Monday, August 22, 2005

Balligh 'Anni v.04.01.0805


Seterusnya walqalamu wama yasturun...Allah SWT telah bersumpah dengan pena untuk meningkatkan martabatnya; justeru dengan penciptaan dan penggunaan pena terdapat hikmah yang besar. Manfaat dan faedah pena amat banyak dan sukar untuk dihuraikan satu persatu (bayangkan kehidupan student tanpa pena..huhu). Menurut kebanyakan ulama', pena yang dimaksudkan disini adalah bukan sahaja pena yg digunakan untuk mencatat di Luh Mahfuz, tapi juga pena yang ada di dunia ini.

Sumpah dengan pena membayangkan keagungan nikmat Allah SWT. Melalui pena, manusia boleh belajar belajar dan mendapatkan kependidikan, menyebarkan ilmu di kalangan masyarkat.

Mari kita umpamankan keyboard kita juga sebagai pena, dan penggunaan internet sebagai wadah untuk menyebarkan ilmu. Mmm..

Ibn Jarid bin Abi Hatim meriwayatkan drpd Ibn 'Abbasm katanya : "Benda pertama dijadikan Allah SWT ialah pena ." Allah mengatakan kepadanya :"Tulislah". Lalu ia bertanya, "Apakah yg harus aku tulis. :Allah mengatakan:"Tulislah berkenaan qadar." Lalu pena itu bergerak mencatatkan apa yg berlaku dari hari itu sehingga hari kiamat. Kemudia Allah menjadikan al-nuun (bekas tinta).

Engkau (wahai Muhammad) dgn segala nikmat tuhanmu bukanlah seorang yg tidak siuman. Dalam menyatakan Asbabul Nuzul ayat kedua ini, Ibn Al-Munzir telah mengemukakan riwayat daripada Ibn Juraij, katanya : Golongan musyrikin menyatakan Nabi Muhammad SAW seorang yg ila. Selepas itu meraka mengatakan lagi bahawa baginda adalah syaitan. Kerana itu, Allah SWT menurunkan firmannya sebagaimana ayat 2 ini.

Jadi, Nabi Muhammad SAW dengan sekian banyak nikmat kurniaan Allah kepadanya, malah diberikan Allah ganjaran pahala yg tidak putus-putus kepada baginda, jadi adalah tidak mungkin baginda dikatakan sebagai orang yg gila.

Ayat seterusnya menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW telah mengamalkan akhlak yg sangat mulia sepertimana perintah Allah di dalam Al-Quran.

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
Jadilah engkau pema'af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.

Imam Ahmad, Muslim, Abu Daud, dan al-Nasa'I meriwayatkan daripada 'Aisyah, Beliau 'Aisyah ditanya tentang akhlak Nabi Muhammad SAW, lalu beliau menjawab :" Akhlaq Rasulullah SAW adalah Al-Quran."

So, mari kita hisab diri kita sendiri, sejauh mana kita menjadikan Al-Quran itu benar-benar sebagai satu signboard dalam kita membawa diri kita di alam fana ini.

Wallahuwaliyuttaufiq.

|