Saturday, December 18, 2004

Mukhlisina Lahuddin v2.0

Assalamualaikum,

Sidang blog sekalian, bertemankan sedikit ketensenan pada kali ini, inginku mulakan titah bicara taipan tangan dengan bantuan keyboard ku ini dengan kalam tuhanku dan tuhanmu jua…

"Dan Dialah yang menidurkanmu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umurmu yang telah ditentukan, kemudian kepada Allahlah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan"
7:60

Begitulah sidang blog sekalian, betapa gambaran kekuasaan Allah yang tergambar daripada ayat yang terpatri di atas. Betapa kekuasaan-Nya, mengizinkan kita untuk tidur, atau lebih tepat lagi merehatkan diri setelah seharian berpenat dan berlelah serta berpeluh basah lantaran kepenatan akan diri cPoL memantau tapak projek beliau, ketensenan Nijar dan Amin dalam memeriksa kertas anak murid beliau, keletihan Pais dalam menjalankan penyelidikan beliau dan Paiji yang fenin dok pikir bila nak start kerja (interview kat NS hari tu camne?).

Dan setelah cukup kita direhatkannya, dibangunkan pula kita sebagaimana niat kita, (utk qiam? Utk subuh? Utk pergi keja? Utk pergi kuliah). Dan begitulah perjalanan hidup kita, hanya semata utk menghabiskan umur yg Dia sendiri telah tentukan untuk kita. Pengisian umur kita? Hanya diri kita sahaja mampu menjawabnya.

Kisah kali ini masih berkisar tentang keikhlasan yang dipetik dari sebuah kitab tasawwuf. Ringkasnya, kisah seorang a'lim disebuah kampong yg tekun beribadat kepada Allah. Di kampung dia pula kedapatan sekumpulan warga yang menjadikan pokok sebagai bahan pemujaan mereka. Lantaran nasihat kepada mereka ibarat mencurah air ke daun keladi, maka orang a'lim ini bertekad untuk menebang pokok itu. Lantas bersenjatakan kapak, dia terus menuju ke pokok itu untuk menebangnya. Langkah bersemangat beliau disekat oleh Syaitan Laknatullah yg menjelma sebagai manusia. Berikut adalah dialog yg berlaku.

Setan : Mu nok gi mano?

Lebai : Aku nok tebe pokok tuh!

Setan : Suka ati mak bapak dia je! Tokleh!! Aku tok buwi!!

Lebai : Kuang ajaq! Aku nok tebe jugok! Pokok itu telah menyesatkan org kg aku!

Setan : Ooo..melawan aaa.. mu nok tebe pokok tu langkah mayat aku dulu!!

Lebai : Mu ingat aku takut!? Cait…fight!!! Kill kill die die!!!

(pendek citer lebai menang)

Setan : adeihh..adeihh, aku surrender, tapi aku mitok mu jange tebe lah pokok tuh, kalu mu tok tebe aku buwi pitis ko mung, 50 dirham sehari aku buwi, mu tengok pagi bowoh sejadoh aku letok duit tuh

Lebai : emm, kemah cadange mung, bereh! Deal! Tapi aku nok tiap tiap hari tuh!! Ingat!!

Setan : as you wish pok lebai!!!

Maka pulanglah semula tok lebai itu bersama kapak dia yang tak terguna itu. Keesokannya seperti dijanjikan, dapatlah dia duit 50 dirham itu dan ianya berterusan ke beberapa hari. Gembiralah akan pok lebai itu bila dapat duit itu. Tapi kegembiraan beliau tidak lama apabila setan mula mungkir selama 3 hari. Maka beliau pun ambil semula kapak beliau dengan marahnya menuju ke pokok itu…huarghhhhhhhhh,…marah nihhhhhh…aku nak duittttttttttt….ko tipu aku setannnnnn!!!!!

To be continued… :)

|

Friday, December 17, 2004

Mukhlisina Lahuddin


Assalamualaikum,

Tak tau la nape susah betul nak dapat mood nak menulis semenjak dua menjak tiga menjak empat lima menjak enam menjak nih, dah bermenjak menjak dah pun rasanya.

Hari ni hari jumaat..biasa lepak kat tempat kuliah, tapi hari ni kuliah takdak daa…Lumpur punya pasal, kota bharu pun dah jadi macam kota Lumpur daaa..biasak la baru lepas banjir, so, tempat yang biasanya dipenuhi oleh pendengar-pendengar setia kuliah jumaat dipenuhi oleh Lumpur-lumpur yang masih belum ada kesempatan agaknya oleh pihak terbabit untuk membersihkannya dan kuliah pun terpaksalah dibatalkannnnnnnnnn…lantaran keboringan itu ku buka computer ku yg fenin jugak semenjak dua menjak nih, modem pun rosak, aisehhhhhh, maka terbukaklah Microsoft word jer la, sambil dengar lagu ababil nih, syahdu sungguh…Raihan ni mmg pakar aa bab-bab lagu nih..kira Ababil ni lagu ranking 3 yg ambo taksub..hehe..first Damba Cinta Mu, second Show Me The Right Path…huhu…nitis air mata..isk iskk…

Emm..kali ni nakkongsi ngan sahabat sekalian mengenai keikhlasan dalam perjuangan, di ambil dari kuliah YB Nik Amar, penceritaan adalah mengenai panglima perang Khalid Al-Walid. Seorang panglima perang yang tersohor lagi mahsyur, takde satu pun perang yang beliau pimpin mengalami kekalahan, Parsi, Rom, semuanya tak terlawan oleh kecerdikan beliau dalam mengatur strategi. Salah satu strategi beliau ada dinyatakan melalui tafsiran daripada Surah Al-Saff ayat 4 (tak ingat ke? Dok hafal sokmo tu weih..huhu)..

