Saturday, September 24, 2005

Balligh 'Anni v.06.0905

Ramadhan kan tiba lagi..dalam program perasmian medan ilmu malam tadi..tuan guru menyentuh sedikit mengenai bulan Ramadhan…



Katanya, Ramadhan sebagai sarang kepada Al-Quran, kerana bulan Ramadhan telah dipilih sebagai bulan diturunkan Al-Quran, tidak pada bulan lain…istimewanya Ramadhan juga kerana hanya Ramadhan sahaja yang disebutkan di dalam Al-Quran, sedangkan nama bulan lain tidak ada…SO SPESEL!

Suka penulis ingin sentuh sedikit kalam muqaddimah tuan guru dalam ucapan perasmian Medan Ilmu..ucapan dimulakan dengan membaca 4 ayat daripada Surah Ar-Rahman..

Bermaksud : (Allah) Yang Maha PEMURAH(1) Yang telah mengajarkan Al-Quran(2) dan menciptakan manusia(3) mengajarnya pandai berbicara(4)…

Ada perasaan halus tatkala penulis menghayati kalam Allah ini..mm.. pemurahnya Dia adalah untuk semua makhuknya, tapi pengasihnya Dia adalah hanya untuk hambaNya yang beriman sepenuh hati kepadaNya...

Dia menurunkan Al-Quran, jadi, tanpa ajaran Dia, mana mungkin kita mampu memahami Al-Quran ini, Dia memudahkan hamba-Nya untuk menghafal Al-Quran, memahami Al-Quran dan merenung hikmah-hikmah di dalam Al-Quran, dan mengambil pengajaran daripada isi-isi Al-Quran. Di sini penulis terpegun sebentar, adakah kita semua menggunakan ilmu yang dikurniakan Allah kepada hambaNya ini dengan sebaik-baiknya?

Kita semua mungkin terdorong untuk mengamalkan apa yang guru-guru ajar pada kita, apa yang lecturer ajar pada kita sebaik-baiknya, kalau nak cari kerja pun, cari kerja yang sepadan sebagaimana belajar di kampus dulu supaya pengajian selama 3 tahun atau 4 tahun atau 5 tahun itu tidak "burn" begitu sahaja..nah..bagaimana pula dengan ilmu Al-Quran ini? Membaca Al-Quran mungkin biasa, malah khatam berkali kali..kalau tak khatam berkali kali pun…baca Yasin hampir saban minggu, mampukah kita terangkan kepada orang lain apa yang boleh difahami daripada Surah Yasin itu? Semoga menjadi peringatan kita bersama…

Ayat 3 dan 4; Dia yang menciptakan manusia, dan mengajar manusia berbicara, Allahuakbar..perhatikanlah pada diri kita, dan hayatilah hasil ciptaan-Nya yang ada pada diri kita..tangan yang mampu melakukan hampir apa sahaja kerja, kaki yang mampu membawa ke mana-mana, mata yang mampu melihat, telinga yang mampu mendengar, dan…otak yang mampu berfikir dengan baik..otak yang menentukan tahap kewarasan, tahap kepintaran, semuanya daripada Dia sahabat…Dia yang bagi kat kita..Dia yang kecualikan kita daripada kecacatan..tatkala menghayati keajaiban ciptaan-Nya ini..maka amat tidak cukup sekali dengan hanya melafazkan sekali lafaz kesyukuran…pun begitu..bagi Dia..cukuplah kita menjadi golongan bersyukur, tanpa perlu bersujud sepanjang hari kepada Dia, Dia Yang Maha Pengasih………

Bila menyebut panca indera, ilmu yang boleh didapati daripada panca indera adalah ilmu yang paling rendah, (ada 3 peringkat ilmu)..kenapa paling rendah? Kita ambil contoh mata..mata yang mampu melihat kapal terbang di langit, saat itu, kita melihat kapal terbang itu kecil sahaja, kalau tidak pernah melihatnya mendarat, maka mungkin kita akan anggap kapal terbang itu sebesar jari kelingking sahaja (saat melihat di langit)..maka maklumat yg diterima tidak tepat..sbb itu dikatakan ilmu yang paling rendah…

Kedua adalah ilmu melalui akal fikiran, kita ambil contoh, ada 2 buah bas hendak datang ke Kelantan, satu bas kita katakan mampu membawa orang 40 orang, jadi melalui ilmu akal fikiran, kita akan dapat mengagak bahawa maksimum orang yang akan datang ke Kelantan adalah 80 orang..

Dan ilmu peringkat tertinggi adalah ilmu ghaib, ilmu milik orang yang beriman…..

Penulis nak ambil sedikit daripada khutbah jumaat di masjid mukim penulis, khutbah nampaknya sudah menyentuh mengenai Ramadhan, tapi penulis sedikit hairan, kerana awal khutbah berbunyi sebagaimana berikut :

Bersyukur kita kerana kita masih lagi berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan...

