Tuesday, May 31, 2005

Minat IV : Extended Version

[Assalamualaikum...]

Selain daripada minat bermain bola..aku jugak minat bermain badminton...sebenarnya hampir semua sukan aku nak minat..tapi hanya dua jenis sukan ni je yg kira mcm terer sikit...ehe...

Masa kat KOSASS dulu..hanya dua sukan ni je yang aku berpeluang untuk main di waktu petang...pukul 5 layan badminton dan pukul 6 lepas tu layan FUTSAL...tu kekadang aku angin kalu tetiba je sampai mesej bagitau ada meeting..dah le ad-hoc...kacau orang nak buat tarbiyyah jasmaniyyah pulak..tu aku ngomel dalam hati la..kalo bagitau awal awal tak pe..aku ni jenis payah sikit nak ubah mind-setting..kalo awal-awal aku dah set nak main petang tu...aiii..mmg sampai tahap tutup handset la tak bagi orang call masuk suruh mai meeting..ehehehe...

Tapi jarang la pulak aku ponteng terus meeting...ada la sekali dua...mostly datang dan jejarang aku masuk lewat...biasak aa..lepas gian main dulu lah...

Pun begitu..walaupun minat..aku tak berkesempatan untuk mewakili Kolej dalam kedua-dua sukan tu...dedua sukan ni aku hanya mampu setakat mewakili floor jer...sbbnya aku sedar mmg tak dapat nak bagi komitmen sangat...karang jadi bahan sebutan pulak...huhu...

Masa main badminton tu...awal awal lagi aku dah diketemukan dengan budak wakil kolej...malang sungguh...chinese lak tuh...sebenarnya aku ingat nak bagi menang free je sbb aku diarahkan Presiden utk mewakili dia ke Majlis Annual Dinner Kolej Anak2Ikan kat Hotel Equatorial malam tu...tapi disebabkan minat nak ingin mencuba...aku main jugak...first game kalah 15-7, 2nd kalah 15-8...huhu...okla tu...takde la nampak di belasah sangat...ehe...

Tapi kesannya, aku telah terlewat untuk ke Majlis Annual Dinner tu...aiyaaaaaaaaa....nak pecut dengar motor aku tak sempat..justeru aku pinjam motor Kumat...lepas maghrib aku terus memecut membelah highway ke Bangi..

Dannnnnnnnnn....mmm...siapa sangka..malang tak berbau...walaupun aku selalu berdoa agar Allah tak bagi musibah dalam bentuk kemalangan ni..namun sekali lagi aku menghadapi kemalangan...dalam kelajuan 120km/h..waktu Equtorial dah berada dalam pandangan...aku memang tak perasan langsung ada bonggol kat jalan tu..huhu..dan sekali lagi..rasa mcm bermimpi jer..pun begitu aku tetap takjub..walaupun dalam kelajuan 120km/h...kesan eksiden tu takde la terusk sgt...aku takde la melayang mcm super...tapi very very simple...penat aku memikirkan aksi aksi eksiden tu tapi tak terjumpa gak..Allah nak bagi peringatan kat aku..itulah kesimpulanku...

Dan bila aku muhasabah balik...mmg aku naik motor tak baca doa...dan aku tak amalkan bacaan zikir sebagaimana biasa bila aku memecut...yg dalam kepala nya ingat nak sampai jer..last last sampai Hospital Kajang..dapat pulak lawatan daripada Pengetua dan Fellow Kanan Kolej..malu jugak time tu...huhu...


"Wama asoba min musibatin illa bi iznillah...."

|