Tuesday, May 31, 2005

Minat IV : Extended Version

[Assalamualaikum...]

Selain daripada minat bermain bola..aku jugak minat bermain badminton...sebenarnya hampir semua sukan aku nak minat..tapi hanya dua jenis sukan ni je yg kira mcm terer sikit...ehe...

Masa kat KOSASS dulu..hanya dua sukan ni je yang aku berpeluang untuk main di waktu petang...pukul 5 layan badminton dan pukul 6 lepas tu layan FUTSAL...tu kekadang aku angin kalu tetiba je sampai mesej bagitau ada meeting..dah le ad-hoc...kacau orang nak buat tarbiyyah jasmaniyyah pulak..tu aku ngomel dalam hati la..kalo bagitau awal awal tak pe..aku ni jenis payah sikit nak ubah mind-setting..kalo awal-awal aku dah set nak main petang tu...aiii..mmg sampai tahap tutup handset la tak bagi orang call masuk suruh mai meeting..ehehehe...

Tapi jarang la pulak aku ponteng terus meeting...ada la sekali dua...mostly datang dan jejarang aku masuk lewat...biasak aa..lepas gian main dulu lah...

Pun begitu..walaupun minat..aku tak berkesempatan untuk mewakili Kolej dalam kedua-dua sukan tu...dedua sukan ni aku hanya mampu setakat mewakili floor jer...sbbnya aku sedar mmg tak dapat nak bagi komitmen sangat...karang jadi bahan sebutan pulak...huhu...

Masa main badminton tu...awal awal lagi aku dah diketemukan dengan budak wakil kolej...malang sungguh...chinese lak tuh...sebenarnya aku ingat nak bagi menang free je sbb aku diarahkan Presiden utk mewakili dia ke Majlis Annual Dinner Kolej Anak2Ikan kat Hotel Equatorial malam tu...tapi disebabkan minat nak ingin mencuba...aku main jugak...first game kalah 15-7, 2nd kalah 15-8...huhu...okla tu...takde la nampak di belasah sangat...ehe...

Tapi kesannya, aku telah terlewat untuk ke Majlis Annual Dinner tu...aiyaaaaaaaaa....nak pecut dengar motor aku tak sempat..justeru aku pinjam motor Kumat...lepas maghrib aku terus memecut membelah highway ke Bangi..

Dannnnnnnnnn....mmm...siapa sangka..malang tak berbau...walaupun aku selalu berdoa agar Allah tak bagi musibah dalam bentuk kemalangan ni..namun sekali lagi aku menghadapi kemalangan...dalam kelajuan 120km/h..waktu Equtorial dah berada dalam pandangan...aku memang tak perasan langsung ada bonggol kat jalan tu..huhu..dan sekali lagi..rasa mcm bermimpi jer..pun begitu aku tetap takjub..walaupun dalam kelajuan 120km/h...kesan eksiden tu takde la terusk sgt...aku takde la melayang mcm super...tapi very very simple...penat aku memikirkan aksi aksi eksiden tu tapi tak terjumpa gak..Allah nak bagi peringatan kat aku..itulah kesimpulanku...

Dan bila aku muhasabah balik...mmg aku naik motor tak baca doa...dan aku tak amalkan bacaan zikir sebagaimana biasa bila aku memecut...yg dalam kepala nya ingat nak sampai jer..last last sampai Hospital Kajang..dapat pulak lawatan daripada Pengetua dan Fellow Kanan Kolej..malu jugak time tu...huhu...


"Wama asoba min musibatin illa bi iznillah...."

|

Monday, May 23, 2005

Minat III : Complete

I, II, III,
Kira macam demam star wars la ni..
Haha...melampau jer..
Tak de aa..sesaje je...
Boring takdak kerja niiiii...

Minat III ni sambung pasal bola..
Bila minat bola...
Kena la ada team yang diminati...
Aku minat 4 team kat dunia ni.
Manchester United, Juventus, Barcelona dan Bayern Munich,

Sedih bagi MU tahun ni.
Apa piala pun tak dapek...
Waaaaaaaaaaaaaaa...
(lantaran sedih ngan nasib MU maka idea pun takdak..keh keh..apa? minat pompuan lagu mano? ah sudahhhhhhh...ehe)

|

Minat II

Aku minat main bola sepak...
Masa sekolah rendah dulu..
Pernah aku cuba untuk wakil sekolah...
Masa tu aku tak berapa pandai sangat...
Pandai main je..taktikal memang out terus..

