Monday, August 15, 2005

Balligh 'Anni v.02.0805


Kuliah Jumaat bertarikh 5 Ogos 2005.Kuliah pertama TG dalam bulan Rejab 1426. Rejab, amat sinonim dengan peristiwa israk dan mikraj. Rejab juga amat sinonim dengan ibadat solat, yang mana cara Allah menurunkan perintah ini tidak sebagaimana biasa; yakni melalui Jibril, tetapi perintah menunaikan solat ini Allah perintahkan terus dgn membawa Nabi Muhammad Rasulullah SAW mengadap-Nya. Renung-renungkanlah.

Dan sebagaimana biasa dalam kuliah yang pengisiannya mengenai Israk dan Mikraj, maka ayat dibawah pasti akan dibaca :

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلاً مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Ayat daripada surah Al-Isra' ini merupakan satu dalil qat'i dalam membuktikan peristiwa israk dan mikraj yang dihadapi oleh Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Asra membawa maksud di membawa seseorang berjalan, memberikan pengertian bahawa Nabi Muhammad Rasulullah SAW telah dibawa naik ke langit, bukannya Nabi Muhammad Rasulullah SAW telah naik ke langit tanpa di bawa. Kuasa dan kehendak Allahlah yang telah membawa Nabi Muhammad Rasulullah SAW naik ke langit.

Kata-kata orang kafir terhadap Nabi Muhammad Rasulullah SAW bahawa Nabi Muhammad Rasulullah SAW ini gila adalah kerana bagi mereka Nabi Muhammad Rasulullah SAW telah berjalan sendiri tanpa melibatkan kekuasaan Allah kerana mereka tidak percayakan Allah. Kita ambil suatu contoh yg mudah, seekor ikan yg dibungkus dalam plastic, kemudian dibawa oleh tuannya naik kapal terbang daripada Kuala Lumpur ke Kelantan, apabila ikan ini pulang ke lubuknya dan menceritakan kepada geng dia tentang perjalanan dia menaiki kapal terbang itu, maka sudah pasti geng dia itu tidak akan percaya selagi geng dia itu tidak memahami bawah ikan itu dibawa oleh tuan dia, bukannya dia naik sendiri kapal terbang itu. Emm.. faham la kan?

Dalam ayat ini, Allah menggunakan asra bi'abdihi, bukannya asra birasulihi. Sedangkan Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu adalah seorang Rasul, nape ek? Ini kerana walaupun Nabi Muhammad Rasulullah SAW itu seorang rasul, tapi baginda tetap juga merupakan hamba Allah SWT.

Seterusnya adalah kalimah lailan, menjelaskan bahawa perjalanan ini bermula pada waktu malam, bukannya pada waktu siang. Normality manusia, biasanya ramai yang memilih untuk memulakan perjalanan jauh pada waktu siang. Tetapi perjalanan yg dirancang oleh Allah SWT ini berlaku pada waktu malam, tafsiran terhadap situasi ini adalah hendak kita berfikir bahawa tidaklah sama perjalanan makhluk hendak pergi berjumpa dengan makhluk dengan perjalanan makhluk untuk pergi berjumpa Khaliq. Waktu malam dipilih kerana malam adalah waktu orang berehat, waktu orang berhenti daripada bekerja, sedangkan waktu siang adalah untuk manusia mencari rezeki. Maka dalam situasi sibuk manusia pada waktu siang dgn dunia menyebabkan tidak layak waktu siang itu sebagai waktu untuk berjumpa Allah.

Kita renung sejenak pada ibadat solat sekarang iaitu 5 waktu, 2 kali di waktu siang, 3 kali di waktu malam. Kurangnya waktu solat di waktu siang adalah untuk memberi peluang kepada manusia untuk mencari rezeki.

Dan waktu malamlah amat sesuai untuk kita menghadap dan mengadu kepada Allah sebagaimana firmannya :

وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلاً طَوِيلاً

Kita tinggalkan kelazatan hidup, yakni tidur itu untuk bangun mengadap Allah, alangkah sucinya hati. Bagi Nabi Muhammad Rasulullah SAW, baginda diwajibkan bertahajjud

Assolatu mikraj mukminin, Solat merupakan mikraj bagi mukmin, yakni kita sebagai orang beriman diberikan peluang untuk mikraj melalui solat kerana perumpaan solat ini adalah kita ambil masa untuk mengadap Allah SWT.

Nabi Muhammad Rasulullah SAW telah dibuang humuzusyaitan (tak tau betul ke tak ejaan ni, dengar bunyi TG sebut mcm ni, kalau dalam doa tu hamazati assyayatin, sape tau tegur la ek)..dan dimasukkan nur. Bila dimasukkan nur inilah baru Nabi Muhammad Rasulullah SAW layak untuk naik ke langit.

Sebagaimana kita, sebelum kita bersolat, maka kita dikehendaki berwudhu', maka wudhu' itu bolehlah dilihat sebagai kaedah untuk mencuci kita daripada sebarang kekotoran rohani.

Seterusnya kalimah minal masjidil harami ilal masjidil aqsa..perjalanan Nabi Muhammad Rasulullah SAW adalah dengan menaiki buroq. Buroq merupakan sejenis cahaya, dan sememangnya ahli astronomi mengakui akan kecepatan cahaya. Maka amat munasabahlah kenderaan jenis cahaya digunakan dalam perjalanan ini.

Allazi barakna haulahu memberikan tafsiran tentang masjidil aqsa yang penuh berkat. Berkat ini adalah barang yang boleh bersambung hingga ke akhirat, ilmu yang berkat, perbuatan yang berkat dan sebagainya. Contohnya, bila kita makan, biarlah kenyang hasil makan itu kenyang sampai ke akhirat, bukannya kenyang di dunia tapi lapar diakhirat, maka ini adalah tidak berkat. Kenapa tidak berkat? Fikir-fikirkanlah.

Ayat linuriyahu min ayatina pula memberikan kita gambaran salah satu tujuan Nabi Muhammad Rasulullah SAW dibawa bermikraj. Min dalam ayat ini memberi maksud hanya sebahagian sahaja yg dipertontonkan kepada Nabi Muhammad Rasulullah SAW, tidak kesemuanya kerana kekuatan yang ada pada Nabi Muhammad Rasulullah SAW tidak cukup untuk ditunjukkan kesemuanya.

Salah satu peristiwa yg Nabi Muhammad Rasulullah SAW lihat adalah seorang manusia yg pecah perut, sambil lari dia merobek-robek urat perut dia. Lalu Nabi Muhammad Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril akan gerangan orang tersebut, maka Jibril menjawab itulah orang yang anyaqulu ma la taf'alun. Mm..maka bersama kita pastikan diri kita, biar apa yg kita buat selari dengan apa yg kita ucapkan, insya Allah.

Sebagai kalam penutup, apabila kita bersolat berjemaah, cubalah untuk mendapatkan saf pertama, kerana pada saf pertama itu terdapat banyak pahala. Bahkan dikatakan, jika manusia mengetahui akan banyaknya pahala pada saf pertama itu, maka pastilah akan dibuat pengundian. Realitinya, walaupun tahu akan hal ini, tak ramai orang yg 'gilakan' saf pertama. Bahkan siap offer lagi kat orang lain supaya maju ke saf depan, terlebih pahala barangkali. Alangkah ruginya manusia itu.

Wallahuwaliyyuttaufiq..

|