Wednesday, March 29, 2006

Balligh 'Anni v.11.0406

Assalamualaikum...

Hehe...lamanya tak update...
Saje je nak test market..

Ada jugak peminat ekk...
Minat kat ilmu yg ada kat sini lah kan...
Takpe takpe..i will come up with solution today..hehe..

Hari ini..penulis akan cuba membawa merenungi sekejap antara jasmani dan rohani...
mm...ini kuliah maghrib di sampaikan oleh Ust Baihaqi Atiqullah..ingat ingat lupo pulok...

Kuliah ini actually menceritakan mengenai Jasad, Ruh, Nafsu, Akal dan Hati...dan kelima-lima elemen ini disatukan menjadi elemen Rohani...

Bab jasad ni...penulis tak sempat nak "tangkap"..ralit ngan pantai kot..hehe..cuma senangnya jasad ni..apa ek? tak save langsung dalam memori aa...

Kita terus kepada roh la yea...ha ah..apa yg kita tau pasal roh? camne la agaknya roh ni yea? Allahuakbar...dikata orang..apabila ada jasad..maka adalah roh...mm...maka Allah menjelaskan dengarn firman-Nya yang bermaksud :

17. 85. Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit".

Adapun ayat ini adalah Allah turunkan untuk mengajar Rasulullah untuk menjawab apabila orang bertanya mengenai apa itu Roh...so..boleh guna pakai la kalo orang tanya anda nanti...

Seterusnya kita bicara pula mengenai nafsu..ah sudah..nafsu ni camne pulak? camne bentuknya? pun kita tak tau...senang cite nafsu ni apa yg kita nak lah..keinginan kita..maka itulah nafsu...nak cantik..nak makan...nak itu nak ini...susah jugak kalo takdak nafsu ni...mcm takdak selera nak makan lah kot..


12. 53. Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.

Ayat di atas merupakan ayat daripada Nabi Yusuf A'laihissalam...saat beliau menghadapi godaan Zulaikha...

Maka kita boleh fahamlah...nafsu ni..ada yg baik..ada yg jahat...sebagaimana kita sedia maklum...nafsu ni ada jenis-jenisnya...dimulai dengan Nafsu Amarah, Nafsu Lawwamah, Nafsu Mulhamah..dan Nafsu Muthmainnah...malah ada lagi tingkatan nafsu yg lebih tinggi...yakni nafsu kamaliah..dann..dann...err..out of memory...ehe..

Takpelah...kita tau setakat Muthmainnah lah dulu...nak capai muthmainnah pun....mm..alahai..sakit..nak lepas daripada lawwamah tu pun...aii...entahler...sekurangnya dalam hati kita menyesal kerana tak dapat nak perform dalam ibadat pun dah cukup baik (nafsu lawwamah la ni...)...


Jadi..marilah kita bersama-sama tingkatkan usaha,
belajar siang malam utk mencapai darjat muthmainnah..ALLAHUAKBAR!!!!!!!

Seterusnya perihal akal..akal ni tak sama dengan otak...manusia ada otak...binatang pun ada otak jugak...bezanya manusia dikurniakan akal...tapi binatang tak dikurniakan akal...so memang logik sangatla binatang ni takleh jadi khalifah...ehem...

Ada kisah sikit perihal otak dan akal ni...kisahnya cam ni...ada sorang cikgu
memberikan satu teori kepada anak muridnya...teorinya berbunyi..Benda yg wujud adalah benda yg dapat dilihat dengan mata...setuju tak memurid? memurid pun jawab setujuler...cikgu tu tanya lagi...ada kamu nampak Allah tak? memurid jawab tak...cikgu tu pun buat kesimpulan..maka Allah tak wujud!...apa kata anda? hehe...sebelum anda berkata-kata..kisah ini diteruskan dengan bangunnya seorang murid yg cerdik...murid ni pun bertanya kepada kekawannya...kekawan semua!! nampak tak otak cikgu kita? kawan dia jawab tak ler...murid tu pun cakap ler..kita tak nampak otak cikgu..
maka cikgu takdak otak!! hehe..kesimpulan buat sendiri ler...

Seterusnya kita masuk bab hati pulak...mm..kita pasti dah biasa sangat mendengar satu maksud hadis berkenaan hati nih..

"
Inna fil jasadi mudghah, faaidzaa sholahat sholaha jasadu kulluh, faidza fasadat fasada jasadu kulluh ala hiyal QOLBU "

Memberi maksud : Sesungguhnya dalam jasad manusia itu ada seketul daging, jika baik (daging itu) maka baik keseluruhan jasad, jika buruk (daging itu) maka buruklah keseluruhan jasad, ketahuilah bawah itu adalah HATI.

Jadi, melalui hadis ini kita boleh fahamlah betapa besarnya peranan hati dalam diri kita. Hati yang kita nak bicarakan ini ialah dari segi maknawi, bukan dari segi organ. (ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR! ALLAH MAHA BESAR!)

Mari kita relatekan perihal hati melalui perbahasan mengenai Rohani dan Jasmani. Dari segi jasmani, mukmin yang kuat tubuh badan adalah lebih disukai Allah SWT daripada orang mukmin yang lemah. Kenapa? cuba renungkanlah.

Rohani ni pula adalah benda yang kita tak nampak tengok. Antara elemen kerohanian yang telah dinyakan di atas tadi, yang paling berkuasa atau yang paling menguasai tubuh kita pastilah HATI. Kenapa? kita bagi contoh seorang perokok, akal dia yg waras mengajar dia bahawa rokok itu merosakkan paru2, membazirkan wang, tapi hanya setakat akal, tapi hati dia tetap inginkan pada rokok itu, maka susah untuk dirinya berhenti daripada merokok. Begitu juga dalam kes orang2 yg melakukan maksiat.

Kekuatan rohani tiada kaitan dengan kekuatan jasad. Kalau seseorang itu memenangi pingat emas dalam pertandingan angkat berat, menandakan dia mempunyai kekuatan jasmani yang tinggi, tapi tanpa kekuatan rohani, dia takkan mampu untuk mengangkat kain selimut dia diwaktu dinihari untuk bangun berqiamullail.

Merenungi sirah, kita pasti akan dapat lihat betapa kekuatan rohani mengatasi kekuatan jasmani terutama dalam sirah peperangan. Pembunuh Abu Jahal, iaiti Abdullah Ibn Mas'ud, mempunyai fizikal yang kecil berbanding Abu Jahal, dikatakan paha dia sama saiz dengan betis, seolahnya tidak berdaging, tapi mampu membunuh Abu Jahal dengan kekuatan rohaninya. Dan ada dalam satu peperangan terdapat tentera Islam hanya menggunakan pelepah tamar untuk berlawan dengan pedang musuh! Ini lah hasil daripada kekuatan rohani yang ada pada diri mereka, yakni YAKIN pada kuasa ALLAH.

Kita biasa mendengar, untuk menguatkan jasmani, makan tongkat Ali, kacip fatimah dan sebagainya. Dan sesetengah kita rela berhabisan duit demi menguatkan jasmani. Adakah juga makanan untuk menguatkan kekuatan rohani? jawapannya TIADA. Rohani berkait rapat dengan Allah SWT. Dan "makanan" untuk menguatkan rohani pastilah apa jua kelakuan dan perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Akhirnya, suka penulis lampirkan bersama salah satu makanan untuk menguatkan rohani kita :

"Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Qur'an itu dengan perlahan-lahan." 73:1-4


Wallahuwaliyuttaufiq.

|