Pelik la jugak, sebab hari jumaat ni baru 19 Ramadhan, ada 11 hari lagi..ntah esok lusa mati, takdapat jugak kan? Maybe ini salah satu perbezaan khatib yang membaca khutbah dengan menyampaikan khutbah…emmm…

Namun, ingin penulis titipkan satu maksud hadis daripada khutbah itu, sanad ngan perawinya penulis tak berapa nak ingat…

Ramai orang berpuasa, tetapi habuan dia hanyalah lapar dan dahaga sahaja, dan ramai orang yang berqiamm tapi habuan dia hanyalah berjaga malam sahaja..

Renung-renungkanlah dan marilah bersama kita menyiapkan diri untuk berada di dalam Shahrul Tarbiyyah insya Allah…

Wallahua'lam.

|

Thursday, September 15, 2005

Balligh 'Anni v.05.0905

قُلِ ادْعُواْ اللّهَ أَوِ ادْعُواْ الرَّحْمَـنَ أَيّاً مَّا تَدْعُواْ فَلَهُ الأَسْمَاء الْحُسْنَى وَلاَ تَجْهَرْ بِصَلاَتِكَ وَلاَ تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَلِكَ سَبِيلاً • وَقُلِ الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي لَمْ يَتَّخِذْ وَلَداً وَلَم يَكُن لَّهُ شَرِيكٌ فِي الْمُلْكِ وَلَمْ يَكُن لَّهُ وَلِيٌّ مِّنَ الذُّلَّ وَكَبِّرْهُ تَكْبِيراً


Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu". (111) Dan katakanlah: "Segala puji bagi Allah Yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya.
(Al-Isra' : 110-111)

Emm..maafler..kali ni penulis mcm malas la pulak nak elaborate..ambik point je aa..

Apa nak difahamkan daripada ayat ni? Apa lagi kalo bukan mintak (salah satunya)...mintak apa? mintak je la apa apa ngan Dia..dalam kata yg lebih glamour..Doa..Dia suka hamba Dia mintak ngan Dia..so..mintak la bebanyak mana pun..insya Allah makbul...

Doa ada adab dia jugak..ingat boleh sesuka cam tu je ke? ntah..
adab berdoa..
bila kita berdoa kena cari waktu yg cukup baik..
dalam setahun waktu yg paling berharga adalah hari arafah..
sehari sebelum rayo haji..
sgt mustahak utk kita berdoa..the best day...

kalo alim...jgn kerana ilmu yg kita ada masuk neraka..
jgn miskin..jgn pandai..
samada berjalan, naik motor..biar doa sokmo..
tok mesti kat masjid..

dalam bulan..ada satu bulan ramadhan...
bulan diturunkan Al-Quran...

Daripada seminggu..hari jumaat..

dalam semalaman...waktu sahur...
yakni waktu sebelum subuh..

waktu perang antara kafir dgn Islam...
malaikat turun ke bumi utk tolong org islam..

ketika turun hujan...
saat hujan turun kita mesti buka mulut utk berdoa..
saat terbuka pintu rahmat..
dan bumi terbuka utk menerima air..

doa la dalam bahasa pun...
Allah pehe belako..

waktu org nak solat..
waktu bilal iqamah nok solat..
paling biasa doa lepas iqamah tuh...
apa salahnya kita tambah dgn doa lain..

ketika sujud...
sujud ketika solat sunat...
dalam solat fardhu tok digalakkan...
syaratnya bahasa arab..
bahasa melayu tokleh guna dalam solat....

walau bagaimana pun..
waktu bernilai mengikut keadaan kita..
kalo kita mintak benda molek..
maka waktu jadi molek..
benda paling molek..rabbana atina fiddunia hasanah..
doa yg Allah bagi sendiri dalam Al-Quran..
rabbana..buke ilahana...
ilahana ni tuhan yg maha gagah..
rabbana tuhe yg memberi tarbiyyah...
bayi diberi gusi pada kecilnya..supaya tidak luka..tempat hisapan susu..

dalam 24 jam waktu sahur..
kerana waktu sahur waktu tenang...
bila kita bangun..maknanya kita ni nak bebetul pada Allah...

angkat tangan dedua belah...
angkat tangan sampai nampak ketiak...
hujung doa sapu muka,,,dedua belah tangan...

doa dgn niat lillahi ta'ala..
bukan adat resam..
terbiasa orang kata..

paham ke? hehe...

|

Tuesday, September 06, 2005

3k0 9r0j3ct 1

the.eko.of.future.sound



wish i can call you through my heart...

|

Monday, September 05, 2005

Mauizhoh v1

Keutamaan dan fadilat ilmu.

ILMU adalah perkara utama yang mempunyai fadilah dan amat bemilai. Allah SWT rnenjelaskan tentang kelebihan ilmu, melalui firman-Nya yang bermaksud:

شَهِدَ اللّهُ أَنَّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ وَأُوْلُواْ الْعِلْمِ قَآئِمَاً بِالْقِسْطِ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Allah menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

(Surah Ali Imran : ayat 18)


Renungkanlah, melalui ayat tersebut Allah SWT telah memulakan kesaksiannya tentang keEsaan-Nya. Turut membuat kesaksian oleh para malaikat, diikuti kalangan manusia dari para ilmuan (Ulul Ilmi). la menjadi bukti betapa ilmu pengetahuan terlalu tinggi nilai keutamaannya.

