Sunday, January 30, 2005

Mukhlisina Lahuddin v2.1

Dan sebaik sahaja belia sampai di pokok itu, syaitan tadi keluar…dan keduanya saling serang menyerang. Dan akhirnya, siapa menang? Kejutan telah berlaku kerana ianya telah dimenangi oleh syaitan. Lebai itu berasa hairan kenapa dia boleh kalah kali ini dan beliau tidak dapat mempercayai kekalahan beliau. Syaitan itu ketawa terbahak-bahak lantaran kemenangan dia menewaskan lebai itu.

Syaitan itu berkata:
"Wahai lebai, tahukah engkau akan sebab kekalahan kau ini?"

Lebai jawab:
"Tak tau."

Syaitan menjelaskan:
"Dulu kau menang adalah kerana niat kau yang baik, kau datang dulu dengan niat ikhlas untuk mempertahankan aqidah orang kampung kau, tapi kali ini niat kau berubah sama sekali, yakni kau datang kali ini hanya kerana duit yg aku janjikan itu."


Wabilkhairil khitam,
wahuwa salamum islam,
wassalamualaikum.

|

Thursday, January 20, 2005

Korban

Irama takbir itu,
Menyentuh perasaan,
Meruntun keinsafan….

Aku insan,
Amat lemah tanpa pimpinanMu Tuhan,
Sanggupkah aku berkorban?

Saat itu…
Siti Hajar mau ditinggalkan..
Bersama bayi dipangkuan,
Di tengah padang pasir nan gersang..
Lantaran wahyu Tuhan,
Kepada Ibrahim ditanyakan…
Allahumma amaraka bihaza??
Pertanyaan mendapat anggukan,
Lantas keizinan diberikan,
Lantaran tingginya keyakinan,
Akan kekuasaan Tuhan……..

Kepada semua kengkawan,
Hayatilah sirah pengorbanan,

Selamat Hari Raya Korban…….

|