Masih aku ingat waktu pemilihan utk wakil sekolah...
Cara coach nak pilih dia buat perlawanan antara 2 team..
Team yang memang terpilih lawan team yang belum terpilih..
Memula main aku berada dalam team yang belum terpilih...
Half permainan aku pun ditukar ke team yang terpilih..
hehe..best dah masa tu...
Tapi...hampir nak habis...aku ditukar balik ke team yang tak terpilih..
HAMPEH BETUL!!
Hanya kerana aku buat hantaran cross kepada ayam tambatan sekolah dan dia pulak tak leh ambil bola aku...
Aku pulak yang disalahkan...HUH!
Last- last aku tak terpilih...
Redha jer la.
(cPoL mesti nak tambah bab bola ni..haha..tapi ingat cik cPoL, betapa dikau tidak dapat melepasi ku pada waktu Smart Camp dulu..masa tu peserta lawan Fasilitator..haha)

Sekarang ni...
Walaupun aku minat main bo.a..
Tapi tak berpeluang langsung nak main bola pepetang..
Bermula dari waktu kerja aku dulu yang abis 6:30...
Dan sekarang walaupun abis kerja awal..
Aku sendiri yang memandai extend masa kerja...
Kalo balik awalpun dah jadi lali malas nak kuar..

Cuma perubahannya...
Aku aktif dengan badminton...
Main waktu malam kat PUTIK..
Okla jugak..berpeluh jugak lah kehidupan ku sejak bermain badminton ni..

Emm..
Itulah kehidupan...
Kita selalu berharap dalam hidup kita..
Agar sentiasa menjadi pilihan...
Dan untuk menjadi orang pilihan...
Pastilah kita akan buat apa saja...

Untuk dipilih bekerja...
Kita akan prepare the best masa interview..
Untuk dipilih pekerja terbaik...
Maka kita akan ikut sebaik mungkin peraturan syarikat, pandai ambil hati bos dan sebagainya...

Bagaimana pula untuk kita dipilih sebagai hamba terbaik disisi-Nya?
Pernah kita renungkannya?
Adakah usaha kita 'HARD' sebagaimana usaha kita untuk menjadi pilihan terbaik disisi makhluk-Nya?


Inna Akramakum 'Indallahi Atqakum..

|

Minat I

Aku minat citer Star Wars..
Dari zaman bebudak..
terbawak sampai sekarang..

Apa yg buat aku minat?
Selari dengan minatku pada komputer...
Pastilah aku tergila sangat dengar kecanggihan CGInya..
Power!!! Argh..ingin sekali aku memiliki kemahiran itu..
Tapi komputer tak power..
Duit pulak tak ade...huhu..

Saga Is Complete..
Itu tema Star Wars Episode III..
Revenge Of The Sith...
Aku pun tau..
Kenapa aku jadi tertunggu-tunggu jugak nak tengok...
Tapi siapa sangka..
Hanya dua hari selepas release kat pawagam..
Aku dah dapat menontonnya...
Huhu..best best...
Tapi kena tunggu abis download dekat 8 jam..
but..it well worthy...hehe..

SW membuatkan aku semakin kagum dengan kebolehan berfikir manusia..
Apa lagi digabungkan dengan kemahiran yang dikurniakan-Nya...
Emm..bersyukurlah dengan apa yang diberikan-Nya...

Nak jadi hamba yang redha...
Jangan tengok tinggi-tinggi...
Tapi tengoklah ke bawah...
Kalau kenyang...ingatlah yang lapar..
Kalau kaya...tengoklah pada yang miskin...jgn tengok pada jutawan...
Kalau pandai...tengoklah pada yang tak berapa pandai...jangan tengok pada orang yang genius..
.

Lain syakartum la azidannakum...

|

Sunday, May 15, 2005

Al-Latif

Assalamualaikum,

Lantaran terpaksa menghadiri muktamar...Siaran Audio Live Kuliah Tok Guru tidak dapat dilakukan..secara tak langsung ini bermakna aku jugak tak dapat dengar kuliah tok guru secara live...beli kaset aa lepas ni...

Pun begitu...ada catatan sahabat mengenai apa yang tok guru kuliahkan...paste je la ekk...

"Pagi tadi saya sempat ke kuliah pagi jumaat TG Nik Aziz di Kota
Bharu. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah disampaikan oleh
TG. Satu ilmu baru yang belum didengar sebelum ini. Berkaitan
terjemahan salah satu daripada sifat Allah iaitu AL-LATIF. AL-LATIF
biasanya diterjemahkan kepada LEMAH LEMBUT. Bila disebut LEMAH
LEMBUT, secara automatik akan terbayang di dalam minda kita seorang
yang mempunyai perwatakan lemah lembut, orang yang 'berjalan pijak
semut pun tak mati' atau seorang perempuan yang lembut, bersopan,
tidak bercakap kasar dll....

