Monday, October 03, 2005

Balligh 'Anni v.07.1005

Kata tok guru ;
Ramadhan ni tidak khusus untuk puasa sahaja, saya mengatakan begini kerana sekarang ini seolah menjadi adat di tempat kita, asalkan Ramadhan jer pikir pasal puasa je, padahal banyak lagi ibadat yang patut dilakukan, salah satunya adalah zikir, yakni ingat, ingat pada sape? Ingat pada Allah..dan kemuncak zikir adalah tilawatul quran.

Kata tok guru;
Mentaliti orang kita ni, tidak menganggap membaca Al-Quran itu sebagai satu zikir, padahal, mana mungkin orang yang tidak ingat pada Allah itu ada hatinya untuk membaca Al-Quran. Waktu kemuncak membaca Al-Quran adalah tika menunaikan solat. Allah jadikan Ramadhan sebagai bulan khusus untuk hambaNya ingat padaNya agar hambaNya boleh bertadarrus di siang hari dan bertarawikh di malam hari.

Kata tok guru;
Bila kita membaca Al-Quran, seolahnya kita membaca satu manual.
Manual bagaimana untuk seseorang yang hidup di dunia ini untuk beroperasi dengan betul. So, adakah seseorang itu boleh dikatakan beroperasi dengan betul jika dia tidak memahami manual yg dibacanya? (saya kata : cuba suruh kawan kita tukar setting language kat handset kita, pastu cuba kita tukar balik ke language asal, terseksa jugak kan? Mmm…)

Kata tok guru;
Daripada kitab ulumuddin, (apa yg saya boleh faham) : Sesiapa yang membaca Al-Quran, kemudian dia merasakan nikmat yang orang lain dapat daripada Allah adalah lebih besar daripada nikmat yang Allah beri kepada dia (yakni nikmat membaca Al-Quran itu), maka dia telah memperlekehkan Al-Quran, kerana bila kita boleh membaca Al-Quran, maka itulah nikmat yang paling besar.

Kata tok guru;
kalau ibu bapa itu mempunyai ilmu dalam membaca Al-Quran, mengapa perlu dihantarkan lagi anak itu kepada orang lain untuk di ajarkan membaca Al-Quran itu?
Sibuk sampai tiada masa untuk mengajar Al-Quran pada anak? Sesuatu yang perlu di baiki kerana bila ini berlaku, memberi petanda bahawa ibu bapa itu tidak menghargai Al-Quran. (saya fikir: ibu bapa yg menganggap maths, science itu penting, dan ibu bapa itu terer dalam maths dan science itu, pasti akan pastikan anak dia juga pandai dalam hal berkenaan..mm..sekadar membuat perbandingan..)

Kata tok guru;
Ada satu hadis qudsi yang bermaksud : Allah SWT berfirman "Aku selamanya bersama hamba aku selagi hamba aku ingat pada aku, dan bibir dia sentiasa bergerak untuk menyebut nama aku".

(saya kata : jadi, janganlah sesekali berputus asa daripada rahmat Allah)

Diextract daripada : Kuliah Jumaat 29 September 2005
Wallahua'lam.

|