Monday, July 18, 2005

Kahwin


Assalamualaikum...

Heh..seminggu dua ni deria pendengaranku kerap benar menangkap gelombang bunyi yang dihasilkan apabila abjad K A H W I N disebut...heran sungguh...

Orang kata dah sampai seru? haha...nak sampai camano la...menyeru pun dak..diseru lagi la tidak...lambat lagi daaaaaaa....

Bila bercakap pasal kahwin ni..maka sewajibnya diriku menukilkan sekalam TAHNIAH buat cik cPoL yang telah mengikat tali perkahwinan pada diri dia bersama pasangan dia Cik Hasmayati..hoho..rahsia ko pertunangan demo? mano boleh lepas daripada T7 maaa...keh keh...

Bila bercakap pasal kahwin ni jugak..takdapat lari orang akan bicara pasal duit...or...bajet aa..hari tu jumpa Madi..ala...Rosmadi KTP tu...ni AJK BM jugak ni..tanya dia bila nak ikat...katanya bajet tak sampai lagi..mm..nampaknya duit memang banyak mempengaruhi kehidupan manusia ...memang tak dapat dinafikan seratus peratus..

Teringat cerita dulu kala...antara Sayyidatina Fatimah Radiallhuanha dan Sayyidina Ali Karramallahuwajhah...katanya YB Husam...herba tongkat Ali ngan Kacip Fatimah pun ambil sempena kebahagian pasangan ni..Wallahua'lam..

Nak bagitau nya..pasangan ni bukanlah pasangan yang hidup penuh kemewahan...malah kalo dinilai dalam keadaan masyarakat sekarang..boleh dikategorikan fakir miskin...tapi kehidupan mereka tetap bahagia dan penuh keberkatan...

Salah satu cerita mengenai pasangan ini adalah cerita ketika mana mereka berpuasa...(ingat ingat lupa)..yang mana ketika hendak berbuka...mereka hanya ada sebuku roti...datang orang miskin meminta sedekah..dan mereka dengan penuh rela hati memberikan roti itu kepada orang miskin itu..dan peristiwa berulang 3 hari berturut-turut...dengan hari kedua didatangi oleh anak yatim, dan hari ketiga kepada orang yang ditawan sebagaimana tuhanku Rabbul Jalil firmankan di dalam Al-Quran :


وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَى حُبِّهِ مِسْكِيناً وَيَتِيماً وَأَسِيراً
Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.

Oh..sungguh hebat sekali keimanan mereka...Allahuakbar...kenapa mereka melakukan demikian wahai sahabat sahabiah? Jawapannya ada dibawah :

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنكُمْ جَزَاء وَلَا شُكُوراً
Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.

Bagaimana dengan kita? Semestinya masing-masing mampu menilai status diri..terasa begitu jauh sekali dari tahap itu...tapi Allah tidak pernah melarang utk mencuba mencapai tahap itu...malah Dia sentiasa menggalakkannya...dgn berbagai pakej dan skim yg Dia berikan utk memudahkan umat Muhammad mencapai nya dgn cara lebih mudah berbanding umat terdahulu..tapi..mehnah dan tribulasi pasti terbentang untuk mencapainya...disitulah insan akan terus diuji dan diuji...mmm...dan yang terpilih pastilah amat sedikit...

"Allahumma ja'alna minal qalil........."

|