Wednesday, July 27, 2005

Rojak 1

Emm..lawa dok keto meroh ni?
Memang buta warna aa kalo tak lawa..hehe..
Dah ler power gilos...
Agak-agak kalau harga masa sampai kat Pelabuhan Klang berapa aa? Ingat nak rembat jugak...keh keh..mcm mampu daaaa...

AP? Kalut Malaysia ku dengan AP sebulan dua ni...satunya AP utk Approved Permit..satu lagi AP utk Ayah Pin...tapi AP tang kereta ni lagi popular dari AP ajaran sesat ni...

Aku ingatkan isu AP ni dah selesai bila Pidah nangis sakan hari tu..ceh..tak abis nangis...tapi sape sangka...suratkabar hari ni seolah olahnya peluru berpandu yang penuh ketepatan daripada Dr M..abis la mu Pidah...boss mu sendiri attack mu..mu nok kato apo lagi...ibarat hukuman pancung dah press statement Dr M tu...maka terkesima lagilah Pak Lah...huhu..

Apa khabar pulak Ayah Pin? senyap mcm tu jer..aku rasa kalo Ayah Pin ni mengancam keselamatan negara...ke lubang cacing pun dicarinya...sehari dua maybe dah jumpa...tapi disebabkan Ayah Pin HANYALAH mengancam agama Islam tercinta ni..takpelah Ayah Pin...Kerajaan Malaysia tok cekak nok cari mu ehhhhhhhhhh...huhu..


"serabut"

|

Monday, July 18, 2005

Kahwin


Assalamualaikum...

Heh..seminggu dua ni deria pendengaranku kerap benar menangkap gelombang bunyi yang dihasilkan apabila abjad K A H W I N disebut...heran sungguh...

Orang kata dah sampai seru? haha...nak sampai camano la...menyeru pun dak..diseru lagi la tidak...lambat lagi daaaaaaa....

Bila bercakap pasal kahwin ni..maka sewajibnya diriku menukilkan sekalam TAHNIAH buat cik cPoL yang telah mengikat tali perkahwinan pada diri dia bersama pasangan dia Cik Hasmayati..hoho..rahsia ko pertunangan demo? mano boleh lepas daripada T7 maaa...keh keh...

Bila bercakap pasal kahwin ni jugak..takdapat lari orang akan bicara pasal duit...or...bajet aa..hari tu jumpa Madi..ala...Rosmadi KTP tu...ni AJK BM jugak ni..tanya dia bila nak ikat...katanya bajet tak sampai lagi..mm..nampaknya duit memang banyak mempengaruhi kehidupan manusia ...memang tak dapat dinafikan seratus peratus..

Teringat cerita dulu kala...antara Sayyidatina Fatimah Radiallhuanha dan Sayyidina Ali Karramallahuwajhah...katanya YB Husam...herba tongkat Ali ngan Kacip Fatimah pun ambil sempena kebahagian pasangan ni..Wallahua'lam..

Nak bagitau nya..pasangan ni bukanlah pasangan yang hidup penuh kemewahan...malah kalo dinilai dalam keadaan masyarakat sekarang..boleh dikategorikan fakir miskin...tapi kehidupan mereka tetap bahagia dan penuh keberkatan...

Salah satu cerita mengenai pasangan ini adalah cerita ketika mana mereka berpuasa...(ingat ingat lupa)..yang mana ketika hendak berbuka...mereka hanya ada sebuku roti...datang orang miskin meminta sedekah..dan mereka dengan penuh rela hati memberikan roti itu kepada orang miskin itu..dan peristiwa berulang 3 hari berturut-turut...dengan hari kedua didatangi oleh anak yatim, dan hari ketiga kepada orang yang ditawan sebagaimana tuhanku Rabbul Jalil firmankan di dalam Al-Quran :


وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِيناً وَيَتِيماً وَأَسِيراً
Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.

Oh..sungguh hebat sekali keimanan mereka...Allahuakbar...kenapa mereka melakukan demikian wahai sahabat sahabiah? Jawapannya ada dibawah :

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاء وَلَا شُكُوراً
Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.

Bagaimana dengan kita? Semestinya masing-masing mampu menilai status diri..terasa begitu jauh sekali dari tahap itu...tapi Allah tidak pernah melarang utk mencuba mencapai tahap itu...malah Dia sentiasa menggalakkannya...dgn berbagai pakej dan skim yg Dia berikan utk memudahkan umat Muhammad mencapai nya dgn cara lebih mudah berbanding umat terdahulu..tapi..mehnah dan tribulasi pasti terbentang untuk mencapainya...disitulah insan akan terus diuji dan diuji...mmm...dan yang terpilih pastilah amat sedikit...

"Allahumma ja'alna minal qalil........."

|

Monday, July 11, 2005

Membuku

Emm..
Salam ukhuwwah fillah...
Nak cakap pasal buku...
Mcm tak kena jer...hehe..
Maklum ler...dah lama tak sentuh buku...
Nak sambung Master pun malas lagi..
Nak sambung ke tidak tak tau ler...
Sekali sekala orang rumah bising jugak..huhu...