Allah SWT menegaskan betapa orang-orang berilmu pengetahuan setaraf dengan para malaikat yang sama sama jadi saksi, ketika Allah SWT sendiri bersaksi bahawa diri-Nya adalah Tuhan Yang Maha Esa dan Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Hanya para ilmuan yang layak menjadi saksi itu, semestinya terdiri dari para anbiya, para rasul serta para wali (auliya) dan para ulama. Kesemuanya beriman terhadap Allah SWT, meyakini bahawa Allah SWT adalah Zat Yang Maha Sempuma.

Renunglah ayat 18 surah Al-Maidah bagaimana Allah SWT menjadi saksi pertama untuk KeEsaan Diri-Nya sendiri, kemudian diikuti golongan kedua iaitu para malaikat dan ketiganya ialah ahli ilmu
(Ulul Ilmi).

Maksudnya golongan ulama diletak sebaris dengan para malaikat dan Allah SWT sendiri, dalam perkara kesaksian terhadap keEsaan Zat Yang Maha Sempurna itu.

la menjadi dalil yang nyata bahawa ilmu adalah perkara yang murni dan mulia, sebagaimana yang di tegaskan lagi oleh firman Allah SWT yang bermaksud:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

"Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat (yang banyak)..."

(Surah Al-Mujadilah ayat 11)


Allah SWT berjanji akan meninggikan darjat (pangkat) disisi-Nya, hanya kepada dua golongan manusia, pertama ialah golongan orang yang beriman. Kedua, golongan orang orang yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah SWT (fardu'Ain) dan yang berkaitan dengan hamba-Nya (fardu Kifayah).

Mengenai ilmu ini ditegaskan lagi melalui firman Allah SWT yang bermaksud:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ

"Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang orang yang tidak mengetahui?"

(Surah Az Zumar:9).


Jawabnya, tentulah tidak serupa antara ulama dengan juhhala (orang jahil).
Untuk membezakan antara dua golongan itu mestilah berusaha menuntut ilmu bagi membebaskan diri dari selimut kejahilan.

Allah SWT menjelaskan lagi tentang fungsi ilmu itu melalui firman-Nya yang bermaksud:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba hamba-Nya, hanyalah ulama."

(Surah Fathir ayat 28).


Yang dimaksudkan dengan 'Ulama' pada ayat tersebut ialah orang-orang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai Kebesaran dan Kekuasaan Allah SWT dengan penuh keyakinan.

Allah SWT mengingatkan manusia supaya takut dan gerun kepada-Nya, kerana perasaan takut itu menjadi benteng kepada kesejahteraan akidah. dari penyakit syirik dan kufur.

Tidak mungkin mengenali Allah SWT, jika tidak takut dan gerun kepada-Nya. Justeru itu orang yang hatinya gerund kepada Allah SWT hanya dari kalangan hamba-Nya yang ulama, kerana mereka mengenali sifat-sif at Allah Yang Maha Esa.

Bukan sebarang orang alim takut dan gerun kepada Allah SWT, misalnya ulama Bani Israil dan 'Ulama us-Suk'(ulama yang bejat). Sebaliknya ulama sebenar melalui ilmunya menjadikan mereka mukmin serta muttakin, hanya merekalah yang takut dan gementar hatinya kepada Allah SWT.

Berhubung dengan ilmu, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

وَإِذَا جَاءهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُواْ بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُوْلِي الأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلاَ فَضْلُ اللّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لاَتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلاَّ قَلِيلاً

"Dan apabila datang kepada mereka suatu berita keamanan atau ketakutan, lalu mereka (munafikin) menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkan kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orangyang ingin tahu kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, nescaya kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (diantaramu)."

(Surah An Nisa ayat 83).


Ayat tersebut menceritakan perihal orang orang munank pantang mendengar berita negatif tentang Nabi s.a.w.
walaupun belum pasti, nescaya akan dikutip dan segera menghebahkannya.

Allah SWT menegaskan melalui ayat tersebut, jika mereka merujuk kepada Rasul dan kepada orang-orang yang bertanggungjawab dalam perkara berita itu, nescaya orang yang ingin tahu akan mengetahui kedudukan sebenarnya.

Golongan yang ingin tahu akan merujuk terus kepada sumbemya yang sebenar, disifatkan sebagai golongan yang setaraf dengan anbiya dan mursalin. Kerana telah berusaha mendapatkan ilmu dari sumber utama dan pihak yang bertanggungjawab.

Demikianlah beberapa firman Allah SWT yang menjelaskan mengenai keutaman ilmu dan fadilahnya.

Wallahua'lam.

|