Tetapi AL-LATIF juga bermaksud lebih SENI, HALUS. Misalnya Minyak
(petroleum), menurut TG lebih 'seni' (lebih LATIF) kejadiannya
daripada Arang Batu, Eletrik lebih 'LATIF' kejadiannya (struktur dan
saiznya) daripada Minyak, Atom lebih 'LATIF' kejadiannya daripada
Eletrik. Namun dalam sains, semakin 'LATIF' kejadian maka semakin
tinggi KUASA yang akan dihasilkan. Minyak menghasilkan KUASA lebih
tinggi daripada Arang Batu, Eletrik lebih tinggi KUASA yang
dihasilkan beranding Minyak dan Atom mempunyai KUASA yang paling
tinggi kerana ke'LATIF'annya melebihi daripada yang lain. Kuasa atom
boleh menghancurkan sebuah negeri. Amat ngeri dan dahsyat sekali
kuasa yang dimiliki atom.

Namun, di dalam banyak-banyak kejadian di alam ini, ALLAH memiliki
ke'LATIF'an yang mutlak mengatasi ke'LATIF'an struktur atom yang
paling LATIF. Oleh itu KUASA ALLAH adalah yang paling hebat, yang
paling tinggi dan yang paling berKUASA.

Terjemahan ini memberikan saya satu paradigma yang baru dalam
memahami dan menghayati sifat AL-LATIF. AL-LATIF bukan sahaja
bermaksud LEMAH LEMBUT tetapi juga HALUS DAN SENI bahkan ianya adalah
KUASA!!!. "

ALLAHU AKBAR!!!

|

Tijarah

Assalamualaikum..

Rasa macam dah lama je tak update blog ni..dalam keadaan tak tau nak buat apa ni...rasa mcm nak update blog...tapi mcm tak tau nak tulis apa la pulak...

Emm...Kuliat Jumaat 13 Mei 2005 terpaksa ditinggalkan kerana terlibat ngan Muktamar DPPNK..kalau dulu datang tengok dan tak dibenarkan bercakap...kali ni aku ada kuasa untuk bercakap..tapi tak berpeluang untuk bercakap walaupun ada idea...arghhhhh....sebenarnya masa nak bahas usul tu..elektrik takdak...pastu sume orang pikir nak balik je...tu yg aku pun mcm termental down untuk nak bagi speech...maklum ler..JUNIOR...huhu..

Atau dia orang malas nak berbahas sbb yang dia orang nak KALAH? harapnya bukan kerana itulah...aku pun pening...nape fenomena sebegini terjadi....fenin fenin fenin...ucapan perasmian Salahuddin pun menunjukkan kesayuan beliau di atas apa yang terjadi...dan aku mengeluh di dalam hati...

Salhuddin cakap..puak tu ada 5 bilion nak tawan Kelantan...pada aku...apa nak takut? YA...tak perlu takut pun sebab kita ada Dia...tapi kalo dengan Dia pun kita tak selesai...camane Dia nak tolong...kalau tak berjuang kerana-Nya camne Dia nak tolong...kekadang kita terlalu bangga sangat dengan jual beli yang kita lakukan dengan Dia..tapi pernah ke kita renungkan ...adakah Dia membelinya dari kita?..atau tak laku langsung pun...iskkk..

La Ilaha Illa Allah..
Syaitan Laknatullah...

|

Monday, May 09, 2005

Sekelip Mata Kau Berubah

Dulu..
Kau setia..

Dulu..
Kau mesra..


Dulu..
Kau penuh kerjasama..

Dulu..
Kau memudahkan segalanya..


Namun..
Segala-galanya sekarang sudah tiada...

Kau hilangkan segala-galanya..
Kau biarkan diriku duka nestapa...

Kau biarkan diriku seorang meraung bagai nak gila..

Dulu kau amat kupuji..
Sekarang kau memang layak ku keji...


Arghhhhh...
kenapapaaaaaa!!

Kenapa setiaku ini tidak berbalas...
Kenapa 6 tahun sahaja???
Kenapa tidak selama-lamanya????


Oh hard disk kuuuuuuuuuu..
Kenapa kau rosakkkkk...

Kau hilangkan datakuuuuuu...
kau hilangkan memori silamkuuuuuuuuuuuu..
Kau hilangkdan detik bahagiakuuuuuuuuuuuuu...

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....

|