Thursday, October 13, 2005

Balligh 'Anni v.08.1005

Permulaan Al-Quran, Allah sudah menyebut bahawa Al-Quran tetap akan menjadi penyuluh bagi golongan muttaqin. Yakni, turunnya Al-Quran bukanlah untuk sebarang manusia, ini kerana manusia ini ada pelbagai ragam kerana diciptakan manusia ini daripada tanah, sedangkan tanah itupun ada pelbagai jenis tanah seperti tanah laterit, tanah gambut, tanah kerikil dan sebagainya.

Muttaqin disifatkan sebagai orang yang sanggup beriman dengan benda ghaib, benda ghaib secara mudahnya benda yang tidak boleh untuk dilihat, tidak boleh untuk didengar, tidak boleh untuk disentuh, secara mudahnya panca indera yang ada pada manusia tidak berkesan ke atas benda-benda ghaib.

Bila tidak percaya kepada benda ghaib, manusia takkan tahu untuk berasa gerun bila disebut tentang dosa, tidak tahu untuk memiliki bila disebut tentang pahala.

Dalam hal mendirikan solat, yang penting adalah iqamassolah, yakni cermat dalam solat dan faham kenapa kena solat. Solat hendaklah solat zahir dan batin, tubuh ada tubuh zahir dan tubuh batin, yang zahir adalah yang rukun 13, yang batin pula merujuk kepada iqomassolah. Iqomassolah ini bermula daripada ambil wudhu' lagi, masa ambil wudhu' sunat mengadap kiblat, jgn bercakap sambil ambil wudhu', letak air atas dahi ingat sebagai angkat hadas, angkat hadas diniatkan membuang sifat-sifat mazmumah dalam hati, ketika membasuh tangan ingat sebagai membasuh tangan daripada perbuatan-perbuatan yang tidak baik, basuh kaki ingat sebagai menyucikan kaki yang melangkah ke tempat yang tidak sepatutnya..

Oleh itu, tidak syak lagi solat yang terbaik adalah bermula daripada saat berwudhu'. Selepas berwudhu', kita digalakkan membaca doa, yang mana dalam doa tersebut kita memohon agar digolongan dalam golongan tawwabin, yakni golongan yang suka bertaubat, bila suka bertaubat, segala tidak langsung menguatkan lagi pergantungan kita pada Allah, tidak bergantung pada mak ayah mahupun majikan. Dalam tersebut kita juga memohon agar digolongkan dalam golongan mutatohhirin, yakni golongan yang benar benar ingin menyucikan zahir dan batin. Maka, amat wajiblah atas diri kita untuk memastikan sumber makanan yang akan membekalkan tenaga untuk solat agar kesucian zahir dan batin itu terjamin.

Apabila kita solat, kita diwajibkan untuk mengadap kiblat. Ini menandakan betapa ibadat sangat berkait rapat dengan langit dan bumi. Kekadang mungkin timbul persoalan, kenapa bulan itu adakala penuh, adakala separuh dan adakala sabit? Maka Allah mengajar Nabi Muhammad SAW menjawab, agar memudahkan kepada manusia untuk menentukan tarikh dan masa. (Rujuk Yasin , 37 - 40 )

Begitu juga zakat, yg memerlukan kepada masa setahun, yang mana setahun ini bermaksud selesainya pusingan bumi mengelilingi matahari. Ketara lagi adalah ibadat berpuasa, yang merujuk kepada waktu fajar dan waktu matahari terbenam.

Tahiyyat dalam soalan merupakan peristiwa memberi salam dan menjawab salam antara Nabi Muhammad SAW dengan Allah (mengikut maksud hadis). Ianya menceritakan saat Nabi Muhammad SAW berjumpa dengan Allah, Nabi memberi salam dengan menyebut bacaan tahiyyat yang membawa maksud kepada membesarkan Allah, kemudian Allah menjawabnya dengan menyebut assalamualaika ayyuhannabi ila akhir..bermaksud selamatlah untukmu wahai Nabi, dan rahmatku untukmu beserta segala berkat.

Dan Nabi menjawab, assalamu'laina ila akhir, yg bermaksud, selamatlah untuk kami dan atas semua hamba-hamba yang soleh. Inilah kelebihan orang Islam serata dunia yang sesame mendoakan antara satu sama lain.

Wallahua'lam.

|