Monday, September 05, 2005

Mauizhoh v1

Keutamaan dan fadilat ilmu.

ILMU adalah perkara utama yang mempunyai fadilah dan amat bemilai. Allah SWT rnenjelaskan tentang kelebihan ilmu, melalui firman-Nya yang bermaksud:

شَهِدَ اللّهُ أَنَّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ وَالْمَلاَئِكَةُ وَأُوْلُواْ الْعِلْمِ قَآئِمَاً بِالْقِسْطِ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

"Allah menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Dia, Yang menegakkan keadilan. Para malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."

(Surah Ali Imran : ayat 18)


Renungkanlah, melalui ayat tersebut Allah SWT telah memulakan kesaksiannya tentang keEsaan-Nya. Turut membuat kesaksian oleh para malaikat, diikuti kalangan manusia dari para ilmuan (Ulul Ilmi). la menjadi bukti betapa ilmu pengetahuan terlalu tinggi nilai keutamaannya.

Allah SWT menegaskan betapa orang-orang berilmu pengetahuan setaraf dengan para malaikat yang sama sama jadi saksi, ketika Allah SWT sendiri bersaksi bahawa diri-Nya adalah Tuhan Yang Maha Esa dan Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Hanya para ilmuan yang layak menjadi saksi itu, semestinya terdiri dari para anbiya, para rasul serta para wali (auliya) dan para ulama. Kesemuanya beriman terhadap Allah SWT, meyakini bahawa Allah SWT adalah Zat Yang Maha Sempuma.

Renunglah ayat 18 surah Al-Maidah bagaimana Allah SWT menjadi saksi pertama untuk KeEsaan Diri-Nya sendiri, kemudian diikuti golongan kedua iaitu para malaikat dan ketiganya ialah ahli ilmu
(Ulul Ilmi).

Maksudnya golongan ulama diletak sebaris dengan para malaikat dan Allah SWT sendiri, dalam perkara kesaksian terhadap keEsaan Zat Yang Maha Sempurna itu.

la menjadi dalil yang nyata bahawa ilmu adalah perkara yang murni dan mulia, sebagaimana yang di tegaskan lagi oleh firman Allah SWT yang bermaksud:

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

"Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat (yang banyak)..."

(Surah Al-Mujadilah ayat 11)


Allah SWT berjanji akan meninggikan darjat (pangkat) disisi-Nya, hanya kepada dua golongan manusia, pertama ialah golongan orang yang beriman. Kedua, golongan orang orang yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah SWT (fardu'Ain) dan yang berkaitan dengan hamba-Nya (fardu Kifayah).

Mengenai ilmu ini ditegaskan lagi melalui firman Allah SWT yang bermaksud:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ

"Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang orang yang tidak mengetahui?"

(Surah Az Zumar:9).


Jawabnya, tentulah tidak serupa antara ulama dengan juhhala (orang jahil).
Untuk membezakan antara dua golongan itu mestilah berusaha menuntut ilmu bagi membebaskan diri dari selimut kejahilan.

Allah SWT menjelaskan lagi tentang fungsi ilmu itu melalui firman-Nya yang bermaksud:

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba hamba-Nya, hanyalah ulama."

(Surah Fathir ayat 28).


Yang dimaksudkan dengan 'Ulama' pada ayat tersebut ialah orang-orang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai Kebesaran dan Kekuasaan Allah SWT dengan penuh keyakinan.

Allah SWT mengingatkan manusia supaya takut dan gerun kepada-Nya, kerana perasaan takut itu menjadi benteng kepada kesejahteraan akidah. dari penyakit syirik dan kufur.

Tidak mungkin mengenali Allah SWT, jika tidak takut dan gerun kepada-Nya. Justeru itu orang yang hatinya gerund kepada Allah SWT hanya dari kalangan hamba-Nya yang ulama, kerana mereka mengenali sifat-sif at Allah Yang Maha Esa.

Bukan sebarang orang alim takut dan gerun kepada Allah SWT, misalnya ulama Bani Israil dan 'Ulama us-Suk'(ulama yang bejat). Sebaliknya ulama sebenar melalui ilmunya menjadikan mereka mukmin serta muttakin, hanya merekalah yang takut dan gementar hatinya kepada Allah SWT.

Berhubung dengan ilmu, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

وَإِذَا جَاءهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُواْ بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُوْلِي الأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلاَ فَضْلُ اللّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لاَتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلاَّ قَلِيلاً

"Dan apabila datang kepada mereka suatu berita keamanan atau ketakutan, lalu mereka (munafikin) menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkan kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orangyang ingin tahu kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, nescaya kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil saja (diantaramu)."

(Surah An Nisa ayat 83).


Ayat tersebut menceritakan perihal orang orang munank pantang mendengar berita negatif tentang Nabi s.a.w.
walaupun belum pasti, nescaya akan dikutip dan segera menghebahkannya.

Allah SWT menegaskan melalui ayat tersebut, jika mereka merujuk kepada Rasul dan kepada orang-orang yang bertanggungjawab dalam perkara berita itu, nescaya orang yang ingin tahu akan mengetahui kedudukan sebenarnya.

Golongan yang ingin tahu akan merujuk terus kepada sumbemya yang sebenar, disifatkan sebagai golongan yang setaraf dengan anbiya dan mursalin. Kerana telah berusaha mendapatkan ilmu dari sumber utama dan pihak yang bertanggungjawab.

Demikianlah beberapa firman Allah SWT yang menjelaskan mengenai keutaman ilmu dan fadilahnya.

Wallahua'lam.

|