penyelaras kerohanian bertggjwb la menyampaikan apa yg patut. Tutup aurat, solat berjemaah dan sebagainya, dan Alhamdulillah, kakak2 fasilitator pun agak ok, mengikut nasihat yg aku sampaikan. Tapi rupa2nya hanya masa orientasi tu je..adeiii..Ya Allah..mahalnya hidayahMu..betapa mereka dalam zulumat tanpa cahaya…keluarkanlah mereka dari zulumat itu Ya Allah…mm…

Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta (mata hatinya) dari kesesatannya. Dan kamu tidak dapat memperdengarkan (petunjuk Tuhan) melainkan kepada orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang yang berserah diri (kepada Kami).

Ar-Ruum : 53

Pandaikan Iblis menjadi penasihat kepada manusia? Iblis bukannya bodoh …dia takde la bgtau mcm ni :

“kau pakai la seluar pendek tu, nanti boleh masuk neraka sekali ngan aku…”

Mana ada direct mcm tu…ni taktik iblis ni :

Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya: " Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasihat kepada kamu berdua ".

Dia jadi penasihat oo..ayat ni masa iblis duk goda Adam ngan Hawa ni..dia nasihatkan makan lah buah khuldi tu agar kamu kekal berada dalam syurga..sbb khuldi itu sendiri memberi maksud kekal….mesti Iblis bgtau kat kakak fasil tu, kau pakai la elok2, tutup aurat, nanti dwe marah, nanti dwe makin bg peringatan kat kau pulak, lepas abis orientasi ni dwe dah takleh marah, sbb dah jadi hak asasi kau..huhu..bijak bijak..

mm..kesimpulannya, kita semua takkan dapat lari daripada didampingi oleh Iblis yang sentiasa cuba menyesatkan kita. aku sendiri pun rasanya ada jugak kesan didikan iblis ni..huhu..biasalah, insan yg lemah. pun begitu, dah tau iblis tu perosak, kenapa nak dibiarkan dia sebagai pendidik kita? pikir2kan lah...ayat pun dah berterabur dah aku nih...stop,.

"Hai orang-orang yanq beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar". (An Nuur / 24: 21)

"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga". (Al 'Araaf / 7: 27)

Wallahuwaliyuttaufiq.

|

Saturday, October 07, 2006

Anak Didik Iblis v2

Emm..nampaknya hari minggu barulah aku ada masa sikit nak menulis kat blog nih..ni pun berambat ngan masa nih, ikutkan hati malas je, tapi memandangkan perihal anak didik iblis ni belum abis lagi, kena sambung jugak le…huhu..

Ok, kita seharusnya sedar, hidup kita sentiasa dikelilingi Iblis. Pendek kata, sepanjang 11 bulan lamanya Iblis duk mengelilingi kita. Nasib baik baik tak nampak je, kalo nampak? Mm..pengsan abis la manusia. Maha Suci Allah. Apa kesnya Iblis duk mengelilingi kita ni? Perhatikan ayat dibawah :

" Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat) ".

(Al A'raaf / 7: 16 -17)

Jadi, inilah SUMPAHAN IBLIS! Sumpah ini dilafazkan tatkala Iblis dihukum sesat oleh Allah lantaran keengganan Iblis untuk sujud kepada Adam. (untuk lebih jelas sila rujuk Kalamullah dalam Surah Al-A’raaf bermula ayat 11.)

Konklusinya, by hook or by crook, Iblis will try to turn us into his follower! (betul ke grammar ni?)..hayatilah kata2 iblis itu, dia akan cuba menjadikan kita sesat sebagaimana dia, akan cuba menjadikan kita orang yang tidak hiraukan agama, tidak hiraukan hukum hakam yg ditetapkan oleh ALLAH! Tengoklah betapa usahanya dia mengepung kita! Dari muka kita, belakang kita, kiri dan kanan..dan tengoklah keyakinan Iblis yg menyatakan kepada Allah bahawa kebanyakan daripada kita tidak akan taat kepada Allah. Dan sememangnya TERBUKTI pada zaman ini!

mm..bila Iblis dah kelilingi kita, dan kepung kita, apa pula yang dia buat? Kita tengok pulak SUMPAHAN IBLIS yang seterusnya..
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Al Hijr: 39)

Jadi, ini sumpahan Iblis yang menyatakan kaedah yang akan digunapakai dalam dia hendak memastikan manusia itu mengikut jejak langkahnya untuk menderhakai Allah. Mudah je kan? Hanya menjadikan kita memandang baik perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah. Apa contohnya?

