Thursday, December 01, 2005

Salam Pilihanraya

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dah lama betul tak menulis...
Bz? Entah ler..tak sempat nak berfikir untuk menulis kat sini kot...
Yg boleh jawab..kesibukan tertumpu kat http://www.pengkalanpasir.net
rajin rajin ler surfing sebelum 7 Disember 2005...insya Allah...
Uish..dah dekat nak masuk 2006 kan? cepatnya masa berlalu...
Bagaimana agaknya dengan masa-masa yang telah berlalu?...
Memberi manfaat kepada diri...atau..kecelakaan kepada diri...?
Sama-sama kita muhasabah diri kita....

Rasa nak kongsi satu ilmu...
Ambik daripada majalah I...terkesan pada hati sanubari...mm..

Bismillahirrahmanirrahim..

Shufayyan Ash Ashbahiy bercerita kepada 'Uqbah ibn Muslim bahawa semasa memasuki Madinah, dia melihat orang sedang mengerumuni Abu Hurairah. Syufayyan pun menghampiri, lalu dia duduk di hadapan Abu Hurairah yang sedang menyampaikan hadis kepada jemaah itu. Ketika Abu Hurairah berdiam diri, seketika, Syufayyan memintanya agar dia menyampaikan hadis yang benar-benar difahami untuk dihayati.

Abu Huraidah pun bersetuju seraya berkata, "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan Rasulullah SAW kepadaku".Selepas berkata begitu, tiba-tiba Abu Hurairah menangis tersedu-sedu hingga hampir pengsan. Kemudian dia diam sebentar dan setelah kembali tersedar dia berkata: "Akan aku sampaikan kepadamu satu hadis yang telah disampaikan Rasulullah SAW kepadaku di rumah ini, tidak ada orang lain selain aku dan baginda."

Tiba-tiba Abu Hurairah menangis kembali tersedu-sedu hingga hampir pengsan. Peristiwa ini terjadi sehingga hampir 4 kali. Ketika Abu Hurairah kembali sedar akhirnya dia menceritakn bahawa pada hari kiamat nanti, Allah SWT akan turun kepada hambaNya untuk memberikan keputusan kepada mereka. Setiap umat ketika itu berlutut.

Golongan terawal yang dipanggil adalah orang alim, orang yang berperang di jalan Allah SWT, dan orang kaya. Allah SWT bertanya kepada orang alim itu, "Bukankah Aku telah mengajarkan kepadamu kitab yg telah aku turunkan kepada RasulKu?" Orang itu menjawab, "Benar, wahai Tuhan." Allah SWT kembali bertanya, "Apa yg telah engkau kerjakan dengan ilmu yg kau miliki?" Orang tersebut menjawab, "Dgnnya aku beribadah kepadaMu di malam hari dan siang hari." Maka Allah SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta." Malaikat juga berkata kepadanya, "Engkau dusta." Allah SWT berfirman, "Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim."

Kemudian dipanggilah orang kaya. Allah SWT berfirman, "Engkau telah Aku beri rezeki sehingga berkeadaan cukup. Orang itu menjawab, "Benar wahai Tuhan." Allah SWT kemudian bertanya, "Apa yg telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?" Dia menjawab, "Dengannya aku bersilaturrahim dan juga bersedekah." Maka Allah SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta." Malaikat juga berkata kepadanya, "Engkau dusta." Allah SWT berfirman, "Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang dermawan."

Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan Allah SWT. Maka Allah SWT berfirman, "Apa yg menyebabkanmu terbunuh?" Dia menjawab, "Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-Mu, maka aku berperang sehingga terbunuh." Maka Allah SWT berfirman kepadanya, "Engkau dusta." Malaikat juga berkata kepadanya, "Engkau dusta." Allah SWT berfirman, "Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang pemberani."

Kemudian Rasulullah SAW menepuk lututku sambil bersabda, "Wahai Abu Hurairah, ketiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat." (Riwayat Tarmidzi).

Taraf hadis ini tidak dinyatakan, penulis pun tak pasti. Sekadar menjadikan peringatan bersama. Kalo sesape tau, habaq mai.

Emm...kesimpulan daripada hadis ini, amalan apa sahaja yg ingin kita buat, niatkanlah kerana Allah SWT, bukan kerana mahukan pujian dan sanjungan manusia. Kelalaian dalam ketelitian terhadap niat kita, bisa menjuruskan kita kepada keriya'an dan ketakbura, Na'udzubillahi min zalik. Semoga kita mampu menghayati juga, kenapa Abu Hurairah menangis sehingga hampir pengsan dan bersama kita muhasabah diri kita sedalam-dalamnya.

La ilaha illa anta, subhanaka inni kuntu minazzholimi...

|