Nak tulis pasal buku...
Sebab hari tu ada Pesta Buku..
Dua pesta dalam masa yang sama pulak tu...
Satu kat Balai Islam..Satu lagi kat Dewan Jubli Perak MPKB...
Ntah apa ke halnya di buat berserentak tak tau ler..
saje nak fight kot...

Pun begitu..aku hanya sempat pergi yang kat Balai Islam jer..
Sbb kat Balai Islam..nama dia Pesta Buku & Multimedia..
Tapi apa sangat la multimedianya...
Kedai kedai komputer yg jual komputer jer..
ada la jugak perisian multimedia utk bebudak sekolah...
dulu ada terfikir jugak...nak buat bisnes cam ni...
setiap chapter terpilih kat dalam buku...convert ke multimedia..
then jual!!!..huhu...tapi masa mmg tak bagi can aaa...

Sempena pesta buku ni..terbeli la jugak beberapa biji buku...
sbb dia jual 3 biji utk harga RM10...
Tertarik dengan 5 biji buku...err..buah ke biji aaa? abis laaa...
tak ingat penjodoh bilangan pulakk...huhu..
ahh..watever je la...bukan kira markah pun...hehe..
jadi bila dah tertarik dgn 5 ni..terpaksa la buat pilihan...

Satu buku tu..tafsir fi zhilalil quran juz kedua...wajib beli..
satu tu..sirah nabawiyyah...tengok isi best jugak...beli lagi...
tinggal satu lagi..mmm...last last satu buku tu tertulis hadis kat belakang dia...
lebih kurang mafhum cam ni:

"Janganlah kamu membiarkan isteri kamu terkurung di dalam kamar sahaja tanpa kamu mengajarkan kepada dia Surah An-Nur dan pengetahuan berteman"

(Sayyidatina Aisyah).

Ingat-ingat lupa ni...cek balik aa kalo sesape tau..cuma maksud dia mmg cam tulah...mm..takdak isteri lagi..tapi beli je la kan...hihi...buku ni menafsirkan beberapa ayat dari Surah An-Nur..tajuk dia Petunjuk Wanita Salehah...mmm...mcm la kita ni soleh sangat...huhu...

Hasibu Anfusakum Qabla An Tuhasabu...

|

Sunday, July 03, 2005

Asbahna Wa Amsaina

Sesungguhnya, Tuhanku memberitahuku,

" Dan sabarkanlah diri kamu bersama-sama orang-orang yg menyeru Tuhan mereka di waktu pagi dan petang kerana mengharapkan keredhaanNya.."

Sesungguhnya, Tuhanku mengajarku,

"Dan janganlah kamu palingkan pandanganmu daripada mereka, kerana semata mengharapkan perhiasan dunia..".

Sesungguhnya, Tuhanku mengingatkanku,

"Dan janganlah kamu ikut mereka mereka yang telah kami lalaikan hati mereka daripada mengingati Kami serta mereka yg mengikut hawa nafsu mereka, dan sesungguhnya mereka itu adalah melampaui batas..."

Bait bait perkataan di atas, merupakan salah satu kefahaman ku dari Kalamullah yang ku imani. Dirungkaikan pemahaman itu salah satu ayat dari Surah Al-Kahfi..yg dulu ku istiqamah amalkan pada hari yag digalakkan pembacaanya, tapi sekarang semakin merah rekodnya, hanya kerana nafsu...TIDUR!!!!

Ma'thurat...di dalamnya terkumpul kalamullah terpilih serta wirid wirid yang diwarisi dari Rasulullah tercinta menerusi hadith hadith yang sahih, dikumpulkan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Diamalkan bacaanya waktu pagi dan petang, oleh orang-orang yg amat mengharapkan keredhaanNya sebagaimana tafsiran ayat di atas. Didalamnya terdapat juga satu bait yg akan menitiskan air mata, kalau benar penghayatannya, yakni Sayyidul Istighfar.

Soalnya, adakah sekarang aku bersama-sama mereka yang sebagaimana dalam ayat ini? Kalau di kampus dulu, aku berkeyakinan tinggi dalam hal ini lantaran pengamalannya amatlah dituntut. Bermula matrikulasi, hinggalah ke tahun akhir, aku terus berada dalam lajnah terbiyyah. Tak tau la bagus tang mana, nakal bukan main, tapi orang heret jugak. Dari AJK biasa, hinggalah ke SU Lajnah. Dan sekarang, aku rasa sedikit bernasib baik, kerana jawatan yg pegang suatu tidak dulu itu sedikit sebanyak menjadi tenteraku, melawan bisikan syaitan laknatullah...pun begitu..terkadang ia membuatkan jiwaku berpusing tak tentu hala...hanya kerana kata-kata... Istiqamah...senang diucap...

"Fattaqullaha mastatho'tum.........."

|