Strategi yg dimaksudkan adalah bagaimana beliau menyusun tentera Islam dalam formasi membentuk seekor burung, paruh, sayap kiri, sayap kanan dan ekor, dan kesemuanya adalah rapat-rapat seolah-olah bangunan yang kukuh. Macam kita tengok dalam citer omputih tu ler, yg dok perang perang tu, ntah ntah dicedok dari kisah perang Islam la tu. Dia kaji sejarah kita utk lawan kita, dia kaji Al-Quran utk lawan kita, kita tak dak buat apaaaaaaaaaaa…huhu…

Okai, kembali kepada kita kepada kisah panglima perang kita tu, sebenarnya dah ramai antara kita yg kononnya berada disaf perjuangan tau citer ni, tapi tak ramai yg nak menghayati keikhlasan beliau dalam berjuang. Khalid Al-Walid ni dilantik jadi panglima perang masa pemerintahan Saidini Abu Bakar lagi. Apabila beliau mengetuai angkatan perang, maka ramailah tentera Islam yang ingin menyertai perang tersebut kerana yakin dengan pimpinan beliau yang tidak terkalah.

Pun begitu, saat Umar memegang teraju khalifah, satu tindakan yang mungkin tidak terfikir oleh memana orang Islam pun telah dibuat oleh Umar, yakni beliau telah menghantar surat kepada Khalid Al-Walid yang kebetulan sedang mengetuai angkatan perang untuk berperang di Parsi mengarahkan agar Khalid Al-Walid menyerahkan tugas panglima kepada Hamba bin Hamba (sbb tok ingat nama..sapa tau oyat deh..hihi)..Khalid pada masa menerima surat itu sedang mengatur strategi utk berperang. Bila shj dia baca surat, maka dipanggillah hamba bin hamba yg dinyatakan oleh Umar itu, kepada hamba bin hamba itu dinyatakan, 'wahai hamba, aku telah diarahkan oleh khalifah utk meletakkan jawatan dan digantikan oleh mu, tapi, utk esok hari, biarlah aku dahulu yang mengetuai angkatan perang utk kali terakhir, sbb aku takut tentera kita menjadi kacau bilau lantaran pertukaran mendadak ini' hamba bin hamba itu pun setujulahhhh.

Maka peperangan pun diteruskan dgn pimpinan Khalid Al-Walid utk kali terakhir dan tentera Islam telah beroleh kejayaan. Selepas kemenangan itu, Khalid kumpulkan semua tentera Islam dan dimumkan perletakan jawatan beliau atas arahan Umar. Orang islam masa tu hiruk pikuk jugak lah tertanya-tanya nape dan mengapa. Tahu tak sahabat sekalian? Tak tahukan? Gini, orang putih yg buat kajian tentang sirah Islam ni mengatakan tindakan Umar adalah bodoh. Cait, kuang ajaq punya omputih, jadi, nape agaknya Umar buat cam tu..mari kita ikuti cerita seterusnya..ehe..

Jadi, Khalid pun ngadap lah Saidina Umar, kepada Umar ditanyakan, wahai Umar, ambo nok tanyo nih, bakpe demo pecat kawe weih? Gapo saloh kawe? Gapo doso kawe? Kawe terima keputusan demo, cumo sekadar nok tahu sbb jah, kot kot ambo ado buat saloh..maka jawab Umar, Khalid weih, kawe pecat demo adalah demi akidah umat Islam, kawe pecat demo sbb kawe takut orang Islam jadi syirik disebabkan demo, kawe takut ore Islam pikir kemenangan yang diperolehi adalah disebabkan oleh demo, bukan Allah, jadi, sbb itu kawe gugurkan demo dari jadi panglima, demi agama kitalah.

Jadi, begitulah keikhlasan Umar dan Khalid dalam menjalankan amanah. Keikhlasan Umar dalam membuat tindakan yang berisiko mendapat penentangan itu mendapat bantuan Allah dgn ianya dapat diterima oleh semua orang Islam. Dan keikhlasan Khalid dalam berjuang menjamin pertolongan Allah yang mengurniakan kemenangan dalam setiap perang yang beliau pimpin.

Apa yang tak kesampaian, hajat Khalid utk mati syahid. Beliau tidak layak untuk mati syahid hanya kerana kurangnya masa beliau dengan Al-Quran. Kita nak mati syahid? mcm nak tergelak pulak..adoiiiii..jauhnya rasa...perang pun tak, nak korbankan duit pun susah, nak kerja dengan P pun tanya gaji berapa...mimpi besar la kot...Allahuakbar!!..semantap beliau pun tak layak sahabat weii...baru sero kecikkkkk..huhu..

Jadi, mari kita kaitkan dengan keadaan dunia sekarang, Espeselli Malaysia nilah, nape ek? Nape tak menang ek? Menang pun ditarik balik..menang pun hamper hamper kalah…Tepuk dada, tanyalah iman, …Allahua'lam.

Setakat ini sahaja nukilan untuk kali ini. Kita ketemu dilain masa pulak. Bersama-sama kita mengikhlaskan diri dalam kita mendekatkan diri kepada-Nya. Insya Allah.

Allah weih, tetapkanlah hati ku dalam beribadat kepada-Mu.
Aku Lemah, Aku Jahil Tanpa PimpinanMu Ya Allah.

Astaghfirullah. Innallaha kana tawwaba.

|