Monday, September 13, 2004

Antara 2 Usia

Pada suatu pagi cikgu terjaga daripada tidur.Apabila mak cikgu terjaga daripada tidur.Maka cikgu buat air susu cicah roti.Namun eloklah kalau nak beribadat pagi-pagi begini.Lalu cikgu ambil pen dan tulis ` di hujung pena ini '.

Cikgu teringat 4 tahun yang lalu.Cikgu juga terjaga pada waktu pagi apabila anak cikgu yang sulong terjaga.Cuma bezanya pada waktu itu terjaga sampai dua atau tiga kali satu malam.Kalau dikira penat memang penat.Tapi penat tu akan hilang kalau kita fikirkan ganjaran di kemudian hari.

Bagaimana pula keadaan kita pada masa kecil.Ada siapa-siapa yang masih ingat?Tak akan ada yang dapat ingat pada masa itu.Yang boleh bagitau pada kita ialah ibu dan ayah kita.Merekalah yang lebih tahu,berapa kali kita terjaga pada waktu pagi. Satu keadaan yang akan berlaku dan kita hadapi ialah kita akan tua.Mungkin kita juga akan terjagawaktu pagi-pagi.


palestine



Dalam dua usia ini,masa kecil dan masa tua.Ada dua persamaan yang signifikan.Ia kelihatan seperti kitaran yang kembali pada keadaan asal. Justeru,cikgu ada anak dan seorang mak, maka cikgu rasa ada kelayakan untuk membicarakan antara dua usia. Seorang anak kecil bermula daripada tidak boleh berjalan kepada merangkak,kepada berjalan.S eorang tua pula bermula daripada boleh berjalan ,kepada merangkak dan tidak boleh berjalan.Seorang anak kecil makan minumnya kita yang suap,tapi setelah dewasa dia akan makan sendiri.Seorang tua dulunya dia makan sendiri tapi setelah tak upaya kita yang kena suap.

Seorang yang kecil akan pakai pampers.Orang tua pun kalau tak upaya akan pakai pampers juga.Cuma antara kedua-duanya yang mana mudah dipakaikan?Kalau kita ada jawapan untuk soalan itu maka jangan lupa soalan yang kedua.Yang mana pahala yang lebih banyak? Seorang anak kecil akan menangis,dan kita tak tahu kenapa dia menangis.Maka kita jangan hairan kalau perkara yang sama akan berlaku kepada orang tua.

Seorang anak kecil bermula daripada tidak boleh bercakap kepada boleh bercakap.Seorang tua pula bermula daripada boleh bercakap kepada tak boleh bercakap ataupun kita tak faham percakapannya. Itulah perbandingan antara dua usia.Kedua-dua usia itu satu telah kita lalui dan satu lagi belum dilalui.Kalau usia kita panjang kita akn melaluinya.

Benarlah kalam Allah yang bermaksud :

Dan barangsiapa yang Kami panjangkan umurnya nescaya Kami kembalikan mereka kepada kejadian(nya).Maka apakah mereka tidak memikirkan?
(QS.Yasin 36:68)


La Ilaha Illa Anta. Subhanaka Inni Kuntu Minazzholimin..

Original written by: Cikgu Nik

|

Saturday, September 11, 2004

Cinta....

Bertemankan muzik dan gelombang bunyi,
Jiwa dan hatiku terajak untuk menyanyi,

Kau umpama rembulan
Menerangi kegelapan
Kau ibarat bintang
Menghiasi langit malam
Kau menerangi hatiku
Bak mentari terang siang
Kau menghiasi jiwaku
Yang dahulu kekosongan
Kau berikan kekuatan
Untukku terus berjuang
Hadapi segala cabaran
Atasi segala permasalahan
Kau curahkan kebahagiaan
Meleraikan kesedihan
Waktu ku terasa keseorangan
Ketika dalam berjuang


palestine


Ramai yang melupakanmu
Tak ramai yang mengecap nikmatmu
Tak ramai ditemanimu
Tak ramai merasa manismu
Inspirasi mukmin sejati
Tempatmu letaknya di hati
Sana kau berkurang dan bertambah
Dikaulah penyelamat ummah
Daku merasa manismu
Dalam menyintai Allah dan Rasul
Dalam menyayangi sahabat
(Takziah kepada cPoL..Semoga dikurniakan
kembali nikmat kesihatan insya Allah)
Dalam membenci kekufuran
Kepada Mu Allah ku bedoa
Hidup matiku bersamamu
Bersama dihidupkan semula
Melangkah ke syurga bersama


Diriku dilamar lagi..........................................

