Sunday, October 31, 2004

Khutbah Ramadhan Nabiku Sayang

Wahai manusia!

Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca kitabNya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini…

Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandangan mu daripada apa yang tidak halal bagi kamu memandangnya dan pendengaranmu daripada apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak yatim nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah daripada dosa-dosamu.

Angkatlah tangan-tanganmu berdoa pada waktu-waktu solatmu kerana itulah saat-saat paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hambaNya dengan penuh kasih. Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggilNya dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri-dirimu tergadai kerana amal-amalmu maka bebaskanlah dengan istigfar. Punggung-punggungmu berat kerana beban (dosa)mu maka ringanlah dengan memperpanjangkan sujudmu. Ketahuilah! Allah Ta'ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdii di hadapan Rabb al 'Alamin.

Wahai manusia!
Barangsiapa diantaramu memberi buka kepada orang-orang mukminin yang berpuasa di bulan ini maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.

(Sahabat-sahabat bertanya, Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian. Rasulullah meneruskan: jaga dirimu daripada api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu daripada api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang membaguskan akhlaqnya di bulan ini ia akan berhasil melewati shirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya di bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa denganNya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan solat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan daripada api neraka. Barangsiapa melakukan solat fardhu baginya ganjaran seperti melakukan 70 solat fardhu di bulan yang lain. Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barang siapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!
Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu maka mintalah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Syaitan-syaitan terbelenggu maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.

Amirul Mukminin Karamallahu Wajhah berkata, Aku berdiri dan berkata, ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama di bulan iini? Jawab Nabi , Ya Abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri daripada apa yang diharamkan Allah.



|

Tuesday, October 26, 2004

Buah Epal

Assalamualaikum kepada sidang blog sekalian,

isy isy isy..lama betul tidak ku menaip diruangan blog ini..
lantas membiarkan sahaja CpoL dengan bayang bayang realitinya...
lalu ternobatlah CpoL sebagai orang terajin dalam arena blog ini sahaja,,hihi..

Ok..
mari kita membaca cerita yg akan saya tulis sekejap lagi..
sebenarnya..niat dihati mau ditulis semalam lagi..
tapi niat itu terpaksa bermalam sehari lantaran kesibukan over acting..

Ok..memperihalkan perihal semalam..
Atas kaedah mengikut perintah..
atau lebih tepat lagi menjalankan amanah dengan jujur lagi berdedikasi..(ha ha)
Kenari milik syarikat telah ku terbangkan beberapa kilometer jauhnya..
Destinasinya adalah menuju ke Pejabat SUK..
Kesampaianku disitu disambut dengan ketiadaan tempat parking..
lantas menggunakan strategi PAOK..Kenari itu akhirnya berjaya dilandingkan dengan penuh keinsafan..(ha ha ha)

Setelah pemarkingan itu berjaya dengan jayanya, maka perlulah pada langkahan kaki itu utk melangkah keluar dari Kenari itu untuk menyelesaikan amanah dengan jujurnya...lantas pergerakan diatur dengan penuh kesopanan dan kesusilaan menuju ke koordinat yang telah ditetapkan..

Ketibaanku disitu penuh kesunyian ditemani meja kerusi yg tak berteman..Ahh..hanya seorang gadis..(emm..comel jugok..ha ha)..kenapa seorang? sbb yang lain dah bersedia utk bersolat di bilik solat yg disediakan..ooh..kepada dia diterangkan amanah yang perlu ku selesaikan dengan jujur itu..namun tidak mampu dia lantaran bukanlah amanah dia untuk menyelesaikan amanah yang perlu ku selesaikan dengan penuh kejujuran itu..

Sekali lagi dengan penuh kesopanan dan kesusilaan..permohonan ku untuk mengundur diri utk menyelesaikan yang Wajib dahulu dan diattachkan sekali bahawa akan ku datang lagi selepas ini mendapat kelulusan sang gadis..anggukan dia menyebabkan langkahan kakiku diteruskan ke tempat yang menjadi tempat seseorang menghambakan diri kepada Pencipta..

Ohh..YB Zulkifli Mamat..baru kusedar ini pertama kali ku berjemaah di surau SUK..mana yang lain?..kesibukan menguasai diri kebarangkaliannya..Selesai ucapan salam sejahtera kepada Tuhan Rabbul 'Alamin, deria bunyiku dilusuri oleh gelombang bunyi yang penuh manfaat..nampaknya gelombang itu dihasilkan dari YB Zulkilfi Mamat..

"Assalamualaikum waramatullah..ok..seminit bule poso nih..kita pakat pakat share ilmulah..pasal Taqwa la..mogo poso ni nok suruh kito tamboh taqwa kito keh..la'allakum tattaqun tuhe kato.............

(ringkasan dan kesimpulan)

1. Alangkah ruginya manusia itu bila bangun dia untuk bangun sahur sahaja, tidak mampu akan dia untuk menunaikan walau 2 rakaat sembahyang..alangkah ruginyaa....ruginya oiii..

2. Alangkah besar ganjaran dan kasihnya Allah pada manusia yang bersedeqah pada bulan Ramadhan, alangkah baik jika dijadikan amalan harian di bulan Ramadhan..walau seposen..

3. Di bulan Ramadhan, Rasulullah bertadarrus dengan Jibril, jadi, bertadarrus lah kita bersama kengkawan kita (ni yg buat nak masuk kampus balik nih)..

Gitulah tue-pue belako..saya ingat ko sayo dan tue-pue semua..kita pakak beringat, pakak beramal belako-lako, time tuhe buat Offer dan Sales nih..kita pakak gomol belako deh...mitok maaflah..sakni ambo kato seminit..lo ni jadi 3 minit doh..insya Allah..boleh berkat belako lako..wassalam"

Emm..Alhamdulillah..seharusnya beginilah pimpinan yang kita inginkan..penuh berteknologi maklumat dan mesra rakyat...

Abis........semoga buah epal ini dapat dijual pula kepada orang lain...

Selamat Berpuasa....

|

Sunday, October 17, 2004

Salam Ramadhan

SELAMAT BERPUASA KEPADA TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN
BERSAMA KITA MENJAHIT KEMBALI LUKA-LUKA CAKARAN SYAITAN
UBATI IA DGN UBAT-UBATAN YG MUJARAB LAGI AMPUH
AGAR BENTENG KITA BERDIRI TEGUH
ALLAHUAKBAR!
Salam Ramadhan

|

Monday, October 04, 2004

Take Note

Kita kan negara pengeluar minyak, jadi, kenapa perlu naikkan harga minyak? takleh ke kita cover melalui kita naikkan harga minyak yg kita jual tu?
(betul jugakkan..hari tu dah naik 2 sen..sekarang 5 sen pulak..adoiii..)

Saya rasa setiap MT yg menang perlu angkat sumpah dan buat lia'n bahawa mereka tidak melakukan politik wang dalam mencapai kemenangan sebagai MT UMNO..
(lawak lawak...lia'n?..hahaha)

Memandangkan akan berlaku pembesaran parit di Taman Melewar, jadi, ada kemungkinan Muktamar ke 51 akan diadakan sekali lagi di PUTIK, melainkan ada negeri lain membuat tawaran..
(negeri lain pulak, asyik kat negeri sendiri jer..Perlis boleh?..hihi)

Sekian utk kali ini..ehe..

|