Wednesday, October 12, 2005

r7ff.dzign [ image.manipulation I ]

click image for larger view

Media:

Adobe Photoshop 7.0

evo.jpg + tobat.jpg + meteor.jpg



INTERPRETASI :


Mitsubishi EVO, salah satu kereta yang menggambarkan kemewahan hidup si pemiliknya. Ditambah dengan modifikasi pada headlight, backlight, spoiler dan rim, menggambarkan kuasa wang yang mampu memenuhi apa sahaja keinginan pemiliknya. Apatalah lagi dengan nombor pendaftaran DWE 7, (hehe), yang biasanya menjadi nombor tender, untuk memenangi nombor ini, pastinya jumlah wang itu mampu mencecah 6 angka.


Inilah dunia, tuntutannya kadangkala membuatkan sesetengah manusia menjadi lupa akan asal usulnya. Kegilaan manusia pada dunia kadangkala membuatkan manusia tidak nampak pembaziran yang berlaku disebalik memenuhi tuntutan hawa. Saat itu, qana'ah sudah lagi tiada dalam diri.

Mereka tenggelam dalam kenikmatan dunia. Mereka sangka, mereka manusia yang terpilih, dipilih oleh Allah untuk dianugerahkan nikmat. Ya, mereka semangnya diberikan nikmat oleh Allah. Mereka diberi nikmat ilmu yang luas, dengan kenikmatan ilmu yang luas, mereka diberikan pula nikmat kemewahan hidup.

Firman Allah yang bermaksud :

"Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan."

Maka fahamilah, sememangnya Allah akan memberikan orang-orang yang hidup mereka sibuk mengejar dunia, anugerah dunia yang mereka kejar itu. Mereka mahukan first class, Allah berikan first class, mereka mahukan pangkat, Allah berikan pangkat, yang seterusnya memberikan mereka nikmat kehidupan di dunia. Tapi nasib mereka di akhirat?

Firman Allah yang bermaksud :

"Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan."

Jelas sekali kalam daripada Allah, mereka itu hanya beroleh nikmat di dunia sahaja, tapi di akhirat, mereka itu tidak lain tidak bukan, merupakan golongan yang paling hina.

Maka, bila kamu dianugerahkan nikmat, kenanglah Dia, bila kamu diberikan rezeki melimpah, kenanglah dia, kerana kamu hanyalah penerima rezeki, sedangkan Dialah pemberi rezeki.

Hidup bahagia, tanpa petunjuk dan pimpinan Dia, lebih hina daripada hidup sebatang kara, tapi sentiasa mendapat rahmat, hidayah dan rahmat daripada-Nya.

Renungilah firman Allah yang seterusnya :

"Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih.

Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, niscaya dia akan berkata: "Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku"; sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga,

kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar."

Yang terakhir yang mahu diulas daripada gambar ini adalah, manusia yang bertaubat. Bila manusia bertaubat, secara tidak langsung dia sedar dirinya tiada tempat pergantungan melainkan Allah. Apabila kita membuat kesilapan terhadap sahabat kita, kita lantas meminta maaf demi menjaga hatinya, maka hubungan dengan Allah patut sangatlah lebih teliti lagi kerana nikmat Dia tidak terkira lagi untuk manusia. Mudahnya meminta maaf dengan manusia, kerana kita boleh mendapat terus jawapannya, yakni, "saya maafkan awak". Tapi dengan Allah...bagaimana bisa kita mengetahuinya? fikir-fikirkanlah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Khabarkanlah kepada hamba-hambaKu, bahawa sesungguhnya Akulah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.

Dan bahawa sesungguhnya azabKu adalah amat pedih."


Semoga iman anda bertambah-bertambah selepas membaca nukilan daripada ku insan yang dhaif ini.

Wallahu waliyuttaufiq.

[ 2 ayat pertama ayat ke 15-16 manakala 3 ayat kedua ayat yang ke 9-11 daripada Surah Huud, dua ayat terakhir daripada Surah Al-Hijr, ayat ke 49 dan 50 ]




|