La Ilaha Illa Anta, Subhanaka, Inni Kuntu Minazzholimin.

|

Saturday, September 04, 2004

Pengaruh

Assalamualaikum..

Emm..lama sudah ku rasakan tidak berlaku penulisan yang diterjemahkan daripada kepala otak ku..nampaknya board ku begitu pening sekali dengar kehadiran staff akademik daripada FSKTM UPM..ado nak dikatooooooo….

Hari ni hari Jumaat…cam biasa la..kuliah pagi ler…disampaikan oleh YB Nik Amar..memandangkan Tuan Guru masih lagi bercuti..antara catatan yang berjaya dicatat dengan jayanya ialah:

Asas agama..asas agama itu ILMU lah…sape nakkan dunia dengan ilmu…nakkan akhirat dgn ilmu..nakkan dua dua pun dengan ilmu jugak…kalau tak…tak dapat la nak menulis kat blog…cam ne nak tulis kalau tak reti nak bukak komputer…maka hendaklah mengambil apa saja ilmu yg ada…jgn dok main ilmu agama jer…cakap ilmu sains ni sekular…tak betul itu…ilmu tu semua milik Allah…maka bersama samalah kita memilikinya insya Allah..ilmu ni pun memacam jugakkan..panduan mudah..hendaklah di fahami berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah..adat pun kekadang boleh jadi hukum gak…tapi selagi tak berlawan dgn syariat ler..org melayu ni kan banyak adat…tu kena kaji bebetul tuh…

Cerita menarik mengenai 3 sahabat yg ingin nak tau pasal sehari dalam kehidupan Rasulullah…ditanya Aishah…menjawablah Aishah…" Ala..mcm biasa la..kehidupan normal manusia la.." (lebih kurang la..ehe)…tapi 3 sahabat ni tak puas hati gak..dia orang cakap..ala.Nabi tak pe la hidup biasa cam tu..dah dia Nabi..konform dah masuk syurga…lalu berkatalah salah sorang tu…aku nak pose sokmo sokmo…tiap tiap hari aku nak pose…sorang lagi pulak nak buat ibadat sokmo sokmo…tak nak tido…dan sorang lagi pulak tak nak kahwin sampai mati daaaaaa….

Percakapan mereka itu didengari oleh Rasulullah…Rasulullah nasihat mereka…aku ni kan Uswatun Hasanah…jadi..ikut la style aku..jgn la plak buat yg bebukan cam tu (lebih kurang ler..ehe..pepandai la faham aaaaaa…)..

OK..abis bab kuliah…citer bab bisnes lak..ehe…sahibiul hikayatnya…aku ni mmg susah le nak join MLM…aiiiii…tetiba jer bebaru ni..mula la terjebak…emmm…bukan ape..ntahhh…terpesona kot…

MLM ni dipanggil Midastouch2u….laman web dia
www.midastouch2u.com …yg tukang kempen tu cakap mcm BioSpray gak…tapi lainnya yg ni ada royalti bonus dan hanya sekali bayar RM260…then dah tak perlu kuar duit..just cari orang 2 orang jer…tak yah beli produk..tak yah jual produk…

Faktor yg buat nak join pun sbb dia baru 2 bulan bermula…dikatakan aku n kumat n ruzaimin sebagai golongan perintis bersama sama mereka…emm..skuad penggempur Dr Hassan Ali…yg bestnya jugak pun sbb upline full time …sorang plak manager celcom…dia pun akan tolong cari gak…disebabkan bawah dia dah penuh sbb hanya 2 orang utk sorang…maka dia kena letak bawah aku n the gang…tu menarik gak tuh…mungkin tanpa disedari lepas ni…berlambak org bawah aku hasil gerakerja abang abang tuh..(impian la ni)..ehe..jadi..korang nak tak?..aku letak korang bawah aku sebelum dia letak orang lain…kempen nih…ehe…….

Tapi..bab rezeki ni tak yah taksub sgtkan..ada peluang ni kita masuk ler…carik orang gegitu jer..aku la..ehe…as mentioned below..

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yg bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yg dikehendakinya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap tiap sesuatu."

At-Talak 2 dan 3.

ALLAHUAKBAR..

La Ilaha Illa Anta. Subhanaka Inni Kuntu Minazzholimin.

|