Saturday, October 07, 2006

Anak Didik Iblis v2

Emm..nampaknya hari minggu barulah aku ada masa sikit nak menulis kat blog nih..ni pun berambat ngan masa nih, ikutkan hati malas je, tapi memandangkan perihal anak didik iblis ni belum abis lagi, kena sambung jugak le…huhu..

Ok, kita seharusnya sedar, hidup kita sentiasa dikelilingi Iblis. Pendek kata, sepanjang 11 bulan lamanya Iblis duk mengelilingi kita. Nasib baik baik tak nampak je, kalo nampak? Mm..pengsan abis la manusia. Maha Suci Allah. Apa kesnya Iblis duk mengelilingi kita ni? Perhatikan ayat dibawah :

" Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus, kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat) ".

(Al A'raaf / 7: 16 -17)

Jadi, inilah SUMPAHAN IBLIS! Sumpah ini dilafazkan tatkala Iblis dihukum sesat oleh Allah lantaran keengganan Iblis untuk sujud kepada Adam. (untuk lebih jelas sila rujuk Kalamullah dalam Surah Al-A’raaf bermula ayat 11.)

Konklusinya, by hook or by crook, Iblis will try to turn us into his follower! (betul ke grammar ni?)..hayatilah kata2 iblis itu, dia akan cuba menjadikan kita sesat sebagaimana dia, akan cuba menjadikan kita orang yang tidak hiraukan agama, tidak hiraukan hukum hakam yg ditetapkan oleh ALLAH! Tengoklah betapa usahanya dia mengepung kita! Dari muka kita, belakang kita, kiri dan kanan..dan tengoklah keyakinan Iblis yg menyatakan kepada Allah bahawa kebanyakan daripada kita tidak akan taat kepada Allah. Dan sememangnya TERBUKTI pada zaman ini!

mm..bila Iblis dah kelilingi kita, dan kepung kita, apa pula yang dia buat? Kita tengok pulak SUMPAHAN IBLIS yang seterusnya..
Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya". (Al Hijr: 39)

Jadi, ini sumpahan Iblis yang menyatakan kaedah yang akan digunapakai dalam dia hendak memastikan manusia itu mengikut jejak langkahnya untuk menderhakai Allah. Mudah je kan? Hanya menjadikan kita memandang baik perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Allah. Apa contohnya?

Contoh mudah ialah berzina. Iblis ni pun terer jugak. Dia bukannya suruh manusia tu berzina terus. Mcm yg dia cakap tadi le, dia akan buatkan manusia tu nampak baik benda2 yang akan menjurus kepada zina.

Larangan Allah sangat jelas dalam surah Al-Isra’, “Dan janganlah kamu mendekati zina..” Allah tak kata supaya janganlah kamu berzina, tapi jgn mendekati..maknanya mendekati zina tu pun sudah merupakan satu kejayaan bagi Iblis, bila dah mendekati tu, makin mudah la tugas Iblis tu..kita create situasi mudah.

Jadi, antara usaha iblis dalam memastikan manusia ni berzina adalah, menjadikan manusia tu mendekati zinalah, first step, cari la pasangan dulu, mengorat, yg takde pakwe, carila pakwe, yg takdak makwe, carila makwe,…tak moden la tak de pakwe makwe ni kan…

Bila dah ada pakwe makwe ni, out-of-date kalo tak dating kan? Dating la pulak, eh salah la dating ni..ayah saya marah..takpe, kita dating tempat ramai orang, bukan tempat sunyi-sunyi..takpe..Allah larang kalo berdua-duaan je..ajak la kawan awak sama..maka berjumpalah ..bila dah jumpa..aii..rindu pulak..nak jumpa lagi la..tapi kawan saya takleh teman ni..argghh..takkira..rindu dendam dah nih..jumpa jugak! Tempat ramai orang tak privacy la sayang..mmm..hati berfikir…tapi rindu dan sayang punya pasal..dan percaya dah kat pakwe tu..maka pergi la tempat privacy sikit..Iblis makin tersenyum..ketawalah para tentera Al-A’war (Al-A’war adalah iblis penyeru zina)..

Dalam banyak perkara, Al-A’war banyak menjadikan perempuan sebagai tongkatnya..kerana tarikan yang ada perempuan itu memudahkan sang lelaki cairrrrrrrr…dan perempuan juga mudah digoda, dan mudah terpedaya, tengoklah bagaimana Iblis menjadikan ibu kita (Hawa) memujuk Nabi Adam agar memakan buah khuldi..sbb itu ada ulama mengatakan perempuan itu adalah tongkat iblis..(ke hadis? Ingat2 lupa daa..)..

Teringat kat kawan aku kat kolej dulu, ms tu dia kat bilik aku, awek dia call, awek dia ajak dating naik motor sekali, member aku ni menolak, aku dengar la dialog dia, tak baik laa..takleh wat mcm tuu..taktau la sbb aku ada ke atau mmg dia menolak..endingnya seolahnya awek dia dengar nasihat dia..tapi..seminggu kemudian, aku terserempak ngan member aku ni makan sekali ngan awek dia kat padang..mcm aku kata tadi, dia orang anggap makan kat tempat reramai takpe..tapi..bila aku tengok motor member aku ni ada 2 helmet …maka sahlah, betapa berjayanya Al-A’war mendidik awek member aku tu..mengheret kawan aku ke kancah maksiat..mm..

Dan banyak lagi cerita aku yang membuktikan betapa POWERnya seorang perempuan APABILA dia bergabung kuasa dengan Al-A’war…jadi kepada lelaki2 di luar sana, don’t underestimate power dia orang ni…huhu..

mm..panjang dah..aku rasa mcm nak endingkan tajuk dalam v3 lah..trilogi gituu..ehe..
dah nampak la sikit2 anak didik Iblis ni kan?

To be continued…

|