Wednesday, August 17, 2005

Balligh 'Anni v.03.0805

Tulisan kali ini berdasarkan tugasan jejari penulis ketika deria pendengaran penulis berfungsi dengan baik tatkala mendengar ucapan perasmian oleh YAB Tuan Guru Menteri Besar ketika merasmikan program Bulan Sembahyang bertempat di Balai Islam.

Awal ucapan, deria pendengaran penulis tidak dapat menangkap jelas apabila gelombang bunyi yang dihasilkan oleh perasmi bertembung dengan gelombang bunyi orang yang berbual di sebelah penulis, ditambah pula dengan kedudukan penulis yang berada di belakang sekali kerana orang ramai sudah pun memenuhi segenap ruang yang ada. Justeru penulis terpaksa bergerak maju ke hadapan berdekatan pembesar suara walaupun terpaksa berdiri..huhu..

Emm..clear sikit bunyinya. Kita tak perlu runsing atau takut dalam kita melakukan program-program ke arah mendekatkan orang kepada Islam, kerana Allah berjanji akan terus menolong kita selagi kita menolong-Nya. Maka janji siapakah yg lebih benar selain Allah? Sodaqallahul 'azim.

Apabila kita sampai ke satu tempat yang baru, atau dalam erti kata lain kita melancong ke sesuatu tempat yang kita belum pernah sampai, maka kita pastilah memerlukan guidance, sama ada orang yg bertugas sebagai penunjuk jalan atau pun peta sebagai rujukan perjalanan kita. Dan sememangnya itu menjadi satu kaedah yang normal kepada manusia. Bandingkan dengan diri kita, Allah telah menghantar kita ke dunia yang kita belum pernah sampai sebelum ini walaupun dunia sudah wujud lama. Sebagaimana penulis, penulis sudah berada di dunia ini selama 24 tahun mengikut tarikh masihi, kalau ikut tarikh hijrah, dalam bulan puasa ni akan genap 25 tahun. Maka untuk meneruskan kehidupan di jalan yang benar, penulis perlu kepada pemandu jalan juga. Siapakah pemandu jalan itu?

Allah menyediakan hanya dua jalan untuk dilalui oleh manusia, yakni jalan ke syurga dan jalan ke neraka. Syurga penuh nikmat dan neraka itu penuh azab. Orang gila pun kalau dia tahu apa itu azab, maka dia pasti tidak akan mengikut jalan ke neraka. Bagaimana untuk ke syurga? Maka Allah SWT telah mengutus seorang manusia bernama Muhammad. Dan Muhammad ini pula meninggalkan kepada penulis selaku salah seorang daripada ummatnya 2 perkara, yakni Al-Quran dan Sunnahnya sebagai petunjuk bagi menulis menuju ke syurga. Emmm..

Salah satu perkara yang disampai baginda adalah perintah Allah untuk menunaikan solat. Daripada 50 kali solat sehari semalam, akhirnya menjadi hanya 5 kali solat sehari semalam. Yang 5 ini pun kita masih tidak mampu untuk menunaikan dengan baik, yakni dalam waktu yg terbaik. Kalau waktu subuh, terlajak hampir matahari terbit, kalau Asar, terlajak hampir matahari terbenam, dan kalau isyak, hampir tengah malam. Mungkin kerana tidur, itu tidak mengapa, tapi kalau hanya study, atau kerana kerja, maka kepada siapakah ketaatan kita sebenarnya? Renung-renungkanlah.

Satu bancian di buat di sekolah dalam daerah Pasir Mas, daripada 380 org responde, hanya 26 orang yang menunaikan solat cukup 5 waktu, dan seramai 354 yang menunaikan solat hanya untuk beberapa waktu. Satu angka yang cukup menggerunkan. Bayangkan jika generasi ini membawa pimpinan masyarakat pada masa hadapan, mmm.

Maka tanggungjawab siapakah dalam memulakan didikan solat ini? Tidak lain tidak bukan pastilah ibu bapa dirumah. Kalau ibu bapa pun tidak mengambil berat perihal solat, maka siapalah orang diluar sana untuk mendidik anak-anak mereka. Pun begitu ia tidak bermakna tanggungjawab iba bapa sahaja, kerana apabila keluar daripada rumah menuju ke sekolah, maka sedikit sebanyak guru disekolah berkongsi sedikit tanggungjawab untuk mendidik pelajarnya bukan setakat ke arah jalan kejayaan didunia, tapi juga kejayaan di akhirat. Maka sesiapa yang mempunyai profesion sebagai guru, bawalah tanggungjawab ini dengan baik. Bukan sekadar menjalankan tugas untuk mendapatkan gaji, bukan sekadar tugas yg tertulis, sebaliknya tugas yang telah tertulis di dalam Al-Quran ini lah yang patut dijadikan agenda utama di samping memberikan ilmu keduniaan. Mungkin boleh diaplikasikan melalui denda, kalau biasa mendenda dgn pembaris atau sebagainya, mungkin boleh ditukar dengan suruh membaca al-fatihah, tahiyyat atau sebagainya.

Dalam solat, banyak perkara yang perlu dilakukan, salah satunya adalah membaca Al-Fatihah. Antara kandungan Al-Fatihah yang kita baca adalah ihdinassirotholmustaqim. Satu perasaan yang perlu kita saat membaca ayat ini ada adalah kita perlu mengganggap diri kita buta walaupun celik. Ini adalah kerana perjalanan didunia ini masih jauh dan kita sememangnya buta dalam melihat masa depan kita. Maka hanya Allah yang boleh memimpin kita untuk terus kekal dalam mentaati-Nya.

Keduanya, kita menyebut Amin. Sesetengah orang tidak sedar pun apa yg dia aminkan sebenarnya. Maka amat perlu untuk tersemat di hati kita, bahawa saat kita menyebut amin itu, kita mengaminkan agar ditunjukkan sirotollazina an'amta a'laihim, dan kita tak mau jalan sesat atau jalan yg dimurkai. Nah, kalau kita memahami akan maksud Amin itu, kenapa kita buat lagi perkara yang tak baik, kenapa kita sendiri tiada usaha pun untuk melarikan diri dari jalan kesesatan? Takut nampak islamik sangat? @ maybe nampak sangat..baik sikit sikit dah la kan? Mmm..

Ceramah juga menyentuh sedikit tentang mentaliti sesetengah muslimat yang menganggap kain 'kano' itu sebagai suatu kemestian, walhal cukup dengan pakaian yang menutup aurat, lengan berzip atau berbutang, tudung tak terbuka dan berstokin, maka dalam keadaan ini pun sudah boleh untuk menunaikan solat.

Kalam penutup, mengambil kata-kata Nabi Muhammad SAW, hatiku hanya tenang dengan bersolat.

Wallahuwaliyyuttaufiq.

|