Sunday, May 15, 2005

Al-Latif

Assalamualaikum,

Lantaran terpaksa menghadiri muktamar...Siaran Audio Live Kuliah Tok Guru tidak dapat dilakukan..secara tak langsung ini bermakna aku jugak tak dapat dengar kuliah tok guru secara live...beli kaset aa lepas ni...

Pun begitu...ada catatan sahabat mengenai apa yang tok guru kuliahkan...paste je la ekk...

"Pagi tadi saya sempat ke kuliah pagi jumaat TG Nik Aziz di Kota
Bharu. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang telah disampaikan oleh
TG. Satu ilmu baru yang belum didengar sebelum ini. Berkaitan
terjemahan salah satu daripada sifat Allah iaitu AL-LATIF. AL-LATIF
biasanya diterjemahkan kepada LEMAH LEMBUT. Bila disebut LEMAH
LEMBUT, secara automatik akan terbayang di dalam minda kita seorang
yang mempunyai perwatakan lemah lembut, orang yang 'berjalan pijak
semut pun tak mati' atau seorang perempuan yang lembut, bersopan,
tidak bercakap kasar dll....

Tetapi AL-LATIF juga bermaksud lebih SENI, HALUS. Misalnya Minyak
(petroleum), menurut TG lebih 'seni' (lebih LATIF) kejadiannya
daripada Arang Batu, Eletrik lebih 'LATIF' kejadiannya (struktur dan
saiznya) daripada Minyak, Atom lebih 'LATIF' kejadiannya daripada
Eletrik. Namun dalam sains, semakin 'LATIF' kejadian maka semakin
tinggi KUASA yang akan dihasilkan. Minyak menghasilkan KUASA lebih
tinggi daripada Arang Batu, Eletrik lebih tinggi KUASA yang
dihasilkan beranding Minyak dan Atom mempunyai KUASA yang paling
tinggi kerana ke'LATIF'annya melebihi daripada yang lain. Kuasa atom
boleh menghancurkan sebuah negeri. Amat ngeri dan dahsyat sekali
kuasa yang dimiliki atom.

Namun, di dalam banyak-banyak kejadian di alam ini, ALLAH memiliki
ke'LATIF'an yang mutlak mengatasi ke'LATIF'an struktur atom yang
paling LATIF. Oleh itu KUASA ALLAH adalah yang paling hebat, yang
paling tinggi dan yang paling berKUASA.

Terjemahan ini memberikan saya satu paradigma yang baru dalam
memahami dan menghayati sifat AL-LATIF. AL-LATIF bukan sahaja
bermaksud LEMAH LEMBUT tetapi juga HALUS DAN SENI bahkan ianya adalah
KUASA!!!. "

ALLAHU AKBAR!!!

|