Monday, October 10, 2005

Sidang DUN...

Saat penulis duk menulis ni..
Berada dalam dewan...
Hari ni dah hari last dewan bersidang...
giliran kerajaan untuk membuat penggulungan...
boring je duk mendengar..
Dengar sambil menaip ni ok gak...

Dr Nik Mazian mencabar wakil pembangkan untuk melaksanakan hukum hudud..
sbb wakil pembangkang cakap..
Islam Hadhari tu konsep jer..atau satu pendekatan...

Now giliran YB Zulkifli pulok..
mm..dia cakap..dalam sidang ni..dia tak ketemui apa apa cadangan untuk memantapkan portfolio dia..
yg dapat hanya tuduhan tuduhan tak berasas..mmm..
Dia menyatakan mengenai hal hal berkaitan ekonomi yg penulis tak berapa expert sgt..
so..tak leh nak buat kesimpulan..ehe..

Yang boleh disimpulkan..dia akan sentiasa berusaha untuk memastikan aktiviti bumiputera dapat diperluaskan..dan dia juga memberitahu bawah kerajaan pusat juga gagal dalam memastikan visi membantu peniaga bumiputera ...

Menyentuh pengangguran..kerajaan negeri sentiasa berusaha menyediakan peluang-peluang pekerjaan tetapi tidak secara total...dan dia menggalakkan pengganggur agar menjadikan aktiviti perniagaan sebagai pekerjaan utama...

Mengenai perniagaan, sehingga sekarang ini, inisiatif untuk membentuk usahawan baru melalui program secara terus menerus telah di ambil...mm..dia tak bagi contoh pulak..huhu

isu ketidakadilan pulak, KELOIL ada buat MOU dengan KUB, hasilnya amat malang...sbb kerajaan pusat memindahkan pusat pendaratan tu ke ..mana ek..kat tempat lain lah..kat kedah nuh kot...huhu..diskriminasi politik!

giliran ust hasan pulok..dia cakap segala cadangan akan cuba dilaksanakan setakat mana terdaya...berterima kasih kepada pihak pembangkang yang menyentuh portfolio dia...muqaddimah dia menyentuh konsep politik Islam...penulis tak leh nak hadam..kesimpulannya...siasah syari'iyyah ini hendaklah pentadbirannya selari dengan kehendak syara'...( ala..pepaham jer la..)

Kepala penyelewengan adalah mereka mereka yang mengubah hukum Allah, yang kedua adalah mereka-mereka yg melaksanakan bukan hukum Allah..(tak perasan maksud hadis ke apa..huhu)..yang perlu..

Ulama' timur tengah ado cakap, mai lawat kelantan, buat dialog, ada sorang hamba Allah bertanya pasal apa pandangan syeikh berkenaan islam hadhari, dia jawab saya tak setuju dengan istilah Islam Hadhari...masa dia cakap pasal ni...sorang wakil pembangkang bangun..tapi dia tak bagi jalan...tapi dia cakap kat wakil pembangkang tu...buat dialog kat kawasan nanti..jemput dia nanti...ada berani? huhu...

Dia menyatakan ahli pembangkang yang menyatakan orang yang mengaji ilmu agama tak layak jadi pemimpin sebagai sesat..huhu...dia menyentuh sedikit mengenai latar belakang tuan guru dalam membalas hujah dangkal pembangkang itu..(tak sempat nak follow..huhu)..kesimpulannya..apa yg tok guru belajar tu melayakkan dia menjadi umara'..

sistem kredit kad pun ada dibincangkan dalam kitab feqh...nak wujudkan Bank Islam pun bukannya rujuk pada golongan profesional..tapi rujuk pada orang yang mengaji fiqh jugak..(tersenyap je la kawan pembangkang tu..)..kesimpulannya..bila belajar agama..jgn duk pikir agama ni tak sentuh hal hal pentadbiran...Islam ni SYUMUL...

