Saturday, September 24, 2005

Balligh 'Anni v.06.0905

Ramadhan kan tiba lagi..dalam program perasmian medan ilmu malam tadi..tuan guru menyentuh sedikit mengenai bulan Ramadhan…



Katanya, Ramadhan sebagai sarang kepada Al-Quran, kerana bulan Ramadhan telah dipilih sebagai bulan diturunkan Al-Quran, tidak pada bulan lain…istimewanya Ramadhan juga kerana hanya Ramadhan sahaja yang disebutkan di dalam Al-Quran, sedangkan nama bulan lain tidak ada…SO SPESEL!

Suka penulis ingin sentuh sedikit kalam muqaddimah tuan guru dalam ucapan perasmian Medan Ilmu..ucapan dimulakan dengan membaca 4 ayat daripada Surah Ar-Rahman..

Bermaksud : (Allah) Yang Maha PEMURAH(1) Yang telah mengajarkan Al-Quran(2) dan menciptakan manusia(3) mengajarnya pandai berbicara(4)…

Ada perasaan halus tatkala penulis menghayati kalam Allah ini..mm.. pemurahnya Dia adalah untuk semua makhuknya, tapi pengasihnya Dia adalah hanya untuk hambaNya yang beriman sepenuh hati kepadaNya...

Dia menurunkan Al-Quran, jadi, tanpa ajaran Dia, mana mungkin kita mampu memahami Al-Quran ini, Dia memudahkan hamba-Nya untuk menghafal Al-Quran, memahami Al-Quran dan merenung hikmah-hikmah di dalam Al-Quran, dan mengambil pengajaran daripada isi-isi Al-Quran. Di sini penulis terpegun sebentar, adakah kita semua menggunakan ilmu yang dikurniakan Allah kepada hambaNya ini dengan sebaik-baiknya?

Kita semua mungkin terdorong untuk mengamalkan apa yang guru-guru ajar pada kita, apa yang lecturer ajar pada kita sebaik-baiknya, kalau nak cari kerja pun, cari kerja yang sepadan sebagaimana belajar di kampus dulu supaya pengajian selama 3 tahun atau 4 tahun atau 5 tahun itu tidak "burn" begitu sahaja..nah..bagaimana pula dengan ilmu Al-Quran ini? Membaca Al-Quran mungkin biasa, malah khatam berkali kali..kalau tak khatam berkali kali pun…baca Yasin hampir saban minggu, mampukah kita terangkan kepada orang lain apa yang boleh difahami daripada Surah Yasin itu? Semoga menjadi peringatan kita bersama…

Ayat 3 dan 4; Dia yang menciptakan manusia, dan mengajar manusia berbicara, Allahuakbar..perhatikanlah pada diri kita, dan hayatilah hasil ciptaan-Nya yang ada pada diri kita..tangan yang mampu melakukan hampir apa sahaja kerja, kaki yang mampu membawa ke mana-mana, mata yang mampu melihat, telinga yang mampu mendengar, dan…otak yang mampu berfikir dengan baik..otak yang menentukan tahap kewarasan, tahap kepintaran, semuanya daripada Dia sahabat…Dia yang bagi kat kita..Dia yang kecualikan kita daripada kecacatan..tatkala menghayati keajaiban ciptaan-Nya ini..maka amat tidak cukup sekali dengan hanya melafazkan sekali lafaz kesyukuran…pun begitu..bagi Dia..cukuplah kita menjadi golongan bersyukur, tanpa perlu bersujud sepanjang hari kepada Dia, Dia Yang Maha Pengasih………

Bila menyebut panca indera, ilmu yang boleh didapati daripada panca indera adalah ilmu yang paling rendah, (ada 3 peringkat ilmu)..kenapa paling rendah? Kita ambil contoh mata..mata yang mampu melihat kapal terbang di langit, saat itu, kita melihat kapal terbang itu kecil sahaja, kalau tidak pernah melihatnya mendarat, maka mungkin kita akan anggap kapal terbang itu sebesar jari kelingking sahaja (saat melihat di langit)..maka maklumat yg diterima tidak tepat..sbb itu dikatakan ilmu yang paling rendah…

Kedua adalah ilmu melalui akal fikiran, kita ambil contoh, ada 2 buah bas hendak datang ke Kelantan, satu bas kita katakan mampu membawa orang 40 orang, jadi melalui ilmu akal fikiran, kita akan dapat mengagak bahawa maksimum orang yang akan datang ke Kelantan adalah 80 orang..

Dan ilmu peringkat tertinggi adalah ilmu ghaib, ilmu milik orang yang beriman…..

Penulis nak ambil sedikit daripada khutbah jumaat di masjid mukim penulis, khutbah nampaknya sudah menyentuh mengenai Ramadhan, tapi penulis sedikit hairan, kerana awal khutbah berbunyi sebagaimana berikut :

Bersyukur kita kerana kita masih lagi berpeluang untuk bertemu dengan Ramadhan...

Pelik la jugak, sebab hari jumaat ni baru 19 Ramadhan, ada 11 hari lagi..ntah esok lusa mati, takdapat jugak kan? Maybe ini salah satu perbezaan khatib yang membaca khutbah dengan menyampaikan khutbah…emmm…

Namun, ingin penulis titipkan satu maksud hadis daripada khutbah itu, sanad ngan perawinya penulis tak berapa nak ingat…

Ramai orang berpuasa, tetapi habuan dia hanyalah lapar dan dahaga sahaja, dan ramai orang yang berqiamm tapi habuan dia hanyalah berjaga malam sahaja..

Renung-renungkanlah dan marilah bersama kita menyiapkan diri untuk berada di dalam Shahrul Tarbiyyah insya Allah…

Wallahua'lam.

|