Sunday, April 17, 2005

El Mirador

Apa itu El Mirador? Yang tengok National Geographic pasti tau…tapi ambo sempat tengok intro jah…meme hampeh aaaaaaa…konflik juga masa tu…antara usrah ngan NG ni…tapi meme lemah gila aa kalo kalah ngan NG ni…pergi usrah aa…huhu…tapi rasa rugi je tak dapat tengok dokumentari pasal El Mirador ni…mana nak dapat CD dia ekk…huhu..rasa mcm nak pergi kat tempat tu…tengok binaan pemerintahan kuno…argghh…

Dan satu hakikat yang pahit ditelan..bila tarikh usrah ni diubah..dari Sabtu kedua setiap bulan kepada Jumaat ke 4 setiap bulan…maknanya dalam sebulan satu episode NG aku akan tertinggal…huhu..nok wat lagu manoooooooo…tapi…selalu je pun tertingal sejak cuti kampus bermula ni…program memanjang…adeii..

Usrah kali ni membincangkan banyak isu isu rahsia..al maklumla kitab yg dibentangkan itu mengisahkan ttg sirah dakwah Nabi secara rahsia…

Kagum…itulah komen kebanyakan ahli usrah…bagaimana rahsia dakwah itu terjaga dalam komuniti yg begitu ramai…ahli seramai 70 orang…dan rahsia itu terjaga selama 3 tahun lamanya..mm..

Jawapan kepada kemantapan itu..pastilah kerana Fathanah yg ada pada Rasulullah Muhammad SAW..bagaimana baginda memilih orang yang benar-benar layak..(perkaderan la tu)..seterusnya memilih lokasi yg strategik..rumah abi arqam yg terpencil..dan ketiganya pastilah kerana suasana pada masa itu yg penuh tekanan..yg membuatkan setiap orang yg masuk Islam itu menjaga benar-benar akan rahsia itu..

Kat kampus dulu…ada tekanan pun tak waspada sgt jugak..kita punya penat penat plan strategi nak kaburi musuh…dia pakai jugak tudung labuh tu…eeeiii…masalah betul!

Dikisahkan jugak kisah Nuim yang memberi contoh utk menyelamatkan pimpinan…yg mana disuatu masa Omar Ibn Khattab yg masih belum Islam ketika itu sedang mencari Rasulullah…lalu Nuim mengatakan kepada Umar bhw adik dia pun masuk Islam jugak…maka secara tak langsung perhatian Umar dilarikan daripada mencari Rasulullah kepada mencari adik dia…korbankan ahli utk selamatkan pimpinan..Allhuakbar…

"Wa amma bini'mati rabbika fahhadis"

|