Thursday, August 18, 2005

Balligh 'Anni v.04.0805

ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ

68. 1. Nun , demi kalam dan apa yang mereka tulis,


مَا أَنتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ

68. 2. berkat ni'mat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orng gila.


وَإِنَّ لَكَ لَأَجْراً غَيْرَ مَمْنُونٍ
68. 3. Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya.


وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ
68. 4. Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.


Awal kuliah, TG mengulang semula mengenai peristiwa israk dan mikraj, mengajak para pendengar untuk bersama-sama berasakan satu kebesaran berada dalam bulan Rejab. Bulan yang telah diperintahkan solat kepada umat Nabi Muhammad SAW. Solat sebagai satu hadiah, sebagai satu kemudahan untuk umat Nabi Muhammad SAW mengumpul pahala. Di akhirat, RM, Dollar mahupun sterling tidak laku diperniagakan, tapi yang laku adalah pahala. Justeru, dalam mencari duit di dunia, jgn lupa utk kita menukarkan duit itu kepada pahala melalui saluran tertentu. Mengerti? Maka perniagaan apakah yang paling menguntungkan?

Berkata Nabi Muhammad SAW, Neraka dicadangkan bagi orang yang tidak rata tumir semasa mengambil wudhu'. Jadi, dalam kita mengambil wudhu, hendaklah kita memastikan air itu rata ke sempat yg sepatutnya. Sesetengah orang ada yang memakai cincin, jadi pastikan bebetul air rata di bawah cincin tu, tidak perlu cabut, cukup sekadar pusing-pusing sahaja. Begitu juga dengan inai yang kebanyakannya di pakai oleh muslimat, mekap dan sebagainya.

Bila membaca surah dalam solat, jgnlah dipercepatkan tanpa kita memahami butir butiran ayat yang kita baca. Kalau kita sendiri tak faham apa yang kita baca, mm,,camana nak khusyuk.

Setelah habis bab solat, TG masuk ke dalam perbincangan Surah Al-Qalam. Nun, merupakan huruf muqotto'ah, yakni huruf yg dikerat-kerat. Apa maksudnya? Ini adalah rahsia Allah dengan hamba-Nya. Dan dikatakan juga sebagai satu cabaran Allah kepad orang yang mengatakan Al-Quran ini bukan daripada Allah, yg mana Allah mencabar orang-orang ini membuat satu Al-Quran yg sama sebagaimana Allah buat.

Timbul persoalan, boleh ke kita menterjemahkan Al-Quran? Iaitu kita keluarkan Al-Quran versi Bahasa Malaysia. Ulama' sepakat mengatakan adalah tidak boleh mengeluarkan Al-Quran dalam bahasa yang lain kerana bahasa lain yg wujud tidak setanding dengan bahasa Al-Quran. Mungkin kita akan bertanya, buat apa Al-Quran diturunkan kalau tidak boleh dikeluarkan dalam bahasa yang lain, bukankah lebih senang untuk difahami? Jawapannya, kita kena terima apa sahaja yang datang daripada Allah, sebagaiman kita beriman dan yakin kepada-Nya.

To be continued...

|