seterusnya ..dia menyindir bila orang kata tempat tok guru adalah masjid sahaja..tak layak kat pejabat..dia balas balik...Dr Mahathir pun tak layak..sbb tempat dia kat klinik..dia tempelak jugak wakil BN yang berprofesion lawyer...dia cakap tak yah jadi YB lah..pergi duk kat mahkamah nuh..huhu..

sbb anuar musa banyak sentuh pasal ibn khaldun..dia ambik jugak yg ibn khaldun kata : kepimpinan kerajaan ni siapa? ketua negara ni orang yg bertggjwab memimpin rakyat mengikut syarak..utk apa? utk maslahah hidup manusia di akhirat dan dunia...dia sebut akhirat dulu sbb urusan dunia ni mesti kembali kepada akhirat jugak..ketua ni hakikatnya adalah sebagai pengganti kepada Allah utk dia ajar agama dan tadbirkan negeri dengan agama..ibn khaldun cakap masyarakat hadhari ..bukan Islam Hadhari...(bersama masyarakat hadhari adalah masyarakat badawi..)..jadi dia timbulkan..kalau orang tanya beza Islam Hadhari ngan Islam Badawi camne nak jawab? huhu..

Said Hawwa cakap...ilmu adalah salah satu syarat bagi ketua negeri..kena reti semua ilmu..tapi sebelum dia tau ilmu lain..dia kena tau dulu ilmu ilmu hukum Islam...kalau ketua negara tak reti hal Islam..tidak sah kita nak lantik dia sebagai pemimpin..last sekali...dia ingatkan wakil BN..jgn persendakan orang yg mengaji agama..

giliran YB Takiyuddin pulok...

mcm biasa..berterima kasih kepada orang yg membahaskan pembentangan belanjawan dan mereka-mereka yang menyentuh mengenai portfolio dia..dia membidas sikap Adun BN yang mengikuti sidang dengan cara yang tidak bertamadun...huhu..

Dia membidas percakapan Adun BN yang bercakap berdegar tapi isi kosong..sbb adun BN memperkecilkan keupayaan kerajaan negeri kelantan yang seolahnya tak buat apa walaupun memerintah selama 15 tahun..tugas kerajaan negeri sekarang adalah membayar hutang kerajaan BN dahulu..apa nak bersohor buat banyak banyak bangunan tapi berhutang? huhu..

Menyentuh mengenai kerajaan tempatan..kerajaan mengizinkan orang siam buat patung kerana mengamalkan kebebasan beragama..mereka buat berhala di tempat mereka sendiri, kawasan mereka, duit mereka..bukannya seperti pemikiran ahli BN yang bermentaliti seolah bila nak membangun bersama Islam..maka tak benarkan agama lain buat cara mereka..ape daaa...

Saat ini Adun BN bangun mempersoalkan berapa buah masjid dah kerajaan negeri buat..(apa punya soalan daa..) kerajaan negeri jawab..takkan la masjid dah ada nak buat lagi...itu membazir namanya..(terdiam terus..)

Dia juga menjawab berkenaan isu hiburan yg tercetus ekoran konsert Mawi...dia ambil daripada panca indera, majalah Hai...dakwah nampaknya benar benar tersebar ekoran isu Mawi..kata-kata tok guru masuk majalah Hai..kekata husam masuk majalah mangga...hebat sekali keputusan tok guru..huhu..

Kerajaan Negeri Kelantan tak dapat langsung melalui peruntukan perumahan daripada kerajaan pusat..sekali lagi diskriminasi politik...huhu..

Seterusnya penulis hilang tumpuan sbb sibuk chat nge member dari UK yg kalut nok kuar result exam..huhu..

Giliran Amar..
mcm biasa..terima kasih la dulu..then lepas tu rasa kesal sbb takdak pandangan yang konstructive daripada wakil BN..duk kato kerajaan negeri gagal..apa indikator? bangunan besar? kdnk? huhu..

dah letih menaip...
lain kali pulok..
sbb masa ni yb nik amar menjawab balik pasal persoalan yg katakan SAR tempat militan..
sbb aku ni hasil didikan "militan" jugak...aku nak tumpu lah..
dengar sendiri la nanti..beli cd..hehe..

abis.

|