Contoh mudah ialah berzina. Iblis ni pun terer jugak. Dia bukannya suruh manusia tu berzina terus. Mcm yg dia cakap tadi le, dia akan buatkan manusia tu nampak baik benda2 yang akan menjurus kepada zina.

Larangan Allah sangat jelas dalam surah Al-Isra’, “Dan janganlah kamu mendekati zina..” Allah tak kata supaya janganlah kamu berzina, tapi jgn mendekati..maknanya mendekati zina tu pun sudah merupakan satu kejayaan bagi Iblis, bila dah mendekati tu, makin mudah la tugas Iblis tu..kita create situasi mudah.

Jadi, antara usaha iblis dalam memastikan manusia ni berzina adalah, menjadikan manusia tu mendekati zinalah, first step, cari la pasangan dulu, mengorat, yg takde pakwe, carila pakwe, yg takdak makwe, carila makwe,…tak moden la tak de pakwe makwe ni kan…

Bila dah ada pakwe makwe ni, out-of-date kalo tak dating kan? Dating la pulak, eh salah la dating ni..ayah saya marah..takpe, kita dating tempat ramai orang, bukan tempat sunyi-sunyi..takpe..Allah larang kalo berdua-duaan je..ajak la kawan awak sama..maka berjumpalah ..bila dah jumpa..aii..rindu pulak..nak jumpa lagi la..tapi kawan saya takleh teman ni..argghh..takkira..rindu dendam dah nih..jumpa jugak! Tempat ramai orang tak privacy la sayang..mmm..hati berfikir…tapi rindu dan sayang punya pasal..dan percaya dah kat pakwe tu..maka pergi la tempat privacy sikit..Iblis makin tersenyum..ketawalah para tentera Al-A’war (Al-A’war adalah iblis penyeru zina)..

Dalam banyak perkara, Al-A’war banyak menjadikan perempuan sebagai tongkatnya..kerana tarikan yang ada perempuan itu memudahkan sang lelaki cairrrrrrrr…dan perempuan juga mudah digoda, dan mudah terpedaya, tengoklah bagaimana Iblis menjadikan ibu kita (Hawa) memujuk Nabi Adam agar memakan buah khuldi..sbb itu ada ulama mengatakan perempuan itu adalah tongkat iblis..(ke hadis? Ingat2 lupa daa..)..

Teringat kat kawan aku kat kolej dulu, ms tu dia kat bilik aku, awek dia call, awek dia ajak dating naik motor sekali, member aku ni menolak, aku dengar la dialog dia, tak baik laa..takleh wat mcm tuu..taktau la sbb aku ada ke atau mmg dia menolak..endingnya seolahnya awek dia dengar nasihat dia..tapi..seminggu kemudian, aku terserempak ngan member aku ni makan sekali ngan awek dia kat padang..mcm aku kata tadi, dia orang anggap makan kat tempat reramai takpe..tapi..bila aku tengok motor member aku ni ada 2 helmet …maka sahlah, betapa berjayanya Al-A’war mendidik awek member aku tu..mengheret kawan aku ke kancah maksiat..mm..

Dan banyak lagi cerita aku yang membuktikan betapa POWERnya seorang perempuan APABILA dia bergabung kuasa dengan Al-A’war…jadi kepada lelaki2 di luar sana, don’t underestimate power dia orang ni…huhu..

mm..panjang dah..aku rasa mcm nak endingkan tajuk dalam v3 lah..trilogi gituu..ehe..
dah nampak la sikit2 anak didik Iblis ni kan?

To be continued…

|