Sunday, July 03, 2005

Asbahna Wa Amsaina

Sesungguhnya, Tuhanku memberitahuku,

" Dan sabarkanlah diri kamu bersama-sama orang-orang yg menyeru Tuhan mereka di waktu pagi dan petang kerana mengharapkan keredhaanNya.."

Sesungguhnya, Tuhanku mengajarku,

"Dan janganlah kamu palingkan pandanganmu daripada mereka, kerana semata mengharapkan perhiasan dunia..".

Sesungguhnya, Tuhanku mengingatkanku,

"Dan janganlah kamu ikut mereka mereka yang telah kami lalaikan hati mereka daripada mengingati Kami serta mereka yg mengikut hawa nafsu mereka, dan sesungguhnya mereka itu adalah melampaui batas..."

Bait bait perkataan di atas, merupakan salah satu kefahaman ku dari Kalamullah yang ku imani. Dirungkaikan pemahaman itu salah satu ayat dari Surah Al-Kahfi..yg dulu ku istiqamah amalkan pada hari yag digalakkan pembacaanya, tapi sekarang semakin merah rekodnya, hanya kerana nafsu...TIDUR!!!!

Ma'thurat...di dalamnya terkumpul kalamullah terpilih serta wirid wirid yang diwarisi dari Rasulullah tercinta menerusi hadith hadith yang sahih, dikumpulkan oleh Imam As-Syahid Hassan Al-Banna. Diamalkan bacaanya waktu pagi dan petang, oleh orang-orang yg amat mengharapkan keredhaanNya sebagaimana tafsiran ayat di atas. Didalamnya terdapat juga satu bait yg akan menitiskan air mata, kalau benar penghayatannya, yakni Sayyidul Istighfar.

Soalnya, adakah sekarang aku bersama-sama mereka yang sebagaimana dalam ayat ini? Kalau di kampus dulu, aku berkeyakinan tinggi dalam hal ini lantaran pengamalannya amatlah dituntut. Bermula matrikulasi, hinggalah ke tahun akhir, aku terus berada dalam lajnah terbiyyah. Tak tau la bagus tang mana, nakal bukan main, tapi orang heret jugak. Dari AJK biasa, hinggalah ke SU Lajnah. Dan sekarang, aku rasa sedikit bernasib baik, kerana jawatan yg pegang suatu tidak dulu itu sedikit sebanyak menjadi tenteraku, melawan bisikan syaitan laknatullah...pun begitu..terkadang ia membuatkan jiwaku berpusing tak tentu hala...hanya kerana kata-kata... Istiqamah...senang diucap...

"Fattaqullaha mastatho'tum.........."

|